[HM] MACHANG - Barisan Nasional (BN) menyasarkan sekurang-kurangnya memenangi 23 daripada 45 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
Pengerusi Badan Perhubungan BN Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, kebangkitan sokongan dan minat rakyat terhadap BN semakin meningkat dan dapat dilihat dengan jelas pada beberapa pilihan raya kecil sebelum ini, termasuk di Galas.
Menurutnya, keyakinan itu bertambah apabila masalah dalaman BN yang sering diperkatakan seperti ‘cah keting’ juga dapat dibendung sekali gus mampu membantu kemenangan BN.
“Keputusan dua pilihan raya kecil iaitu DUN Manek Urai dan Galas menjadi bukti tiada kegiatan seumpama itu dilakukan mana-mana pihak. Pada masa sama isu dan masalah rakyat yang gagal ditangani Pas, terutama isu air, banjir, rampasan tanah rakyat di Lojing dan kemudahan asas juga mampu membantu BN.
“Perubahan sikap dan sokongan itu turut membabitkan kawasan kubu kuat Pas dan bahagian UMNO yang bermasalah seperti di Rantau Panjang, Pasir Mas dan Kuala Krai,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kursus Kepimpinan Barisan Hadapan UMNO Kelantan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Kelantan, di sini, semalam.
Hadir sama, Timbalan Pengerusi Perhubungan BN Negeri, Senator Datuk Dr Awang Adek Hussin.
Seramai 119 pemimpin barisan hadapan BN, termasuk Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO menyertai kursus kepimpinan itu.
Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, pihaknya akan memberi tumpuan khusus terhadap kerusi yang sukar ditembusi BN, di samping mengekalkan sokongan di kawasan yang dijangka mencapai kemenangan.
Menurutnya, majlis penerangan mengenai isu semasa juga akan diatur dengan membabitkan pengundi-pengundi yang berada luar Kelantan, seperti di Johor, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.
“Sebanyak 15 peratus daripada jumlah pengundi yang berdaftar di Kelantan berada di luar dan sokongan mereka mampu merubah senario politik di Kelantan,” katanya.

Comments (0)
Catat Ulasan