Klik "LIKE" jika suka TUK KIYAI: ISU SEMASA

Klik "IKUT" untuk teman TUK KIYAI

Sembang & Pesanan

http://tokkiyai.freeshoutbox.net/

Rakan baikku, KEKASIH GELAP isteriku!!

Label:

“Luluh hati saya bila melihat isteri berpeluk mesra dengan lelaki yang saya kenali di satu kawasan pantai di pulau terbabit...

Saya petik:

[SH] ALOR GAJAH - Seorang suami yang berpengaruh dan berjawatan tinggi di sebuah agensi kerajaan, dekat sini, kecewa selepas mendapat tahu isterinya menjalinkan hubungan intim dengan rakan baiknya sendiri.

Itulah pengakuan Abd Samad Mohd, 46, (bukan nama sebenar) yang pada mulanya hanya mendengar khabar angin daripada rakan sekerja, menyatakan isterinya itu menjalin hubungan intim dengan rakan sepejabatnya namun dinafikannya.

Menurutnya, dia mendirikan rumah tangga bersama isterinya berumur 33 tahun itu 17 tahun lalu dan dikurniakan tiga anak perempuan, berumur antara 20 dan 12 tahun.

“Kami bekerja dalam agensi yang sama tetapi berlainan jabatan.

“Memang tidak terduga, isteri yang kerap menghadiri seminar dan rombongan keluar daerah, rupa-rupanya hanya helah untuknya memadu kasih bersama kekasih hati sebelum perlakuan sumbangnya terbongkar,” katanya.

Abu Bakar berkata, sepanjang hidup bersama, isterinya tidak pernah marah, lemah-lembut dan penyayang.

“Apabila rakan sampaikan berita ini, saya tak percaya sebab tiada bukti cuma saya syak berlaku sesuatu apabila sikap isteri mula berubah sejak kebelakangan ini tetapi saya biarkan syak wasangka ini berlalu begitu sahaja.

“Sepanjang perkahwinan, kami tak pernah berkelahi atau bertengkar. Jika adapun perselisihan faham, kami hanya tidak bertegur sapa untuk sementara sahaja dan selepas hilang perasaan marah, kami berbaik semula,” katanya.

Menurutnya, sehinggalah satu ketika, isterinya meminta izin mengikuti rombongan ke Langkawi bersama rakan sepejabat.

“Saya izinkan dia pergi dan menghantarnya ke tempat berkumpul.

“Biasanya, apabila kami berjauhan, dia akan hantar mesej bertanyakan pelbagai perkara tetapi kali ini dia tidak berbuat demikian, malah menyepikan diri sehingga membuatkan hati saya berdetik dan mula memikirkan sebaliknya,” katanya.

Abd Samad berkata, selang dua bulan kemudian, jabatan isterinya mengadakan hari keluarga di sebuah pulau di selatan tanah air.

“Saya cuba halang tetapi tak sampai hati. Selama dua hari satu malam di sana, satu mesej pun dia tak kirim kepada saya.

“Hati saya mula tak sedap. Tambahan pula, rakan sepejabat banyak membantu saya memantau dan menjejak di mana isteri serta teman lelakinya itu sehingga ke selatan tanah air,” katanya.

Menurutnya, selepas diyakinkan oleh rakannya, dia nekad menjejaki isterinya dan terkejut apabila mendapati hanya isteri dan teman lelakinya sahaja berada di sana.

“Luluh hati saya bila melihat isteri berpeluk mesra dengan lelaki yang saya kenali di satu kawasan pantai di pulau terbabit.

“Bagaimanapun, saya pasrah dengan apa yang berlaku sebelum membuat keputusan nekad menceraikan dia di hadapan teman lelakinya,” katanya.

(Gambar sekadar hiasan)

Kita jumpa di Mahkamah!!

Label:

Saya petik:

[TVS] KUALA LUMPUR 17 MAC : Ahli parlimen Machang, Saifuddin Nasution berkata, beliau sedia untuk bertemu ahli parlimen Bebas dari Padang Serai, N Gobalakrishnan di mahkamah berhubung dakwaan mengeluarkan kenyataan fitnah terhadapnya.

Saifuddin ketika ditemui di lobi parlimen hari ini berkata, beliau juga sama sekali tidak akan membuat permohonan maaf seperti yang dituntut oleh Gobala.

“Saya menerima notis saman daripada peguam Gobala semalam yang menuntut dua perkara. Yang pertama ialah mulai semalam dalam masa tujuh hari . Yang kedua, jika saya gagal berbuat demikian proses saman libel akan dimulakan. Yang pertama reaksi saya ialah saya menolak sama sekali tuntutan untuk saya memohon maaf," kata Saifuddin kepada TV Selangor.

Gobala pada Selasa berkata, beliau akan mengemukakan saman RM12 juta ke atas Saifuddin kerana mendakwa beliau menerima habuan daripada pihak tertentu untuk keluar dari Parti Keadilan Rakyat.

Beliau juga memberi tempoh tujuh hari kepada Saifuddin yang juga Setiausaha Agung PKR untuk membuat permohonan maaf mengenai hal itu.

Namun menurut Saifuddin beliau tidak akan berganjak dari kenyataannya sebelum ini.

“Alasan saya ialah saya telah ketengahkan beberapa fakta yang mengukuhkan kenyaaan awal saya mengenai punca dan sebab musabab kenapa beliau telah mengkhianati parti walaupun bertanding atas tiket KEADILAN kemudian mereka-reka segala alasan melalut untuk mengesahkan atau mensahihkan tindakannya mengkhianati parti,"jelasnya lagi.

Katanya, sepanjang 12 tahun mengenali Gobala dalam PKR, beliau tahu kemampuan kewangan wakil rakyat itu.

“Isu yang saya timbulkan ialah selama 12 tahun mengenali beliau, beliau langsung tidak punya keupayaan kewangan apa lagi membuat bayaran mencecah angka jutaan,"katanya.

Pemilik Lamborghini ini upah orang rosakkan keretanya...

Label:

BEBERAPA orang yang diupah merosakkan kereta Lamborghini Gallardo di Qingdao, wilayah Shandong, China.

Saya petik:

[KS] BEIJING - Seorang ahli perniagaan China mengupah sekumpulan lelaki dari Shandong untuk merosakkan kereta Lamborghini Gallardo miliknya yang berharga AS$804,301 (RM2.45 juta) dengan menggunakan tukul di Qingdao kelmarin.

Tindakan itu dibuat selepas beliau sangat kecewa dengan perkhidmatan servis pengedar kereta terbabit yang gagal menyelesaikan pelbagai kerosakan yang dialami Lamborghini miliknya.

Ahli perniagaan itu turut mendapati terdapat kerosakan yang dilakukan seseorang ke atas kereta miliknya di bahagian depan dan kerangka kereta sport itu semasa ia sedang dibaiki.

Orang ramai yang lalu lalang terkejut apabila melihat sekumpulan lelaki merosakkan kereta mewah itu yang sering rosak sejak dihantar kepada tuannya pada Oktober tahun lalu.

Selepas bertengkar dengan pengedar dan beberapa orang wakil kanan pengedar kereta Lamborghini, ahli perniagaan tersebut mengambil keputusan bahawa satu-satunya cara untuk melindungi haknya ialah dengan merosakkan kereta itu pada Hari Hak-Hak Pengguna Sedunia. - Agensi

Ugut sebar aksi seks di internet

Label:

KAMERA mini yang dipasang pada kunci kereta digunakan sindiket merakamkan gambar bogel dan adegan seks mangsa sebelum mengugut menyebarkannya di internet.

Saya petik:

[BH] KUALA LUMPUR: Bermodalkan kamera mini berharga tidak sampai RM50, satu sindiket peras ugut di ibu negara dikesan memperoleh keuntungan jutaan ringgit dengan hanya merakamkan gambar bogel dan adegan seks mangsa mereka sebelum mengugut menyebarkannya ke internet.Sindiket itu yang didalangi warga asing, dipercayai dari China dan Afrika, menjadikan golongan profesional dan ahli perniagaan yang berpendapatan tinggi sebagai sasaran utama.
Difahamkan, anggota sindiket dan mangsa mereka, yang sebahagian besarnya sudah berkahwin dan berkeluarga, mula berkenalan atas urusan perniagaan sebelum memperdayakan mangsa untuk jatuh cinta sehingga mengadakan hubungan seks di hotel mewah di bandar raya ini.

Mangsa yang ghairah menikmati ‘keseronokan baru’ tidak menyedari adegan seks itu dirakamkan menggunakan kamera mini, yang biasanya disembunyikan dalam rantai kunci kereta, sebelum mengugut mangsa membayar wang dan jika enggan, gambar berkenaan akan disebarkan ke internet.

Ketua Biro Aduan Awam MCA, Datuk Michael Chong ketika mendedahkan perkara itu, berkata dalam beberapa kes yang dilaporkan kepadanya, anggota sindiket turut mengugut akan mendedahkan kecurangan mangsa kepada suami atau isteri masing-masing jika permintaan mereka tidak dipenuhi.

“Kita menerima lima aduan berhubung kes ini sejak tahun lalu, masing-masing membabitkan tiga mangsa lelaki dan dua wanita berkerjaya. Kesemua mangsa sudah berkahwin dan berkeluarga ini diugut supaya membayar antara RM100,000 hingga RM300,000 jika tidak mahu gambar serta video (seks) mereka disebarkan ke internet.

“Malah, kesemua mangsa berada dalam keadaan trauma apabila anggota sindiket mengugut mahu memporak-perandakan rumah tangga mereka jika permintaan itu tidak dipenuhi,” katanya kepada pemberita, di sini, semalam.

Beliau juga percaya terdapat banyak kes seumpamanya berlaku, namun mangsa tidak berani mendedahkannya atau melaporkan kegiatan itu kepada pihak berkuasa kerana bimbang rumah tangga mereka musnah sekiranya hubungan terlarang itu terbongkar.

“Kebanyakan pengadu amat bimbang rumah tangga dan keluarga mereka musnah sekiranya kecurangan mereka terbongkar, namun kita berjaya menyelesaikan sebahagian kes dengan melakukan perbincangan dengan pasangan masingmasing,” katanya.

“Kita tidak mahu mangsa memberi muka kepada anggota sindiket dengan membayar wang yang diminta sebaliknya melaporkan perkara itu kepada pihak berkuasa agar tindakan sewajarnya dapat diambil terhadap penjenayah terbabit,” katanya.

Michael turut memohon pihak berkuasa memantau penjualan kamera mini tersembunyi yang direka dalam bentuk rantai kunci kereta, pen, cermin mata, jam tangan yang kini banyak dijual di pasaran agar ia tidak mudah disalah gunakan untuk melakukan jenayah.

Krisis nuklear: Warga asing mula keluar dari Jepun

Label:

Salji tebal melanda kawasan Sendai, sekali gus menyukarkan pasukan mencari dan menyelamat bencana berganda di Jepun semalam. — Foto Reuters

Saya petik:

[TMI] TOKYO, 17 Mac — Negara asing menasihatkan rakyatnya agar meninggalkan Jepun, yang dilanda bencana berganda, ketika pihak berkuasa negara sebelah timur itu bertungkus-lumus untuk mengelakkan krisis nuklear yang dilihat semakin meruncing.

Ketua Suruhanjaya Kawal Selia Nuklear Amerika Syarikat berkata salah satu reaktor, yang terjejas teruk, kelihatan merisaukan kerana tiada bekalan air untuk menghentikan rod bahan api daripada terus panas dan kemudian cair kelak.

Semalam, pekerja-pekerja menjauhi loji Fukushima Daiichi buat sementara kerana bimbang peningkatan radiasi tetapi kembali selepas keadaan dilaporkan selamat.

Rasa bimbang dan khuatir muncul kembali selepas pegawai-pegawai berkata reaktor kedua di kompleks itu, yang menempatkan enam reaktor, kemungkinan sudah rosak dan mengeluarkan stim radioaktif.

Laporan msnbc melaporkan, ketua tenaga Kesatuan Eropah Guenther Oettinger memberitahu Parlimen Eropah bahawa loji itu “secara efektif sudah tidak terkawal lagi” selepas kerosakan pada kemudahan sistem pendinginan.

“Dalam beberapa jam akan datang, akan ada malapetaka lebih buruk lagi, yang akan mendedahkan orang ramai kepada bahaya,” katanya.

“Belum kelihatan panik lagi, tetapi Tokyo dengan penduduk seramai 35 juta orang, adalah metropolis paling besar di dunia,” katanya.

Bagaimanapun ketua pemantau nuklear PBB melihat pandangan itu dari sudut isu yang lain.

“Bukan masa untuk mengatakan keadaan sudah tidak terkawal,” kata Yukiya Amano, Ketua Pengarah Agensi Tenaga Nuklear Antarabangsa pada sidang media semalam.

“Operator-operator melakukan yang terbaik untuk memulihkan keselamatan reaktor,” katanya.

Beliau bercadang untuk terbang ke Jepun hari ini, lapor Reuters lewat semalam.

Beliau menggambarkan keadaan “sangat serius” dan telah meminta kerajaan Jepun menyediakan maklumat lebih baik kepada agensi itu.

Skandal seks: Ummi Hafilda cabar Baginda tunjuk di mana letaknya "BIRTHMARK" pada tubuhnya

Label:

kah kah kah...cabaran maut Ummi buat Baginda...

Saya petik
:

[MNH] "Kalau betul dia pernah mengadakan hubungan seks dengan saya, tolong beritahu di mana terletaknya ‘birthmark’ yang ada di tubuh ini!”

Itulah cabaran yang dilontarkan oleh Ummi Hafilda Ali ketika ditanya Mynewshub.my berhubung dakwaan seorang ahli perniagaan yang mengancam untuk menjelajah ke seluruh negara bagi mendedahkan apa yang dikatakan “skandal” wanita itu di masa lalu.

Beginda Minda, yang mendakwa rakan niaga untuk projek berkaitan pembinaan Lapangan Terbang Antarangsa Kuala Lumpur (KLIA), berkata beliau tidak dapat menahan lagi dakwaan Ummi terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beginda mendakwa, ketika Ummi membuat pelbagai dakwaan, termasuk tentang moral ketua pembangkang itu, wanita itu sendiri mempunyai skandal dengannya di London.

“Saya tak nafikan yang saya memang mengenali Beginda, ini kerana dia sering hadir dengan bekas rakan perniagaan saya ketika itu, Datuk Sng Chee Hwa bila mana kami berbincang mengenai soal perniagaan yang kami usahakan.

“Sebenarnya ini bukan kali pertama dia membuat tuduhan itu, saya sendiri pernah membuat laporan polis sebelum ini mengenai fitnah yang dia taburkan.

“Sekarang ini dia muncul semula setelah sekian lama menghilang, dengan nama Allah saya hendak katakan di sini, saya tidak pernah melakukan hubungan seks dengan beliau dan saya bersedia untuk melakukan mubahalah (sumpah laknat) mengenainya,” tegas Ummi Hafilda

Kira-kira 10 tahun lalu, Beginda pernah menuduh Ummi Hafilda membuat perjanjian dengan bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin supaya membuat pengakuan yang menentang ketua pembangkang.

Beginda mendakwa perjanjian itu memerlukan Ummi berbohong di kandang saksi bagi membolehkan diberikan bahagian kecil dalam projek KLIA yang bernilai berbilion ringgit.

Justeru, Beginda mendakwa Ummi telah ditipu Daim yang menyebabkan dia tidak mendapat apa-apa dan terpaksa “menjaja” isu Mohd Saiful Bukhari Azlan bagi mendapatkan wang.

Mengulas lanjut, Ummi Hafilda berkata, beliau sekali lagi akan membuat laporan polis di atas segala fitnah dan nista yang Beginda nyatakan itu.

” Dia (Beginda) dengan bangganya menyatakan pernah membuat hubungan seks dengan saya tapi jangan kata bukti, gambar saya dengannya, dokumen perniagaan saya dengannya pun tak dapat dia kemukakan.

” Apakah dia tidak malu bercerita satu dunia termasuk keluarganya kerana membuat pengakuan terbuka telah bersetubuh dengan Ummi Hafilda, namun percayalah, saya tidak akan sama sekali gentar untuk terus berjuang melawan segala taktik licik ini.

” Dengan nama Allah, saya ingin menyatakan yang segala tuduhan tersebut palsu, dan saya sedikit pun tidak akan menyerah kalah terhadap mana-mana pihak yang cuba untuk menjatuhkan saya melalui kaedah yang menjijikkan ini,” tegasnya.

Ummi dulu SKANDAL dengan saya

Pengakuan terbuka Baginda. Memang berani!! Apa tidaknya. Skandal tu beb. Lokasinya di London...kah kah kah

Saya petik:

[SH] KUALA LUMPUR - Serangan demi serangan dalam siri ceramah Ummi Hafilda Ali terhadap Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali mencetuskan rasa tidak senang sesetengah pihak.

Bekas rakan niaganya, Baginda Minda berkata, Ummi perlu menilai moralnya terlebih dahulu sebelum menuduh seseorang tidak bermoral kerana ia tidak mencerminkan perwatakannya yang sebenar.

“Saya tidak boleh tahan lagi bila dia buat pelbagai tuduhan terhadap Anwar dan Azmin. Bukan rakyat Malaysia tidak kenal siapa dia. Dia pun ada skandal ketika di London dulu. Bukan dengan orang lain, dengan saya sendiri.

“Jadi, ini yang menjadi pertikaian sekarang. Buat bermacam-macam siri ceramah, termasuk ketika Pilihan Raya Kecil (PRK) di Kerdau dan Merlimau semata-mata untuk mengecam dan memfitnah orang lain. Adakah dia seorang yang bermoral?” soalnya.

Baginda berkata, beliau tidak akan berdiam diri dengan susulan tindakan Ummi dan akan berusaha mendedahkan segala keaibannya, termasuk kepincangan yang pernah dilakukannya dulu bersama.

“Saya akan keliling satu Malaysia, termasuk Sabah dan Sarawak bagi, mendedahkan hubungan kami dahulu.

“Jika mahu saya dedahkan lebih mendalam lagi cerita ini, saya boleh buat, saya tidak takut,” katanya.

Bagaimanapun, beliau meminta Ummi tidak mengenakan sebarang tindakan berhubung tindakannya nanti memandangkan Anwar dan Azmin tidak berbuat apa-apa berhubung sebaran fitnah yang dilakukannya itu.

Baginda mendakwa, beliau cukup mengenali Ummi, termasuk perbelanjaannya pada tahun 1998 yang mencecah antara RM30,000 hingga RM40,000 dalam tempoh seminggu.

“Saya sendiri yang diarahkan memberikan cek wang sebanyak itu kepada dia. Sebab itulah saya tahu siapa dia sebenar.

“Dia tidak akan buat kerja tanpa sebarang bayaran,” katanya.

Ditanya lebih lanjut mengenai cerita sebenar di antara dia dan Ummi, Baginda, yang juga Timbalan Ketua Cabang PKR, Hulu Rejang, Sarawak memberitahu, akan mendedahkannya apabila tiba waktu yang sesuai.

“Lain kali saya akan jawab cerita di London. Kalau dia buat cerita lagi, saya akan cerita...” katanya.

Awan radioaktif bergerak ke Tokyo!!

Label:

SEORANG kanak-kanak diimbas untuk diperiksa kadar radiasi padanya di sebuah pusat pemeriksaan di bandar Koriyama, negeri Fukushima semalam.

Saya petik:

[KS] TOKYO - Igauan tragedi letupan loji nuklear Chernobyl di Ukarine yang mengorbankan hampir 9,000 nyawa kembali menghantui rakyat Jepun selepas awan radioaktif kesan daripada siri letupan di stesen tenaga nuklear Fukushima dibimbangi akan sampai ke ibu negara Jepun, dalam tempoh beberapa jam, lapor sebuah akhbar semalam.

Amaran itu dikeluarkan selepas kerajaan Jepun semalam membuat pengumuman bahawa radiasi dari loji nuklear milik Syarikat Tenaga Elektrik Tokyo (TEPCO) itu kini merupakan ancaman terhadap nyawa manusia.

Loji tersebut yang memiliki empat reaktor nuklear, terletak sekitar 245 kilometer dari Tokyo.

Tahap radiasi atau pencemaran radioaktif yang boleh menyebabkan kanser meningkat dengan mendadak di kawasan sekitar loji tersebut selepas reaktor No.4 terbakar semalam disyaki akibat satu letupan.

Sejak minggu lalu berlaku tiga letupan melibatkan beberapa reaktor di loji nuklear berkenaan.

Selepas kebakaran pada reaktor No. 4 berlaku, bacaan pencemaran radiasi di kawasan sekitarnya melonjak jauh melepas tahap selamat kepada 400 millisieverts sejam (mSv/j). Pendedahan radiasi yang selamat untuk manusia adalah cuma setakat 3mSv untuk setahun.

Tidak lama selepas itu, Kedutaan Perancis di sini pula memberi amaran bahawa awan radioaktif boleh sampai ke ibu negara Jepun itu dalam masa cuma beberapa jam.

Dalam nada serupa, Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), turut mendedahkan bahawa radiasi daripada reaktor nuklear itu telah dibebaskan ke udara.

Mengulas mengenai perkembangan tersebut, Perdana Menteri Jepun, Naoto Kan ketika berucap di televisyen tempatan, buat kali pertama mengakui bahawa radiasi telah tersebar dari loji nuklear Fukushima.

"Tahap radiasi itu amat tinggi dan risiko lebih banyak radiasi tersebar juga sangat tinggi," kata Kan.

"Kami sedang melakukan segala usaha untuk menghalang kebocoran radiasi itu daripada terus tersebar. Saya faham bahawa orang ramai kini bimbang tetapi saya merayu anda supaya bertenang," tambahnya.Radiasi boleh membunuh dan mengubah sel badan manusia yang menyebabkan penyakit barah. Setakat semalam, tahap radiasi yang tinggi dicatatkan di Ibaraki, sebuah bandar yang berada sekitar 128 kilometer dari sini.

Di bandar Saitama, dekat sini, tahap pencemaran radiasi yang direkodkan pula adalah 40 kali ganda lebih tinggi daripada normal.

Setakat ini, kerajaan Jepun telah mengkuarantin 150 orang kerana mereka dikhuatiri terdedah kepada pencemaran radiasi.

Pihak berkuasa turut mengambil langkah membersihkan pencemaran radiasi melibatkan 23 orang yang berada berhampiran loji nuklear di Fukushima.

Kerajaan Jepun meminta penduduk yang tinggal dalam lingkungan 32 kilometer dari loji nuklear Fukushima supaya tinggal di dalam rumah, menutup semua tingkap dan berhenti menggunakan penghawa dingin sebagai langkah keselamatan.

Lebih 100,000 orang dipercayai berada dalam zon tersebut.

Dalam perkembangan berkaitan, negara-negara luar bermula dengan China mula memindahkan rakyat mereka dari sini kerana bimbang tentang pencemaran radiasi. Setakat ini, beberapa negara asing termasuk Austria dan Perancis mengumumkan akan memindahkan kedutaan mereka ke bandar Osaka yang terletak 400 kilometer dari Tokyo.

Sementara itu, gempa bumi kuat berukuran 9 pada skala Richter yang melanda timur Jepun pada Jumaat lalu memusnahkan kawasan seluas sehingga berpuluh-puluh kilometer dan menyebabkan lebih 550,000 orang hilang tempat tinggal. - Agensi

Punca lelaki kini MATI PUCUK & kurang subur!!

Label:

Awas kaum Adam!! Berhati-hati juga kaum Hawa...

Saya petik:

[KS] GEORGE TOWN - Lelaki yang gemar menyimpan telefon bimbit di dalam poket seluar berdepan risiko kerosakan sperma termasuk mati pucuk.

Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), S.M. Mohamed Idris mendakwa, penggunaan telefon bimbit untuk tempoh yang panjang didakwa mengurangkan produktiviti sperma lelaki.

Ini berikutan hasil kajian CAP tahun lalu menunjukkan kaitan antara sperma berkualiti rendah dengan tempoh penggunaan telefon bimbit dalam sehari.

Menurut beliau, pengguna yang membuat panggilan telefon bimbit lebih daripada empat jam sehari mempunyai bilangan sperma yang paling kurang dan paling rendah kualitinya.

"Penemuan itu menyarankan bahawa berjuta-juta lelaki di dunia ini kemungkinan menghadapi kesukaran menjadi bapa kerana kerap menggunakan telefon bimbit.

(Gambar sekadar hiasan)

ROSMAH pencetus "Semangat" Lee Chong Wei?

Label:

Saya petik:

[TVS] SHAH ALAM 15 MAC : Juara All England Lee Chong Wei menelefon isteri Perdana Menteri Rosmah Mansor yang telah menjanjikan pemain itu “hadiah istimewa” jika beliau menang dalam pertarungannya menentang Lin Dan kelmarin, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Pada malam itu, isteri saya telah memberi semangat kepada beliau (Chong Wei) dan berjanji akan memberi hadiah istimewa sekiranya menang. Saya juga dapat bercakap dengan Lee Chong Wei dan turut berjanji akan memberi hadiah sekiranya beliau menang,” Najib dipetik sebagai berkata oleh Bernama.

Atas kemenangan 21-17, 21-17 itu, Chong Wei diberikan sebuah jam tangan oleh Rosmah. Najib pula menghadiahkan pemain no 1 dunia itu RM100,000 unit amanah saham Permodalan Nasional Berhad (PNB).

Majlis berlangsung di Seri Perdana di Putrajaya hari ini, sebaik sahaja Chong Wei kembali pulang dari London.

Rosmah adalah Penaung Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Najib menyifatkan panggilan telifon Chong Wei kepada isterinya itu sebagai satu “tabiat” sebelum bertanding, untuk mendapatkan kata-kata semangat.

Dulu lelaki ini ahli bina badan, kini mak nyah glamor

Label:

CHRISIE EDKINS semasa dia seorang lelaki. Gambar kecil wajah Chrisie Edkins selepas menjadi mak nyah.

Saya petik:

[KS] SOUTHAMPTON, Britain - Seorang bekas ahli bina badan lelaki, Chrisie Edkins kini bergelar model glamor selepas dia menukar identitinya menjadi seorang wanita, lapor sebuah akhbar semalam.

Edkins, 31, ditawarkan banyak kontrak peragaan yang menyaksikannya beraksi sebagai model wanita malah dia juga menceburi bidang nyanyian.

Lelaki tersebut yang memiliki seorang anak perempuan berusia sembilan tahun, Chloe, hidup sebagai seorang wanita selama bertahun-tahun sebelum dia tampil secara terbuka dengan identiti barunya itu pada tahun 2003.

"Saya masih melaksanakan tanggungjawab sebagai penjaga dan anak saya memahami kehidupan baru saya," katanya.

Edkins yang dahulunya dikenali dengan nama lelaki, Chris pernah bekerja sebagai seorang mekanik dan juruelektrik dengan tujuan untuk membuktikan kepada dirinya bahawa dia ialah seorang lelaki 'sejati'.

Namun, dia kemudian memutuskan untuk akur kepada naluri kewanitaan yang kuat dalam dirinya.

Edkins kemudian menjalani terapi hormon dan pelbagai rawatan kosmetik termasuk rawatan membesarkan payu dara untuk tampil sebagai seorang wanita yang cantik.

Dia mengubah profil diri di Facebook kepada wanita pada tahun 2003. - Agensi

Pengalaman ngeri gadis ini berakhir...

Label:

BERSYUKUR...pengalaman dipenjara menginsafkan Nur Dhiya.

Saya petik:

[HM] KUALA LUMPUR: “Cukuplah pengalaman tujuh bulan dipenjarakan di luar negara selepas menjadi keldai dadah,” kata Nur Dhiya Ain Rosman, 20, yang dibebaskan dari penjara Cape Town, Afrika Selatan, 9 Mac lalu.

Anak kedua daripada empat beradik berasal dari Jalan Tun Sambathan 4, Brickfields, di sini, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang, pada jam 6 pagi hari sama.

Nur Dhiya dipenjarakan di Cape Town selama tujuh bulan bermula 14 Ogos tahun lalu hingga 9 Mac lalu selepas ditahan dan didapati bersalah kerana membawa 1.2 kilogram dadah jenis syabu.

Menurutnya, ketika ditahan dia tidak mengetahui apa-apa mengenai dadah itu dan terkejut selepas menyedari ditipu rakan baik yang dikenali sejak kecil.

Katanya, dia bersetuju melancong ke Cape Town selepas diajak rakan baiknya itu yang menawarkan tiket penerbangan dan penginapan percuma selama empat hari ke negara itu, tetapi rakannya membatalkan percutian pada saat akhir menyebabkan dia terpaksa pergi seorang diri.

“Rakan saya itu meyakinkan saya akan selamat kerana akan ditemani wakil syarikat yang menguruskan pelancongan percuma itu dan bakal ditempatkan di sebuah hotel mewah selama empat hari.

“Selama di sana saya dilayan dengan baik dan apabila tiba saat untuk pulang pada 14 Ogos tahun lalu, seorang wanita yang mendakwa wakil syarikat itu yang menemani saya menyerahkan sebuah beg kecil sebagai sagu hati tanpa diketahui isinya.

“Ketika di lapangan terbang kira-kira jam 10 malam selepas melalui pemeriksaan pengimbasan, saya ditahan pegawai imigresen negara itu,” katanya ketika ditemui di sebuah hotel di sini, semalam.

Nur Dhiya berkata, sebaik ditahan, dia hanya berdoa kerana tidak mengetahui motif rakan baiknya serta wakil syarikat pelancongan itu berbuat demikian dan hanya mengetahui dirinya dikhianati selepas dipenjara.

“Saya sungguh insaf dengan pengalaman ini kerana pertama kali berjauhan dengan ibu, ayah dan adik-beradik. Saya berjanji tidak akan mengulangi perbuatan ini.

“Saya menasihatkan remaja supaya berhati-hati dengan rakan sendiri dan orang yang baru dikenali kerana kebanyakan mereka mempunyai muslihat,” katanya yang dibebaskan daripada penjara selepas Mahkamah Tinggi Cape Town memutuskan dia tidak bersalah dalam kes pengedaran dadah.

Menurutnya, walaupun dilayan dengan baik, pengalaman tinggal dalam penjara bersama tahanan warga Afrika amat menginsafkan kerana mereka sering bergaduh menyebabkan dirinya tertekan selain berjauhan orang tersayang.

Harian Metro pada 15 Ogos tahun lalu melaporkan Nur Dhiya ditahan di lapangan terbang Cape Town selepas dikesan membawa 1.2 kilogram syabu dan ditempatkan di sebuah pusat tahanan.

Sementara itu, ibu dan bapanya, Roslah Abd Jani, 44, dan A C Musa Abu Chik, 43, bersyukur kerana mimpi ngeri keluarganya berakhir apabila Nur Dhiya atau lebih dikenali sebagai Baby dibebaskan dan kini kembali ke pangkuan keluarga.

Roslah berkata, sebelum ini dia tidak boleh tidur malam dan setiap hari berusaha menghubungi Kedutaan Malaysia di Cape Town untuk mengetahui keadaan anak gadisnya itu.

“Saya mengorbankan segala-galanya demi menyelamatkan Baby kerana dia masih muda dan masa depannya masih panjang,” katanya yang menghabiskan ribuan ringgit untuk membebaskan anaknya dengan pertolongan pelbagai pihak.

Ceramah DNA (DATUK NAJIB ALTANTUYA) di seluruh negara!!

Label:

Saya petik:

[MK] PKR akan menggerakkan jenteranya di seluruh negara dengan membangkitkan semula isu kontroversi sekitar kematian model Mongolia Altantuya Shaariibuu yang didakwa sesetengah pihak melibatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Program itu dirancang sebagai tindak balas kepada demonstrasi bersama - antaranya melibatkan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) - bagi mendesak Anwar menyerahkan sampel DNA kepada pihak pendakwaan di mahkamah.

pkr congress pc 271110 saifuddin nasutionIa akan digelar DNA sebagai singkatan untuk "Datuk Najib Altantuya", kata setiausaha agungnya Saifuddin Nasution dalam sidang media selepas mesyuarat majlis tertinggi Pakatan Rakyat di parlimen.

Saifuddin (kiri) yang juga anggota parlimen Machang berkata program itu melibatkan ceramah dan pengedaran risalah.

Ditanya tentang bantahan kumpulan NGO di ibu pejabat PKR semalam, Anwar mengaitkannya dengan usaha Umno untuk menanganinya.

Menurut ketua pembangkang itu, beliau tidak takut menyerahkan sampel DNA, tetapi memandang berat kaedah yang digunakan oleh pendakwaan dan siasatan pihak polis.

Secara sinis, beliau berkata dimaklumkan oleh "Tuan Judi" bahawa sampel itu disimpan dalam kabinet, bukan peti ais.

Justeru, beliau meminta ditunjukkan pakar manakah yang akan menerima keputusan sebegitu.

Bomoh MAK NYAH perdaya mangsa RM105 ribu!!

Label:

Saya petik:

[SH] GELANG PATAH – Selepas berjaya memperdaya tiga wanita bersaudara, seorang bomoh mak nyah berusia 37 tahun bukan sahaja joli sakan dengan hasil penipuan bernilai RM105,000, malah sempat membeli sebuah kereta untuk kekasihnya.

Itulah yang didakwa salah seorang mangsa, Esah Yaakub, 59 kepada Sinar Harian yang memberitahu dirinya menemui bomoh berkenaan selepas dicadangkan sepupunya apabila penyakit yang dihidapi gagal diubati walaupun telah mendapatkan rawatan di klinik.

“Makcik mengalami penyakit misteri selama dua bulan iaitu badan dan bahagian sendi terasa sakit seperti dihiris menggunakan pisau. Makcik kemudiannya mengambil keputusan menemui bomoh mak nyah berkenaan selepas doktor mengesahkan makcik tidak menghidapi apa-apa penyakit,” katanya dari Kampung Sungai Melayu, di sini.

Menurutnya, dia menemui bomoh terbabit setelah percaya dengan pendapat sepupunya untuk mendapatkan rawatan secara tradisional.

Esah berkata, selepas bertemu suspek dan menceritakan berhubung penyakitnya, bomoh berkenaan memaklumkan bahawa Esah terkena buatan orang yang mahu melihatnya lumpuh, sekali gus merampas kesemua barang kemas dan wang simpanannya secara ‘sedut’.

“Bomoh itu juga meminta saya menyerahkan semua barang kemas termasuk wang simpanan bagi proses pertapaan supaya tidak ‘disedut’ oleh orang yang berniat jahat, selain mengarahkan saya mandi limau dan tujuh jenis bunga putih yang telah dijampi,” katanya.

Selepas upacara berkenaan katanya, dia sering berulang-alik ke rumah bomoh terbabit untuk meminta kembali barang kemas yang diserahkan, namun bomoh itu memberi alasan bahawa ‘Pak Kiyai’ yang menjaga barangannya masih belum turun dari kayangan.

“Ketika itu, makcik tidak mengesyaki apa-apa dan datang kembali menemuinya seminggu selepas itu, namun dia memaklumkan barangan kemas dan wang yang diberikan kini dalam jagaan Puteri Mayang Mengurai,” katanya.

Beberapa hari kemudian, bomoh berkenaan datang ke rumah Esah dan memintanya menyerahkan baki barangan kemas yang dipakai, termasuk mengeluarkan wang simpanan di bank kerana mendakwa mangsa melanggar pantang.

“Makcik seperti dipukau kerana hanya menuruti permintaan bomoh itu meskipun suami dan anak-anak sudah mengesyaki seperti ada sesuatu yang tidak kena, namun makcik tidak mengendahkannya,” katanya.

Apabila penyakit Esah tidak juga sembuh, dia bersama beberapa anaknya ke rumah bomoh terbabit dan selepas didesak, bomoh itu menyerahkan satu bungkusan serta mendakwa semua barangan mangsa ada di dalamnya.

“Bomoh itu mengarahkan supaya bungkusan itu dibuka selepas sampai di rumah tetapi anak makcik bertindak merampasnya dan apabila melihat isi di dalamnya hanya terdapat beras termasuk kerongsang serta sebentuk cincin,” katanya.

Dakwanya, anaknya juga bertindak memaksa bomoh itu menyerahkan semula barangan yang diserahkan, namun bomoh terbabit mengakui telah menggadai semua barangan itu dan menggunakan wang untuk dijoli.

“Bomoh itu juga mengaku turut menipu sepupu dan ibu saudara makcik membabitkan jumlah kerugian sebanyak RM78,000, manakala wang dan barang kemas makcik bernilai RM27,000 juga lesap,” dakwanya.

Berhubung kejadian itu, dua laporan polis dibuat secara berasingan di Balai Polis Tanjung Kupang di sini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Nusajaya, Superintendan Abdul Aziz Ahmad mengesahkan menerima laporan daripada mangsa dan kes berkenaan masih di dalam siasatan.

Nazri sahkan Rosmah sebagai First Lady tapi nafi FLOM wujud

Label:

Saya petik:

[KD] KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz hari ini mengesahkan Datin Seri Rosmah Mansor adalah Wanita Pertama atau ‘First Lady’.

Ahli Parlimen Padang Rengas itu berkata, First Lady adalah isteri kepada ketua eksekutif sesebuah negara iaitu isteri kepada Perdana Menteri dan tidak bercanggah dengan amalan dan protokal di negara ini.

Nazri juga menyatakan, tiada peruntukan kewangan khusus untuk membiayai kegiatan isteri Perdana Menteri atau disalur Bahagian Pertama Wanita Pertama (FLOM) yang dianggapnya sebagai tidak wujud.

Demikian jawapannya kepada soalan bertulis Johari Abdul (KEADILAN-Sungai Petani) yang bertanyakan takrifan Jabatan Perdana Menteri terhadap gelaran Wanita Pertama Malaysia, sama ada merujuk isteri Perdana Menteri atau Raja Permaisuri Agong.

Malah, beliau memberi contoh ketika Persidangan Negara-negara Komanwel (CHOGM), isteri-isteri ketua eksekutif negara, digelar sebagai Wanita Pertama.

Mengulas hal itu, Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin percaya Nazri tidak berani menjelaskan status sebenar FLOM kerana takut dengan Rosmah.

Beliau juga kesal dengan Nazri memberi jawapan tidak tepat berhubung isu peruntukan.

“Ini jawapan berdolak dalik. Menteri tidak memberikan jawapan yang tepat. Apakah kerana dia takut kepada Rosmah?” kata Zuraida ketika ditemui di lobi Parlimen.

Zuraida turut mempersoal percanggahan fakta kerana dalam jawapan Menteri yang sama sebelum ini, lebih RM134,000 digunakan untuk membiayai perbelanjaan kegiatan Rosmah ke beberapa negara.

“Jadi, kalau tidak menggunakan peruntukan dari FLOM, dari mana datangnya wang itu?” soalnya.
Rakan baikku, KEKASIH GELAP isteriku!!
Khamis, Mac 17, 2011 | Author: Tuk Kiyai

Rabu, Mac 16, 2011 | Author: Tuk Kiyai

Selasa, Mac 15, 2011 | Author: Tuk Kiyai

Isnin, Mac 14, 2011 | Author: Tuk Kiyai