Lebih baik bagi Pengarah Pelajaran Johor ini meletak jawatan dan menjadi calon umno daripada mengarah guru untuk menyokong dan membantu kempen parti rasuah itu. Guru bukannya bodoh untuk menilai parti yang baik untuk mereka....
Saya petik:
Pengarah pelajaran Johor dicabar jadi calon Tenang
[MK] Pemuda PAS hari ini membidas Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Mohd Puad Zarkashi kerana mempertahankan seorang pegawai kanan kementerian itu yang secara terang-terangan berkempen untuk BN menjelang pilihan raya kecil DUN Tenang.
Ketua penerangannya, Suhaizan Kaiat berkata justifikasi Puad membela tindakan pengarah pelajaran Johor, Markom Giran (gambar) amat memalukan dan tidak dapat diterima.
“Dalam kenyataannya semalam Mohd Puad menyatakan bahawa tindakan Markom tersebut tidak salah kerana sebagai penjawat awam beliau berhak menyokong polisi-polisi kerajaan.
“Mohd Puad memberi alasan bahawa calon belum dikemukakan maka tiada kempen dilakukan oleh pengarah pelajaran Johor tersebut. Sebenarnya Timbalan Menteri Pelajaran ini tidak mengkaji ucapan sebenar Markom yang rakamannya boleh diperolehi dengan mudah di YouTube,” katanya dalam satu kenyataan.
Bukti di YouTube
Menurut Suhaizan, Mohd Puad juga boleh merujuk dengan pembantu khas beliau, Zahari Sharif yang turut hadir dalam taklimat berkenaan.
“Secara jelas Markom mengesa guru-guru kaunseling menyokong dan berkempen bagi calon BN dalam pilihan raya kecil Dun Tenang,” katanya.
Pengarah pelajaran itu juga dilaporkan mendesak guru kaunseling mengerakan jentera bagi membantu kerajaan memenangi pilihanraya kali ini.
Sehubungan itu, Suhaizan mahu Markom memberi notis 24 jam dan berhenti sebagai pengarah pendidikan Johor dan menjadi calon BN pada pilihan raya kecil itu.
“Beliau dilihat berpotensi memandangkan beliau sudah dikenali ramai melalui media baru dan kebetulan beliau sudah hampir bersara awal tahun ini,” katanya. Menurut Suhaizan, tindakan Mohd Puad yang secara jelas berpihak kepada Markom tanpa kajian yang mendalam dilihat sebagai tindakan yang tidak profesional.
Pilih kasih Umno
“Jika Mohd Puad (bawah, kanan) boleh bertindak sedemikian rupa bagaimana beliau boleh berperanan secara berkesan sebagai ahli parlimen Batu Pahat dan timbalan menteri Pelajaran. Bayangkan bagaimana Mohd Puad boleh bertindak secara adil jika terdapat laporan-laporan guru terlibat dengan pembangkang.
“Saya sangat khuatir ramai lagi warga pendidik yang akan menjadi mangsa dasar pilih kasih seorang timbalan menteri,” katanya.
Markom dilaporkan juga meminta guru kaunseling berbangsa Cina dan India membuat program motivasi di sekolah jenis kebangsaan. Selepas program berkenaa, guru berkenaan dikehendaki berjumpa ibu bapa pelajar bagi mengenalpasti kecenderungan politik mereka.
Terdapat empat kategori ibu bapa iaitu hijau adalah penyokong pembangkang, kelabu mereka yang membantah dasar-dasar kerajaan, putih dan biru dipercayai penyokong BN.
“Markom juga mendesak kepada guru-guru kaunseling menukarkan kecenderungan poitik ibu bapa daripada kelabu kepada biru. Jika pegawai pendidikan tidak boleh berfungsi maka mereka akan ditukarkan ke tempat lain,” katanya.
Justeru, Suhaizan berkata mengkategorikan pengundi sebagai hijau, kelabu, putih dan biru itu langsung tidak boleh dianggap usaha menyokong dasar kerajaan.
“Apakah memaksa guru kaunseling menukar pandangan politik pengundi daripada kelabu kepada biru itu boleh dianggap sebagai usaha menyokong polisi-polisi kerajaan? Intipati taklimat Markom bukan menyokong polisi kerajaan sebaliknya menyokong parti Umno-BN.
“Malah tindakannya telah menyalahi Peraturan 21 (I), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, pegawai awam dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional yang dilarang daripada mengambil bahagian dalam aktiviti politik atau memakai mana-mana lambang sesuatu parti politik,” katanya.
Video kempen oleh Pengarah Pelajaran Negeri Johor, sila klik di sini.
Yang Dipertua Persatuan Kontraktor Melayu Datuk Mohamed Fadzill Hassan Pulau Pinang dilapor memohon maaf kepada pentadbiran negeri berikutan laporan media yang menyiarkan berita kononnya Pakatan Rakyat telah menyenaraihitamkan 46 kontraktor Melayu.
Perkara itu dinyatakan pada pertemuan dengan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng di George Town hari ini.
“Yang Dipertua Persatuan Kontraktor Melayu, YBhg Datuk Mohamed juga mengambil kesempatan memohon maaf berikutan laporan sesetengah pihak media yang menyiarkan berita yang negeri Pulau Pinang ‘blacklist’ 46 kontraktor Melayu,” kata Lim dalam laman sosial Facebook hari ini.
Dialog itu turut dihadiri oleh Exco Kerajaan Negeri Abdul Malik dan Pegawai Kewangan Negeri Pulau Pinang, Datuk Farizan Darus.
Dalam mesej Twitternya pula Lim menulis, ketua kontraktor Melayu Fadzill juga mohon maaf atas tuduhan bahawa kerajaan Pakatan Rakyat anti-Melayu.
Bapa diibarat seperti "menteri" dalam institusi keluarga. "Menteri" bertanggungjawab menjaga kebajikan setiap ahli keluarga seperti memberikan pendidikan dan sebagainya. Jika "menteri" itu gagal menjalankan tanggungjawab malah bersikap di luar sifat kemanusiaan seperti merogol anak sendiri, apakah gelaran yang layak diterima "menteri" itu?
Saya petik:
Bapa rogol anak dipenjara 18 tahun
[KS] KANGAR — Seorang pengawal keselamatan hari ini dijatuhi hukuman penjara selama 18 tahun serta 10 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini setelah mengaku bersalah merogol anak kandungnya yang berusia 12 tahun sebulan di kawasan kebun jati, Felcra Lubok Sireh dekat sini November lalu.
Hakim Wan Norzanuar Wan Ahmad memerintahkan hukuman itu bermula dari tarikh tertuduh ditangkap pada November lalu.
Pada 3 Disember lepas, di mahkamah yang sama tertuduh, 38, yang tidak diwakili peguam mengaku bersalah atas tuduhan merogol anak kandungnya pada 22 November 2010 kira-kira pukul 4.30 petang di kawasan kebun jati, Felcra Lubok Sireh namun hukuman ke atasnya ditangguhkan ke hari ini.
Tertuduh yang menetap di Felcra Lubok Sireh kelihatan tenang menerima hukuman mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan itu.
Menurut fakta kes, pada hari kejadian, tertuduh mengajak anak perempuannya itu mencari rebung di kebun itu dan apabila sampai di tempat kejadian telah mengarahkan mangsa membuka seluar sebelum merogolnya.
Tertuduh turut mengugut mangsa agar tidak memberitahu sesiapa namun mangsa telah membuat laporan polis. - Bernama
[MK] Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim mempunyai tanggunjawab untuk menjelaskan mengapa terdapat dwi-standard apabila laporan berita negatif yang membabitkannya ditapis manakala berita buruk membabitkan yang lain disiarkan, kata ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pada sidang akhbarnya di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya, Anwar berkata terdapat dua set undang-undang di negara ini, khususnya jika ia membabitkan seorang menteri atau perdana menteri.
Anwar merujuk kepada cara maklumat disekat. Beliau mengambil contoh, bagaimana pendedahan kontroversial laman sesawang Wikileaks berhubung Datuk Seri Najib Razak ditapis.
"Wikileaks juga merujuk kepada pembunuhan Altantuya dan usaha oleh perdana menteri bagi melindungi dirinya daripada didakwa.
"Terdapat dakwaan atau kenyataan dari Wikileaks, - pertama kepimpinan negara (Malaysia) tidak kompeten, kedua; Najib adalah oportunistik dan ketiga, beliau akan melakukan apa yang terdaya bagi mengelakkan dirinya daripada didakwa berhubung kes pembunuhan Altantuya.
"Mengapa ini disekat? Mengapa apabila ada rujukan ke atas Anwar, awak menghebahkannya?
Siapa kata Rais bersalah?
Anwar, yang juga ketua umum PKR juga menafikan beliau atau mana-mana pemimpin PKR membuat kenyataan mempersoalkan pembabitan Rais dalam dakwaan terpalit dengan kes perogolan amah Indonesia pada 2007.
Amah berkenaan juga telah menafikan dakwaan berkenaan dan disebarkan secara meluas di internet.
Gerakan baru-baru ini mengeluarkan kenyataan media memberi amaran kepada PKR supaya berhenti mempersoalkan Rais berhubung kejadian itu.
"Kita tidak pernah membuat keputusan dan saya tidak ada mengeluarkan kenyataan berhubung perkara itu. Tetapi ada dakwaan, ada penafian, ia siasatan terbuka. Saya tidak pernah mengandaikan Rais itu bersalah.
"Adakan siasatan bebas yang berkecuali. Pendirian kita adalah jelas, kita belum mengeluarkan kenytataan dan jika dapati ada ahli yang membuat tuduhan liar, kita akan menasihatkan mereka. Kita mesti hormati undang-undang,” katanya.
PETALING JAYA 11 Jan. — Novel Interlok tidak mempunyai elemen rasis seperti yang disuarakan oleh pihak tertentu, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Saya dah baca novel ini sudah lama, saya tidak nampak apa-apa yang rasis pun,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Anwar mencadangkan satu perbincangan dilakukan antara mereka yang mempertikaikan mengenai novel itu dan Kementerian Pelajaran.
Beliau diminta mengulas desakan golongan tertentu yang mahukan novel karya Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussain diharamkan daripada dijadikan antara novel untuk komponen sastera Bahasa Malaysia di Tingkatan Lima bermula tahun ini kononnya ia mempunyai unsur yang menghina kaum India di negara ini.
[MK] Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor akan bersidang pada 24 Januari ini untuk meminda undang-undang Tubuh Negeri Selangor. Dalam kenyataan pejabat speaker DUN S'gor hari ini, Datuk Teng Chang Khim telah mengarahkan setiausaha DUN supaya memaklumkan perkara itu kepada semua ADUN Selangor.
Sidang tersebut diadakan mengikut Peraturan 10(3) Peraturan-peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor.
Menurut kenyataan itu, speaker memanggil mesyuarat tersebut selepas berpuashati dengan alasan yang dikemukakan oleh Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim, bahawa kepentingan awam berkehendakkan mesyuarat tersebut diadakan lebih awal dari tarikh DUN ditangguhkan.
"Urusan perkara mesyuarat dan kertas-kertas mesyuarat berkenaan akan diedarkan kepada Ahli Dewan kemudian selepas ianya ditetapkan oleh menteri besar," tambah kenyataan itu.
[MK] Rakyat di Malaysia tidak pernah berpecah sebegini teruk seperti hari ini dalam sejarah 53 tahun negara merdeka melainkan 18 bulan di bawah pentadbiran Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri, kata pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang.
“Semuanya kerana tidak lain dan tidak bukan dari Utusan Malaysia yang hampir setiap hari mempromosikan kepalsuan dan kebencian antara kaum dan memecahkan negara.
"Yang paling memeranjatkan selama 18 bulan yang lalu tidak ada sebarang usaha yang serius dibuat untuk memastikan Utusan Malaysia, sebagai media rasmi Umno, menyokong cita-cita 1Malaysia," kata Lim dalam satu kenyataan medianya.
Penuh hiprokit
Menurutnya, Utusan Malaysia adalah musuh nombor satu konsep 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Najib kerana akhbar milik Umno itu menjadikan konsep berkenaan “kosong dan penuh hipokrit".
“Walaupun Utusan terus menolak dasar 1Malaysia, namun tidak ada sebarang usaha dari kerajaan dan Umno untuk menyekat pendekatan perkauman Utusan itu.
"Yang sedihnya, negara tidak pernah berpecah sebegini teruk dalam sejarah 53 tahunnya melaikan semasa 18 bulan di bawah Najib sebagai Perdana Menteri,” kata Lim.
Minggu lalu, setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng yang juga ketua menteri Pulau Pinang memfailkan saman ke atas Utusan Malaysia kerana mendakwa akhbar itu memfitnahnya dan DAP.
Lim kesal kerana Utusan Malaysia terus melancarkan serangan berbau fitnah terhadap kerajaan pimpinannya tanpa menghiraukan jawapan yang dikeluarkan bagi menjelaskan keadaan sebenar kepada umum.
Bukan itu sahaja malahan Utusan juga didakwa bertanggungjawab melaga-lagakan kepimpinan DAP, PAS dan PKR supaya wujud persengketaan dalaman yang boleh menjejaskan perpaduan yang terjalin dalam Pakatan Rakyat.
KUCHING: Kegiatan seorang kakitangan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) yang gemar merakam pengguna tandas awam di Muzium Kucing Sarawak di sini, terbongkar selepas lelaki berkenaan ditahan polis, petang semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, suspek berusia 21 tahun itu dipercayai menggunakan telefon bimbitnya bagi merakam seorang pelancong wanita dari Australia yang menggunakan tandas ketika melawat muzium berkenaan.
Sebelum itu, mangsa berusia 20 tahun itu bertanya lokasi tandas dengan suspek yang kemudian mengambil kesempatan merakam mangsa di dalam tandas berkenaan.
Perbuatan suspek disedari mangsa apabila mendapati terdapat kotak sabun mencurigakan tergantung pada pemegang pintu sebelah dalam tandas.
Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Mun Kock Keong, berkata mangsa yang berasa pelik kemudian memeriksa kotak berkenaan dan mendapati terdapat telefon bimbit yang sedang merakam video.
Katanya, mangsa terus memaklumkan kepada teman lelakinya yang kemudian membawa telefon itu ke pondok polis berdekatan untuk membuat laporan.
"Suspek kemudian cuba mendapatkan semula telefonnya tetapi ditahan anggota polis untuk disoal siasat," katanya.
[HM] MACHANG - Barisan Nasional (BN) menyasarkan sekurang-kurangnya memenangi 23 daripada 45 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
Pengerusi Badan Perhubungan BN Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, kebangkitan sokongan dan minat rakyat terhadap BN semakin meningkat dan dapat dilihat dengan jelas pada beberapa pilihan raya kecil sebelum ini, termasuk di Galas.
Menurutnya, keyakinan itu bertambah apabila masalah dalaman BN yang sering diperkatakan seperti ‘cah keting’ juga dapat dibendung sekali gus mampu membantu kemenangan BN.
“Keputusan dua pilihan raya kecil iaitu DUN Manek Urai dan Galas menjadi bukti tiada kegiatan seumpama itu dilakukan mana-mana pihak. Pada masa sama isu dan masalah rakyat yang gagal ditangani Pas, terutama isu air, banjir, rampasan tanah rakyat di Lojing dan kemudahan asas juga mampu membantu BN.
“Perubahan sikap dan sokongan itu turut membabitkan kawasan kubu kuat Pas dan bahagian UMNO yang bermasalah seperti di Rantau Panjang, Pasir Mas dan Kuala Krai,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kursus Kepimpinan Barisan Hadapan UMNO Kelantan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Kelantan, di sini, semalam.
Hadir sama, Timbalan Pengerusi Perhubungan BN Negeri, Senator Datuk Dr Awang Adek Hussin.
Seramai 119 pemimpin barisan hadapan BN, termasuk Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO menyertai kursus kepimpinan itu.
Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, pihaknya akan memberi tumpuan khusus terhadap kerusi yang sukar ditembusi BN, di samping mengekalkan sokongan di kawasan yang dijangka mencapai kemenangan.
Menurutnya, majlis penerangan mengenai isu semasa juga akan diatur dengan membabitkan pengundi-pengundi yang berada luar Kelantan, seperti di Johor, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.
“Sebanyak 15 peratus daripada jumlah pengundi yang berdaftar di Kelantan berada di luar dan sokongan mereka mampu merubah senario politik di Kelantan,” katanya.
Keadaan bas kilang yang digesel treler menyebabkan Nor Haziena (gambar kecil) maut di Jalan Johor Bahru-Mersing, Kota Tinggi, semalam.
Insiden yang menyayat hati kita semua. Isteri pergi buat selama-lamanya....Takziah.
Saya petik:
[BH] KOTA TINGGI: “Sebaik tersedar, saya mencarinya, namun luluh hati melihat jasad isteri terbujur kaku di tempat duduk yang remuk teruk,” rintih pemandu van yang kematian isteri selepas bas kilang ditumpang mereka bertembung treler berhampiran Pusat Latihan Tempur Tentera Darat di sini, malam kelmarin.
Dalam kemalangan jam jam 8.30 malam di Kilometer 25.5 Jalan Johor Bahru-Mersing itu, Saiful Arhan, 25, cedera ringan tetapi isterinya, Nor Haziena Sulaiman, 25, meninggal di tempat kejadian akibat cedera parah.
Tujuh lagi penumpang cedera akibat tercampak dan terperosok dalam bas, sejurus sebahagian dinding terkopak selepas bergesel dengan treler dari arah bertentangan.
Pemandu treler dan kelindannya melarikan diri dan setakat ini belum membuat laporan polis.
“Mulanya saya duduk di sebelah isteri tetapi sebelum menghampiri tempat kejadian, saya pindah duduk bersebelahan pemandu bas. Ketika sampai di selekoh, tiba-tiba saya melihat sebuah treler dari arah bertentangan masuk laluan bas.
“Pemandu bas cuba mengelak ke kiri tetapi badan treler itu bergesel dinding bas sebelah kanan menyebabkan saya tercampak menerusi cermin depan yang pecah sebelum pengsan.
“Sejurus sedar, orang ramai sudah mengerumuni bas dan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat serta polis sibuk membantu penumpang cedera. “Mereka memaklumkan isteri saya sudah mati dan tidak benarkan saya melihatnya. Namun saya mendesak dan amat menyedihkan apabila melihat isteri terbujur kaku di tempat duduknya yang remuk,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Kota Tinggi, malam kelmarin.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Osman Muhammad Sebot, berkata polis kini sedang mengesan pemandu dan kelindan treler itu.
GAMBAR Fasha yang dipetik daripada Internet yang menunjukkan dia memakai bikini ketika bercuti di Bali, Indonesia.
Saya petik:
[KS] KUALA LUMPUR - Pelakon Fasha Sandha memulakan tahun 2011 dengan kontroversi apabila gambarnya memakai bikini ketika bercuti di Bali, Indonesia sempena sambutan tahun baru tersebar di Internet.
Sebanyak enam keping gambar percutiannya tersebar dengan empat daripadanya menampilkan Fasha hanya memakai bikini dengan menyarungkan pario berwarna hijau muda.
Difahamkan Fasha bercuti bersama beberapa rakan wanitanya di pulau peranginan tersohor itu sempena sambutan tahun baru selama beberapa hari.
Bagaimanapun, Fasha ketika dihubungi Kosmo! semalam enggan memberikan sebarang komen berhubung isu tersebut dan hanya menjawab melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).
p/s: Betullah kata Wardina, jangan diikut perangai artis. Penuh dengan maksiat!! Mungkin ada orang yang berkata, "Itu luaran sahaja, dalam hati kita tak tahu...Minyak dan air tidak bercampur". Memang betul, minyak dan air tidak bercampur. Saya nak tanya, adakah minyak yang bercampur dengan air itu masih berguna? Minyak petrol yang dimasuki air, adakah berguna dan boleh digunakan untuk kereta? Air minum yang dimasuki petrol, adakah masih berguna?
SHAH ALAM, 9 Jan: Lebih 30 ribu rakyat berhimpun dalam Majlis Solat Hajat dan Ceramah Perdana anjuran PAS Pusat yang diadakan di Stadium Malawati, dekat sini sebagai tanda sokongan penuh terhadap kekuatan menegakkan kebenaran dalam negara ini.
Ramai kalangan pimpinan Pakatan Rakyat hadir antaranya Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Ketua Pembangkang yang juga Ketua Umum Keadilan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Timbalan Keadilan, Azmin Ali, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.
Selepas majlis dimulakan dengan solat Maghrib secara berjamaah di tengah arena diimamkan oleh Ustaz Abdul Hadi, tazkirah disampaikan oleh Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr Haron Din.
Solat Isyak dan Solat Hajat Perdana diimamkan oleh Ustaz Hadi juga dengan harapan agar Allah SWT. menyelamatkan Malaysia dan Selangor termasuk isu ketidak-adilan yang berlaku di dalam perbicaraan Datuk Seri Anwar.
Laungan takbir Allahu Akbar berkumandang bagi menyemangati semula suasana himpunan perjuangan Islam yang sememangnya merupakan sumber kekuatan gerakan umat Islam dalam negara selama ini.
Majlis dipengerusikan oleh Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad dimulakan dengan ucapan Naib Presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man selaku pengarah program, setakat ini, Tan Sri Khalid dan Tuan Guru Presiden sudah pun berucap.
Ini bukan cerita menteri rogol amah yang tidak "benar" itu tapi ini cerita ketua kampung... Lahanat punya Pak Cik Jan!!
Saya petik:
[HM] KUALA KUBU BHARU: Rahsia selama dua tahun menjadi mangsa seks ‘Pak Cik Jan’ akhirnya terbongkar apabila kanak-kanak perempuan berusia enam tahun itu menceritakan kejadian terbabit kepada ibunya sebelum laporan polis dibuat, Selasa lalu.
Susulan laporan itu, polis menahan suspek berusia 53 tahun itu yang bekerja sebagai pembantu tadika milik isterinya.
Difahamkan, hanya kanak-kanak perempuan terbabit menjadi mangsa cabul lelaki itu kerana dia dikatakan berkulit putih dan lebih comel daripada kanak-kanak lain.
Lelaki berkenaan yang juga ketua kampung membantu menjaga tadika terbabit yang beroperasi hampir 10 tahun dan mangsa adalah anak saudaranya sendiri.
Lebih menyedihkan, suspek yang layak dipanggil datuk itu juga disyaki pernah meliwat mangsa sejak empat tahun lalu.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Affandi berkata, bapa mangsa yang juga pembantu Pejabat Kesihatan Kuala Kubu Bharu menyedari perbuatan itu apabila dimaklumkan mangsa kerap mengadu sakit di kemaluan.
“Mangsa mengadu sering dicabul oleh suspek sejak dua tahun lalu.
“Bapa mangsa membuat laporan Selasa lalu,” katanya kepada Metro Ahad di sini, semalam.
Menurutnya, suspek direman 5 Januari lalu dan dibebaskan kelmarin selepas dijamin ahli keluarganya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 337e Kanun Keseksaan kerana cubaan mencabul mangsa.
[TMI] KL, 8 Jan 11: Bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi menafikan beliau pernah mengarahkan supaya menutup insiden pembantu rumah Indonesia, didakwa dirogol oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim, empat tahun lalu.
Abdullah (gambar) juga berkata beliau tidak tahu-menahu insiden seumpama itu ketika era pentadbirannya.
Laporan semalam juga menyebut pembantu rumah berkenaan menafikan dia diperkosa oleh Rais, yang turut berada dalam Kabinet Abdullah ketika itu.
“Saya tidak tahu (perkara itu). Saya tidak fikir adanya kejadaian itu,” kata beliau kepada pemberita selepas menghadiri Kuliah Peringatan Abdullah Yusuf Ali di Kolej Universiti Mahsa di sini.
Dakwaan itu muncul dalam blog pro-Umno bulan lalu mendakwa Rais merogol pembantu rumah berkenaan pada 2007 ketika Abdullah masih merupakan perdana menteri.
Abdullah melepaskan jawatan perdana menteri pada April 2009 dan beberapa blogger menuduh beliau menutup kes tersebut.
Kes itu didawa didedahkan oleh pertubuhan bukan kerajaan Indonesia Migrant Care.
Laporan Migrant Care yang mengandungi temu bual dengan pembantu rumah berkenaan juga diedarkan menerusi internet.
Abdullah yang mesra dikenali sebagai “Pak Lah” juga berkata, Rais telah pun mengeluarkan kenyataan menafikan perkara tersebut.
Sehubungan itu kata beliau, terpulang kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan ke atas mereka yang membuat dakwaan ke atas Rais jika didapati tidak betul.
Laporan media Indonesia semalam memetik wanita yang pernah bekerja sebagai pembantu rumah Rais selama lapan tahun sehingga 2007 menafikan dakwaan bahawa dirinya pernah diperkosa oleh bekas majikannya itu.
Menurut laporan portal berita detik.com, wanita itu menafikan dakwaan tersebut ketika ditemui empat petugas Balai Pelayanan Penempatan dan Perlindungan Tenaga Kerja Indonesia (BP3TKI) Semarang.
Dalam pernyataan bertulis yang ditandatanganinya, pembantu rumah itu menegaskan tidak pernah terjadi cubaan gangguan seksual oleh majikannya selama beliau bekerja di Malaysia.
Ketua Badan Nasional Penempatan dan Perlindungan Tenaga Kerja Indonesia Jumhur Hidayat telah dilaporkan memberitahu detikcom mengenai pertemuan ini berdasarkan laporan empat petugas BP3TKI itu.
Sehubungan itu Jumhur menegaskan bahawa kes kononnya berlaku pemerkosaan terhadap pembantu rumah itu oleh Rais, tidak pernah terjadi.
Rabu lepas, Rais menafikan dakwaan kononnya beliau terlibat dalam satu kes jenayah memperkosa pada 2007 dan semua dakwaan lain yang dilemparkan oleh penulis blog di internet dan parti pembangkang terhadapnya.
“Saya menafikan sebarang alegasi tersebut sama ada yang berkaitan alegasi memperkosa mana-mana individu empat tahun dahulu atau lain-lain dakwaan yang dicetuskan penulis liar blog di internet atau mana-mana entiti politik,” katanya. (The Malaysian Insider)

Anda dialu-alukan untuk memberi komen atau berkongsi pendapat tentang isu atau perkara yang diutarakan. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman, dan bahasa kesat tidak akan disiarkan.