Klik "LIKE" jika suka TUK KIYAI: ISU SEMASA

Klik "IKUT" untuk teman TUK KIYAI

Sembang & Pesanan

http://tokkiyai.freeshoutbox.net/

Buruh terkejut telaga yang digali keluar gas metana

Label:

PENDUDUK kampung menyalakan api daripada gas bawah tanah yang keluar dari batang paip di Kampung Padang Machang, Manir, Kuala Terengganu, semalam.

Saya petik:

[kosmo] KUALA TERENGGANU – Seorang buruh terkejut apabila telaga tiub yang digali di belakang rumah seorang penduduk di Kampung Padang Macang, Manir dekat sini semalam mengeluarkan gas dipercayai metana.

Gas itu dikesan pada kedalaman 11 meter selepas Musa Omar, 48, membuat ujian terhadap air dalam telaga yang digali pada jarak kira-kira empat meter dari rumah pemilik tanah itu.

“Air itu berbau dan tidak sesuai digunakan.

“Selepas saya tarik batang paip yang dipacakkan di tapak telaga itu tiba-tiba keluar wap yang tidak berbau dan bunyi berdesir seperti gas,’’ ceritanya ketika ditemui di tempat kejadian semalam.

Katanya, kejadian itu satu kejutan kepadanya kerana inilah kali pertama ia berlaku selepas lebih 10 tahun dia bekerja sambilan mengambil upah menggali telaga.

Musa berkata, dia segera memanggil seorang rakan lalu mereka cuba menguji gas itu dengan menggunakan pemetik api dan mendapati ia terus disambar api yang terus bernyala selama beberapa jam.

Seorang penduduk, Ali Ibrahim, 56, memberitahu, kejadian seumpama itu pernah berlaku di kampung berkenaan sewaktu ada orang cuba menggali telaga tidak jauh dari tempat itu kira-kira 25 tahun lalu.

“Tetapi disebabkan takut mendengar bunyi macam gas bocor, dia menimbus semula lubang yang telah digalinya,” kata Ali.

Cinta JIJIK pondan ini mendapat liputan. Mengapa?

Label:

NATASHA melipat pakaian yang mahu dibawanya sebagai persediaan hidup bersama Mohd. Hafizuddin di rumahnya di Kangar semalam.

Saya petik:

[kosmo] KANGAR – Hajat seorang pondan, Natasha yang mahu membawa diri bersama temannya, Mohd. Hafizuddin Johari, 20, yang menerima aib setelah disimbah asid ekoran cemburu dengan perhubungan mereka, nampaknya terpaksa ditangguhkan sementara.

Ini kerana, menurut jurujual tersebut yang berusia 28 tahun, rancangan mereka untuk menjalani kehidupan baharu di negeri lain tidak menjadi apabila Mohd. Hafizuddin ‘dirampas’ daripadanya oleh ahli keluarga pemuda itu kelmarin.

Katanya, Mohd. Hafizuddin telah dibawa pulang oleh bapa saudaranya ketika mereka berdua sedang menikmati minum petang di sebuah gerai makan di Padang Besar dekat sini.

“Kejadian tersebut berlaku dengan pantas, bapa saudara Hafizuddin bersama seorang lagi rakannya yang menaiki kereta telah menghampiri kami di gerai tersebut.

“Tanpa bercakap sepatah, tiba-tiba tangan Hafizuddin ditarik oleh bapa saudara mereka ke dalam kereta dan mereka meninggalkan saya,” katanya ketika ditemui dirumahnya di Taman Seri Bakau, di sini semalam.

Mengimbas kejadian tersebut, Natasha memberitahu, dia amat terkejut dan takut dengan insiden tersebut ekoran Mohd. Hafizuddin dibawa dengan paksaan oleh ahli keluarga tersebut.

“Kami telah merancang untuk teruskan hidup bersama dan Hafizuddin dengan rela hati ikut saya tetapi lain pula jadi hubungan kami mendapat tentangan keluarganya,” ujarnya.

Sehingga kini jelasnya, dia masih gagal menghubungi temannya itu dan situasi tersebut menyebabkan hatinya tidak tenteram.

Tambahnya, dia akui hubungannya itu mendapat tentangan keluarga Hafizuddin dan ramai pihak namun jurujual tersebut meneruskannya ekoran pemuda itu banyak keistimewaannya.

P/s: Sedarkah kita bahawa cinta pondan dan pasangannya adalah  dilaknat oleh Allah? Benarkah ada yang cemburu dengan cinta jijik mereka? Keluarga  pasangan songsang itu perlu menghalang dan menyelamatkan mereka berdua ini daripada  terus terjebak dengan cinta jijik itu!! 

Datuk berang cucu dapat duit raya RM1

Label:

ROSAK...Noleha menunjukkan pagar rumahnya yang dirosakkan abangnya kerana tidak berpuas hati cucunya  memperoleh duit raya RM1.

Saya petik:

[HM] KUALA TERENGGANU: Gara-gara tidak berpuas hati enam cucunya hanya mendapat duit raya RM1 daripada ibunya, seorang warga emas berusia 60 tahun gagal mengawal diri apabila menyerang dua adik perempuannya dengan merosakkan harta benda serta menghamburkan kata-kata kesat berbaur ugutan dalam kejadian Jumaat lalu.
Difahamkan kejadian berlaku selepas lelaki terbabit yang berlainan bapa dengan mangsa naik berang apabila enam cucunya hanya memperoleh duit raya RM1 daripada ibunya berusia 84 tahun sebelum menuduh kononnya dua adiknya itu mengawal duit ibunya yang sudah uzur.

Kejadian berlaku pada jam 10.30 malam di rumah seorang adik berkenaan, Noleha Sulong, 42, di Kampung Pengadang Baru, di sini, menyebabkan dia dan dan adiknya, Rokiah, 37, trauma serta hidup dalam ketakutan.

Noleha berkata, dia tidak sangka abangnya itu tergamak menyerang dia dan adiknya semata-mata kerana tidak berpuas hati dengan jumlah duit raya diberikan ibu mereka.

“Hairan juga saya dengan sikap abang yang tidak pernah berpuas hati dan berprasangka buruk terhadap kami adik-beradik, padahal bukan cucunya saja mendapat RM1, tetapi anak bongsu saya dan semua cucu lain turut mendapat jumlah yang sama.

Keluarga tuntut kerajaan isytihar Mat Indera pejuang, bukan pengkhianat

Label:

Saya petik:

[TMI] KUALA LUMPUR, 7 Sept — Keluarga Ahmad Indera, individu yang dikaitkan dengan tragedi Bukit Kepong enam dekad lalu, hari ini menuntut agar kerajaan membersihkan namanya - tidak lagi dilabel sebagai pengkhianat negara, sebaliknya orang yang turut memainkan peranan dalam perjuangan kemerdekaan.

Adiknya, Baharom Shah berkata, Mat Indera adalah individu yang komited terhadap agama dan tegas terhadap pendiriannya untuk membebaskan negara daripada penjajahan.

“Maka, saya yakin beliau seorang pejuang kemerdekaan yang sebenar.

“Saya mohon pihak kerajaan dapat membersihkan Mat Indera daripada dilabel sebagai pengkhianat negara. Sejarah kemerdekaan negara perlu dikaji semula,” kata bekas jurutera elektrik dan jentera kor perkhidmatan Tentera Darat pada sidang media hari ini.

Bercakap kepada pemberita di ibu pejabat PAS di sini, katanya, “saya bagi pihak keluarga mengalu-alukan mana-mana pihak yang ingin membersihkan maruah dan nama baik keluarga saya.”

Apa kata Pak Akob mengenai kubur Mat Indera

Label:

Saya petik:

'Jenazah berbau wangi’
[SH] TAIPING – Secara tiba-tiba nama Mat Indera menjadi sebutan selepas Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu dalam ceramahnya di Tasek Gelugor 21 Ogos lalu mengangkat pejuang gerila itu sebagai hero tragedi Bukit Kepong.

Beliau dikatakan terlibat ketika serangan terhadap Balai Polis Bukit Kepong pada 23 Februari 1950 dan menjadi watak utama meminta polis menyerah diri kepada komunis.

Rentetan peristiwa itu, Mat Indera menjadi buruan polis dan berjaya ditangkap pada 14 September 1952 sebelum dihukum gantung sampai mati pada 30 Januari 1953 di Penjara Taiping, Perak.

Jenazahnya dikebumikan di Kampung Jambu Air, Taiping.

Wartawan Sinar Harian berkunjung ke kampung berkenaan untuk melihat sendiri kubur berusia lebih separuh abad itu.

Menurut penduduk, walaupun sudah lama tidak dikunjungi oleh sanak saudaranya, namun kubur berkenaan sentiasa bersih dan ditaburi bunga kemboja putih yang gugur dari pohon berhampiran.

Batu nisan jenis lama itu kelihatan agak usang dan hampir sukar untuk dibaca namun disahkan milik Mat Indera oleh penjaga kubur, Yaacob Din, 63, atau lebih dikenali sebagai Pak Akob.

Menurut Pak Akob, kubur Mat Indera tidak ditanda atau diletakkan kapok (pagar kecil) bagi mengelakkan perbuatan khurafat.

“Memang saya jaga baik kubur ni. Tapi saya sengaja tak letak sebarang tanda tertentu kerana bimbang ada yang salah gunakan untuk tujuan tidak elok,” katanya.

Menurutnya, keluarga Mat Indera sebelum ini sering menziarahi kubur berkenaan tetapi sejak tiga tahun kebelakangan tiada waris yang datang membersihkannya.

“Banyak cerita yang saya dengar tentang Mat Indera ni daripada orang tua-tua dulu, tapi saya sendiri tak berani nak beritahu sebab nanti orang cakap saya membohong,” katanya.

Menurutnya, berdasarkan kisah-kisah yang pernah didengar, ketika meninggal dunia, jenazah Mat Indera berbau harum dan kulitnya begitu lembut.

“Mat Indera dipercayai mempunyai keupayaan keluar masuk dari penjara untuk membeli makanan. Bagaimanapun, kebenaran kisah yang diceritakan itu tidak dapat dipastikan kerana tiada orang lama yang boleh mengesahkannya. Mereka sudah meninggal dunia.

Pak Akob berkata, terdapat tujuh kubur anggota polis yang terkorban ketika menentang komunis di Grik, Perak ketika zaman darurat di tanah perkuburan berdekatan.

Wanita ini pengsan terminum racun semut yang disangkakan sirap pandan

Label:

Saya petik: 

[kosmo] KOTA BHARU – Menyangka minuman dalam gelas plastik merupakan sirap pandan, seorang wanita pengsan selepas terminum minuman itu yang rupa-rupanya racun semut yang dibancuh suami mangsa di Kampung Rambutan Rendang, Pengkalan Chepa di sini semalam.

Semasa kejadian pada pukul 10.30 pagi itu, mangsa, Norhafizah Badli Afendi, 27, menggelepar, berasa loya sebelum rebah lalu pengsan selepas terminum racun semut tersebut.

Dia kemudian dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) dan dilaporkan stabil.

Suami Norhafizah, Mat Din Yusof, 27, berkata, kewujudan semut yang banyak di rumahnya sehingga anak kecilnya, Shafira Aishah yang berusia 11 bulan digigit semut pagi semalam menyebabkan dia membancuh racun tersebut.

“Sebelum membancuh racun itu, isteri saya masih tidur. Saya kemudian mengambil cawan gelas plastik dan membancuh racun tersebut dengan air sebelum meninggalkan gelas itu atas meja dapur bagi menunggu ia sebati,” katanya yang kemudian keluar ke halaman rumah.

Gara-gara cemburu, wanita upah simbah madu dengan asid

Label:

Gambar hiasan

Saya petik:

[HM] TEMERLOH: Akibat cemburu buta, seorang wanita melecur di muka selepas disimbah asid oleh seorang lelaki tidak dikenali yang diupah madunya dalam kejadian di Tanjung Kerayong, dekat sini, pada 30 Ogos lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 malam, mangsa berusia 27 tahun dan berasal dari Indonesia yang mendapat taraf penduduk tetap, melecur di muka, tubuh dan tangan dikejarkan ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshah), dekat sini, untuk menerima rawatan.

Sebelum kejadian, mangsa berada di rumah abangnya selepas pulang dari pasar malam dihampiri seorang lelaki tidak dikenali sebelum suspek menyimbah sejenis cecair pada muka mangsa.

Akibatnya, mangsa meraung sambil menekup muka menahan kesakitan sebelum dibantu suaminya berusia 30-an dan dikejarkan ke Hoshah.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Md Nor Mansor, berkata susulan itu, polis menahan seorang wanita iaitu madu mangsa di Selayang, Kuala Lumpur, Jumaat lalu.

Menurutnya, siasatan awal mendapati, kejadian terbabit dipercayai bermotifkan cemburu apabila wanita itu mengupah seorang lelaki lain untuk menyimbah asid pada mangsa.

“Polis mengklasifikasi kejadian terbabit mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah,” katanya.

Penduduk kampung tangkap buaya gergasi

Label:

Saya petik:
[kosmo] MANILA - Sekumpulan penduduk kampung dan beberapa pakar menangkap seekor buaya gergasi air masin seberat satu tan pada lewat Sabtu lalu yang akan dijadikan daya tarikan sebuah taman ekopelancongan di sebuah bandar di selatan Filipina.

Datuk Bandar Bunawan, Cox Elorde semalam memberitahu, puluhan penduduk kampung dan pakar menangkap buaya jantan sepanjang 6.4 meter itu di sebuah teluk di bandar Bunawan, wilayah Agusan del Sur selepas pemburuan selama tiga minggu.

Ia merupakan antara buaya terbesar pernah ditangkap hidup-hidup di Filipina sejak beberapa tahun lalu.

Elorde berkata, buaya berkenaan membaham seekor kerbau dalam serangan yang disaksikan oleh beberapa penduduk kampung pada bulan lepas.

Reptilia itu juga dipercayai menyerang seorang nelayan yang didapati hilang sejak Julai lalu.

Beliau memberitahu, meletakkan buaya gergasi di sebuah taman pelancongan akan mengubah haiwan itu daripada ancaman kepada satu aset. - AP

Lelaki lari berbogel ke balai polis selepas 'ANU'nya disimbah air panas oleh kekasih!!

Label:

Gambar hiasan

Saya petik:

[HM] KUALA LUMPUR: Seorang lelaki yang melecur di perut dan kemaluannya selepas disimbah air panas oleh teman wanita terpaksa berlari bogel lebih lima kilometer (km) bagi mendapatkan bantuan di Balai Polis Kota Damansara, dekat sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 8 pagi di sebuah hotel di Jalan PJU5, Kota Damansara di sini, mangsa yang berusia lewat 20-an, diserang teman wanitanya berusia 24 tahun selepas berlaku pertengkaran apabila mangsa mahu menamatkan perhubungan.

Menurut sumber, sebelum kejadian pasangan terbabit dilaporkan bertengkar selepas mendaftar masuk ke hotel itu kira-kira jam 11 malam, Sabtu lalu.

“Suspek meninggalkan hotel itu dan pulang ke rumah dalam keadaan marah apabila mangsa mahu memutuskan hubungan dengannya.

“Bagaimanapun, wanita itu datang semula ke hotel berkenaan kira-kira jam 8 pagi kelmarin (Ahad) dengan membawa beg pakaian mengandungi pelbagai senjata iaitu tiga pisau, tukul besi, dua gunting, seketul bata dan rantai besi dipercayai mahu digunakan untuk menyerang teman lelakinya,” katanya.
 
Pondan ini didakwa punca rakan disimbah asid

Label:

Natasha bersama mangsa simbahan asid

Saya petik:

[kosmo] KANGAR – “Saya berasa amat bersalah dan bimbang selepas teman saya menerima aib disimbah asid. Oleh itu, saya hendak pergi dari sini.”

Demikian luahan seorang pondan yang mahu dikenali sebagai Natasha, 28, yang dikaitkan punca cemburu seorang lelaki sehingga sanggup bertindak menyimbah asid ke atas rakan serumahnya di Taman Seri Bakau di sini pada Sabtu lalu.

Kata Natasha, dia akan membawa diri ke tempat baharu bagi menjalani kehidupan lebih aman bersama teman serumahnya yang juga mangsa kejadian, Mohd. Hafizuddin Johari, 20.

“Sejak kami bersama, ramai pihak tidak senang dengan hubungan kami sehingga sering diugut dan dicaci.

“Kejadian ini amat menakutkan saya dan demi keselamatan dan keselesaan hidup, kami akan pindah,” katanya ketika ditemui di Rumah Kelab Media Perlis di sini semalam.

Semalam akhbar melaporkan seorang pemuda cedera di muka dan tangan kanan akibat disimbah asid oleh individu tidak dikenali ketika sedang mengunci pagar rumahnya di Taman Seri Bakau di sini.

Menurut polis, motif serangan oleh suspek berusia 19 tahun itu disebabkan cemburu ekoran mangsa melarangnya mendekati Natasha. Penyerang tersebut kemudiannya berjaya diberkas.

Natasha yang bekerja sebagai jurujual kosmetik berkata, punca temannya diserang adalah kerana suspek tidak berpuas hati ekoran tidak dapat mendekati dirinya.

“Saya dan Hafizuddin tidak mengenali penyerang itu tetapi disebabkan sifat dan keadaan saya, ramai lelaki hendak berkawan tetapi saya tidak melayan mereka,” ujarnya lagi.

Natasha mendakwa menjadi tumpuan ramai lelaki ekoran minatnya yang suka menyanyi dan menari di beberapa pusat karaoke di sekitar pantai negeri itu.

“Saya sayangkan Hafizuddin sebab dia banyak menolong dan memberi sokongan kepada saya. Oleh itu, keputusan kami ini baik untuk semua pihak,” ujarnya.

Sementara itu, Mohd. Hafizuddin yang bekerja di bidang penyediaan makanan memberitahu, dia akan mengikut Natasha kerana serasi hidup bersama sejak mengenalinya empat bulan lalu. Jelasnya, dia tidak mengalami kecacatan kekal atau serius

Gara-gara berebut PONDAN, pelajar IPT cedera parah disimbah asid

Label:

Gambar hiasan 

Saya petik:

[HM] KANGAR: Gara-gara berebut pondan, seorang pelajar institut pengajian tinggi awam (IPTA) cedera parah disimbah cecair dipercayai asid ketika baru pulang di rumah sewanya di Taman Seri Bakau, awal pagi kelmarin.

Pelajar berusia 21 tahun itu dikejarkan ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) selepas melecur di bahagian muka dan lengan kanannya akibat terkena cecair disimbah seorang lelaki yang menaiki motosikal.

Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Abdul Rahman Mohd Noordin berkata, polis tidak menolak serangan itu bermotifkan cemburu berikutan kehadiran pondan bersama mangsa di rumah berkenaan.

Katanya, kejadian kira-kira jam 4.15 pagi kelmarin dan pihaknya sudah menahan seorang suspek iaitu remaja lelaki berusia 19 tahun bagi membantu siasatan berhubung serangan terbabit.

“Suspek dikatakan turut meminati pondan yang menetap bersama mangsa. Dia yang bekerja sebagai buruh ditahan kira-kira 12 jam selepas serangan di rumahnya di Simpang Empat.

PTPTN pulangkan semula FAEDAH pinjaman kepada peminjam?

Label:

Saya petik:

[SH] TEMERLOH - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) memulangkan semula faedah pinjaman konvensional kepada peminjam tabung tersebut yang menukarkan status pinjaman mereka kepada konsep ujrah.

Pengerusinya, Datuk Ismail Mohamed Said berkata, pihaknya akan membayar balik lebihan kadar faedah antara tiga hingga empat peratus sebelum ini kepada peminjam secara berperingkat.

Menurutnya, seramai 836,408 peminjam tabung berkenaan daripada 1,379,374 penuntut yang meminjam di bawah konsep konvensional layak menukar kepada konsep ujrah.

“Manakala bakinya, 542,966 penuntut tidak layak kerana telah dikenakan saman, melanggar perjanjian, gagal menamatkan pengajian, menukar pengajian tanpa merujuk kepada PTPTN atau mendapat penaja lain.

“Selain itu, penuntut atau peminjam yang tidak layak mendapat faedah tersebut ialah yang telah membayar balik semua pinjaman dan mereka yang diberi pengecualian bayaran balik kerana memperoleh ijazah kelas pertama,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Kuala Krau di dewan orang ramai Kampung Peragap, dekat sini, semalam. 

P/s: Kenapa peminjam yang sudah selesai membayar balik pinjaman tidak dipulangkan faedah pinjaman mereka? Sepatutnya mereka juga layak mendapat pemulangan faedah pinjaman itu. 

Debat Khairy - Mat Sabu akhir bulan ini

Label:

Saya petik:

[TMI] KUALA LUMPUR, 5 Sept — Khairy Jamaluddin menerima cabaran berdebat berhubung kenyataan kontroversi Mohamad Sabu, yang menyentuh tragedi Bukit Kepong dan desakan bertubi-tubi agar dikaji semula fakta sejarah, dan bersedia untuk bertemu di kubu kuat PAS di Kelantan.

Ketua Pemuda Umno ini berkata beliau telah menerima jemputan yang dipanjangkan oleh kerajaan negeri Kelantan pimpinan PAS.

“Saya akan berada di sana,” kata Khairy menerusi mesej Twitter semalam sambil menambah, jemputaan untuk berhadapan dengan Timbalan Presiden PAS itu sudah pun diterima.

Salinan jemputan yang diperoleh The Malaysian Insider menyebut debat itu akan berlangsung di Balai Islam, Kota Baru akhir bulan ini.

Meskipun surat itu mengatakan bahawa pentadbiran Kelantan masih membuat persiapan untuk membawa Mohamad berdebat dengan Khairy, Ahli Parlimen Rembau itu memberitahu The Malaysian Insider, beliau mahu berhadapan dengannya.

“Tidak perlu mencari lokasi berkecuali. Sarang singa anda. Jumpa di sana, Mat Sabu,” kata Khairy (gambar) lagi menerusi Twitter.

Bagaimanapun tidak jelas sama ada ia debat yang disyorkan oleh Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man semalam memandangkan Khairy berkata jemputan itu datang terus daripada kerajaan Kelantan.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan petang semalam, Tuan Ibrahim berkata, PAS bersedia untuk berbahas dengan Umno berhubung kontroversi tragedi Bukit Kepong dan fakta sejarah negara — yang kini menjadi senjata terbaru parti Melayu itu untuk menyerang kepimpinan Mohamad.

Tuan Ibrahim berkata, ramai pejuang kemerdekaan yang tidak diiktiraf dalam sejarah termasuk Muhammad Indera atau Mat Indera, salah seorang yang terlibat dalam tragedi Bukit Kepong.

“Mat Indera dan ramai para pejuang kemerdekaan yang tidak diiktiraf dalam sejarah yang telah menjadi fokus utama serangan media perdana pro-Umno kepada PAS memerlukan satu penyelesaian konkrit.

“PAS berasa simpati kepada kesan mendalam kepada waris Mat Indera dan tokoh-tokoh pejuang kemerdekaan yang lain yang bangun menentang penjajah tetapi jasa mereka digugurkan dan tidak diiktiraf dalam sejarah akibat terpaksa menanggung pelbagai tuduhan liar ‘pejuang-pejuang pertahanan sejarah versi Umno’ tanpa ruang untuk menjawab,” katanya.

Tambah beliau, atas dasar menghormati hak rakyat untuk membuat pertimbangan dan penilaian sendiri melalui hujah-hujah daripada kedua-dua pihak, PAS melalui Lujnah Penerangan akan menghantar surat jemputan kepada Ketua Penerangan Umno dalam masa terdekat bagi menganjurkan satu perbahasan umum ilmiah untuk menangani isu “Siapakah layak digelar pejuang kemerdekaan sebenarnya?” dalam sejarah tanah air sebelum negara merdeka.

Kelmarin, Pergerakan Pemuda Umno mengumumkan program jelajah negara yang dikenali sebagai Pentas Patriot untuk menjawab perkara yang dibangkitkan oleh Mohamad ketika satu ceramahnya di Pulau Pinang 21 Ogos lalu.

P/s: Jangan tak jadi pulak!! Tarik diri pada saat-saat akhir...

Misi Kemanusian Somalia : Kami Tak Dibekal Jaket Kalis Peluru Dan Tiada Latihan, Kata Wartawan

Label:

Saya petik:

[TVS] SERDANG 4 SEPTEMBER : Wartawan Bernama TV Khairulanuar Yahaya yang turut menyertai misi kemanusiaan ke Somalia hari ini mendedahkan wakil media yang menganggotai misi terbabit tidak dibekalkan dengan jaket kalis peluru sepanjang berada di negara berkonflik itu.

Misi anjuran Kelab Putera 1 Malaysia, yang sepatutnya kembali ke tanah air pada 8 September nanti terpaksa pulang pagi ini ekoran kematian jurukamera Bernama TV Noramfaizul Mohd Nor, akibat terkena tembakan curi semasa membuat liputan di Mogadishu kelmarin.

Jenazah Noramfaizul dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Universiti Putra Malaysia pada pukul 2.10 petang tadi.

Kira-kira 500 orang hadir untuk memberi penghormatan terakhir.

“Kami memang tidak diberikan dengan baju kalis peluru, kalau media negara asing, ada antara mereka yang pakai baju kali peluru (semasa buat liputan).

“Saya tidak tahu mengapa kita tidak dibekalkan, dalam misi-misi sebelum ini juga kami tidak dibekalkan dengan baju kalis peluru,” kata Khairulanuar, yang sudah empat kali menyertai misi kemanusiaan, kepada The Malaysian Insider.

Jelas beliau, sepanjang berada di Somalia sejak 28 Ogos lalu keadaan di negara itu selamat dan tidak diserang oleh sesiapa.

Bagaimanapun, Khairulanuar yang masih trauma dalam kejadian yang meragutnya nyawa rakannya mengakui terkejut apabila diserang sekumpulan pengganas.

Katanya, kejadian berlaku yang berlaku dalam sekelip mata dan hanya mengetahui Noramfaizul ditembak selepas seorang wartawan lain menjerit.

“Saya dengar dua das tembakan tapi tidak tahu ditembak ke mana, saya hanya tahu Noramzul ditembak selepas seorang wartawan lain yang turut berada dalam kenderaan menjerit.

“Bunyi tembakan itu sangat dekat... berdesing telinga,” katanya menambah kematian Noramfaizul tidak sia-sia kerana bapa dua anak itu berkhidmat untuk negara.

Sementara itu wartawan Astro Awani Tan Su Lin berkata, mereka tidak diberikan latihan awal untuk berada di zon tidak selamat.

“Kami diberitahu ia sangat bahaya, mengancam nyawa,” katanya kepada pemberita di pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia, Subang.

“(Tetapi kami tidak dapat) baju kalis peluru... kenderaan kami tidak ditampal dengan tanda media,” katanya.

Wartawan berusia 27 tahun ini berkata misi ke Somalia adalah tugasan pertamanya di zon perang.

“Banyak askar... anda boleh lihat orang membawa AK47 dan anda tidak akan rasa apa-apa. Malam pula anda akan dengar bunyi tembakan,” kata Tan.

Melissa Ong, 27, wartawan NTV7 berkata pasukan misi akan sentiasa diiringi kenderaan bersenjata.

“Sebuah kenderaan akan mengikuti kami dengan M16, AK47. Ada antara kami yang berada dalam kenderaan kalis peluru, kami tukar-tukar,” katanya.

Turut tercedera dalam serangan itu adalah jurukamera TV3 Agi Saregar Mazlan yang cedera di lengan.

Kejadian itu berlaku ketika kru Bernama TV, TV3, Astro Awani dan RTM bergerak dari pusat operasi ke asrama tempat mereka tinggal kira-kira satu kilometer, selepas membuat liputan memberi bantuan kepada mangsa kebuluran di sekitar Mogadishu.

Noramfaizul yang cedera parah di bahu kanan dan paru-paru meninggal dunia pada pukul 11 malam waktu Malaysia selepas menerima rawatan.

Dalam pada itu, laporan Bernama Online menyebut, Bernama akan meneliti semula beberapa prosedur operasi standard (SOP) dalam menghantar wartawan untuk tugasan di luar negara, terutamanya di zon kritikal atau dilanda konflik.

Pengurus Besarnya Datuk Hasnul Hassan berkata selain menyediakan wartawan dengan latihan secukupnya, pertubuhan itu akan turut meneliti aspek keselamatan.

“Kami berkemungkinan perlu melihat bagaimana petugas kami dapat dilindungi dengan sebaik-baiknya. Sekiranya SOP perlu diubah, kami akan mengubahnya selepas berbincang dengan jawatankuasa pengurusan,” katanya.

Hasnul berkata Bernama tidak akan berhenti daripada menghantar wartawan untuk tugasan di luar negara, sambil menambah pertubuhan berkenaan sering menghantar wartawan berpengalaman ke luar negara.

“Ini adalah dasar kami. Bagaimanapun, jika membabitkan keadaan yang sukar, keputusan dibuat atas dasar sukarela,” katanya.

P/s: Memakai baju kalis peluru merupakan salah satu usaha  kita sebagai manusia untuk menjaga nyawa. Jika ditakdirkan maut  jua, itu adalah ketentuan Allah...Kita hanya mampu berusaha Allah yang menentukan segalanya...

Sidang Media Mat Sabu

Label:

Sila klik di sini untuk sidang media tersebut
Buruh terkejut telaga yang digali keluar gas metana
Khamis, September 08, 2011 | Author: Tuk Kiyai

PENDUDUK kampung menyalakan api daripada gas bawah tanah yang keluar dari batang paip di Kampung Padang Machang, Manir, Kuala Terengganu, semalam.

Saya petik:

[kosmo] KUALA TERENGGANU – Seorang buruh terkejut apabila telaga tiub yang digali di belakang rumah seorang penduduk di Kampung Padang Macang, Manir dekat sini semalam mengeluarkan gas dipercayai metana.

Gas itu dikesan pada kedalaman 11 meter selepas Musa Omar, 48, membuat ujian terhadap air dalam telaga yang digali pada jarak kira-kira empat meter dari rumah pemilik tanah itu.

“Air itu berbau dan tidak sesuai digunakan.

“Selepas saya tarik batang paip yang dipacakkan di tapak telaga itu tiba-tiba keluar wap yang tidak berbau dan bunyi berdesir seperti gas,’’ ceritanya ketika ditemui di tempat kejadian semalam.

Katanya, kejadian itu satu kejutan kepadanya kerana inilah kali pertama ia berlaku selepas lebih 10 tahun dia bekerja sambilan mengambil upah menggali telaga.

Musa berkata, dia segera memanggil seorang rakan lalu mereka cuba menguji gas itu dengan menggunakan pemetik api dan mendapati ia terus disambar api yang terus bernyala selama beberapa jam.

Seorang penduduk, Ali Ibrahim, 56, memberitahu, kejadian seumpama itu pernah berlaku di kampung berkenaan sewaktu ada orang cuba menggali telaga tidak jauh dari tempat itu kira-kira 25 tahun lalu.

“Tetapi disebabkan takut mendengar bunyi macam gas bocor, dia menimbus semula lubang yang telah digalinya,” kata Ali.
Cinta JIJIK pondan ini mendapat liputan. Mengapa?
Rabu, September 07, 2011 | Author: Tuk Kiyai
NATASHA melipat pakaian yang mahu dibawanya sebagai persediaan hidup bersama Mohd. Hafizuddin di rumahnya di Kangar semalam.

Saya petik:

[kosmo] KANGAR – Hajat seorang pondan, Natasha yang mahu membawa diri bersama temannya, Mohd. Hafizuddin Johari, 20, yang menerima aib setelah disimbah asid ekoran cemburu dengan perhubungan mereka, nampaknya terpaksa ditangguhkan sementara.

Ini kerana, menurut jurujual tersebut yang berusia 28 tahun, rancangan mereka untuk menjalani kehidupan baharu di negeri lain tidak menjadi apabila Mohd. Hafizuddin ‘dirampas’ daripadanya oleh ahli keluarga pemuda itu kelmarin.

Katanya, Mohd. Hafizuddin telah dibawa pulang oleh bapa saudaranya ketika mereka berdua sedang menikmati minum petang di sebuah gerai makan di Padang Besar dekat sini.

“Kejadian tersebut berlaku dengan pantas, bapa saudara Hafizuddin bersama seorang lagi rakannya yang menaiki kereta telah menghampiri kami di gerai tersebut.

“Tanpa bercakap sepatah, tiba-tiba tangan Hafizuddin ditarik oleh bapa saudara mereka ke dalam kereta dan mereka meninggalkan saya,” katanya ketika ditemui dirumahnya di Taman Seri Bakau, di sini semalam.

Mengimbas kejadian tersebut, Natasha memberitahu, dia amat terkejut dan takut dengan insiden tersebut ekoran Mohd. Hafizuddin dibawa dengan paksaan oleh ahli keluarga tersebut.

“Kami telah merancang untuk teruskan hidup bersama dan Hafizuddin dengan rela hati ikut saya tetapi lain pula jadi hubungan kami mendapat tentangan keluarganya,” ujarnya.

Sehingga kini jelasnya, dia masih gagal menghubungi temannya itu dan situasi tersebut menyebabkan hatinya tidak tenteram.

Tambahnya, dia akui hubungannya itu mendapat tentangan keluarga Hafizuddin dan ramai pihak namun jurujual tersebut meneruskannya ekoran pemuda itu banyak keistimewaannya.

P/s: Sedarkah kita bahawa cinta pondan dan pasangannya adalah  dilaknat oleh Allah? Benarkah ada yang cemburu dengan cinta jijik mereka? Keluarga  pasangan songsang itu perlu menghalang dan menyelamatkan mereka berdua ini daripada  terus terjebak dengan cinta jijik itu!! 
Datuk berang cucu dapat duit raya RM1
Rabu, September 07, 2011 | Author: Tuk Kiyai
ROSAK...Noleha menunjukkan pagar rumahnya yang dirosakkan abangnya kerana tidak berpuas hati cucunya  memperoleh duit raya RM1.

Saya petik:

[HM] KUALA TERENGGANU: Gara-gara tidak berpuas hati enam cucunya hanya mendapat duit raya RM1 daripada ibunya, seorang warga emas berusia 60 tahun gagal mengawal diri apabila menyerang dua adik perempuannya dengan merosakkan harta benda serta menghamburkan kata-kata kesat berbaur ugutan dalam kejadian Jumaat lalu.
Difahamkan kejadian berlaku selepas lelaki terbabit yang berlainan bapa dengan mangsa naik berang apabila enam cucunya hanya memperoleh duit raya RM1 daripada ibunya berusia 84 tahun sebelum menuduh kononnya dua adiknya itu mengawal duit ibunya yang sudah uzur.

Kejadian berlaku pada jam 10.30 malam di rumah seorang adik berkenaan, Noleha Sulong, 42, di Kampung Pengadang Baru, di sini, menyebabkan dia dan dan adiknya, Rokiah, 37, trauma serta hidup dalam ketakutan.

Noleha berkata, dia tidak sangka abangnya itu tergamak menyerang dia dan adiknya semata-mata kerana tidak berpuas hati dengan jumlah duit raya diberikan ibu mereka.

“Hairan juga saya dengan sikap abang yang tidak pernah berpuas hati dan berprasangka buruk terhadap kami adik-beradik, padahal bukan cucunya saja mendapat RM1, tetapi anak bongsu saya dan semua cucu lain turut mendapat jumlah yang sama.

Saya petik:

[TMI] KUALA LUMPUR, 7 Sept — Keluarga Ahmad Indera, individu yang dikaitkan dengan tragedi Bukit Kepong enam dekad lalu, hari ini menuntut agar kerajaan membersihkan namanya - tidak lagi dilabel sebagai pengkhianat negara, sebaliknya orang yang turut memainkan peranan dalam perjuangan kemerdekaan.

Adiknya, Baharom Shah berkata, Mat Indera adalah individu yang komited terhadap agama dan tegas terhadap pendiriannya untuk membebaskan negara daripada penjajahan.

“Maka, saya yakin beliau seorang pejuang kemerdekaan yang sebenar.

“Saya mohon pihak kerajaan dapat membersihkan Mat Indera daripada dilabel sebagai pengkhianat negara. Sejarah kemerdekaan negara perlu dikaji semula,” kata bekas jurutera elektrik dan jentera kor perkhidmatan Tentera Darat pada sidang media hari ini.

Bercakap kepada pemberita di ibu pejabat PAS di sini, katanya, “saya bagi pihak keluarga mengalu-alukan mana-mana pihak yang ingin membersihkan maruah dan nama baik keluarga saya.”
Apa kata Pak Akob mengenai kubur Mat Indera
Rabu, September 07, 2011 | Author: Tuk Kiyai
Saya petik:

'Jenazah berbau wangi’
[SH] TAIPING – Secara tiba-tiba nama Mat Indera menjadi sebutan selepas Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu dalam ceramahnya di Tasek Gelugor 21 Ogos lalu mengangkat pejuang gerila itu sebagai hero tragedi Bukit Kepong.

Beliau dikatakan terlibat ketika serangan terhadap Balai Polis Bukit Kepong pada 23 Februari 1950 dan menjadi watak utama meminta polis menyerah diri kepada komunis.

Rentetan peristiwa itu, Mat Indera menjadi buruan polis dan berjaya ditangkap pada 14 September 1952 sebelum dihukum gantung sampai mati pada 30 Januari 1953 di Penjara Taiping, Perak.

Jenazahnya dikebumikan di Kampung Jambu Air, Taiping.

Wartawan Sinar Harian berkunjung ke kampung berkenaan untuk melihat sendiri kubur berusia lebih separuh abad itu.

Menurut penduduk, walaupun sudah lama tidak dikunjungi oleh sanak saudaranya, namun kubur berkenaan sentiasa bersih dan ditaburi bunga kemboja putih yang gugur dari pohon berhampiran.

Batu nisan jenis lama itu kelihatan agak usang dan hampir sukar untuk dibaca namun disahkan milik Mat Indera oleh penjaga kubur, Yaacob Din, 63, atau lebih dikenali sebagai Pak Akob.

Menurut Pak Akob, kubur Mat Indera tidak ditanda atau diletakkan kapok (pagar kecil) bagi mengelakkan perbuatan khurafat.

“Memang saya jaga baik kubur ni. Tapi saya sengaja tak letak sebarang tanda tertentu kerana bimbang ada yang salah gunakan untuk tujuan tidak elok,” katanya.

Menurutnya, keluarga Mat Indera sebelum ini sering menziarahi kubur berkenaan tetapi sejak tiga tahun kebelakangan tiada waris yang datang membersihkannya.

“Banyak cerita yang saya dengar tentang Mat Indera ni daripada orang tua-tua dulu, tapi saya sendiri tak berani nak beritahu sebab nanti orang cakap saya membohong,” katanya.

Menurutnya, berdasarkan kisah-kisah yang pernah didengar, ketika meninggal dunia, jenazah Mat Indera berbau harum dan kulitnya begitu lembut.

“Mat Indera dipercayai mempunyai keupayaan keluar masuk dari penjara untuk membeli makanan. Bagaimanapun, kebenaran kisah yang diceritakan itu tidak dapat dipastikan kerana tiada orang lama yang boleh mengesahkannya. Mereka sudah meninggal dunia.

Pak Akob berkata, terdapat tujuh kubur anggota polis yang terkorban ketika menentang komunis di Grik, Perak ketika zaman darurat di tanah perkuburan berdekatan.
Wanita ini pengsan terminum racun semut yang disangkakan sirap pandan
Rabu, September 07, 2011 | Author: Tuk Kiyai

Saya petik: 

[kosmo] KOTA BHARU – Menyangka minuman dalam gelas plastik merupakan sirap pandan, seorang wanita pengsan selepas terminum minuman itu yang rupa-rupanya racun semut yang dibancuh suami mangsa di Kampung Rambutan Rendang, Pengkalan Chepa di sini semalam.

Semasa kejadian pada pukul 10.30 pagi itu, mangsa, Norhafizah Badli Afendi, 27, menggelepar, berasa loya sebelum rebah lalu pengsan selepas terminum racun semut tersebut.

Dia kemudian dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) dan dilaporkan stabil.

Suami Norhafizah, Mat Din Yusof, 27, berkata, kewujudan semut yang banyak di rumahnya sehingga anak kecilnya, Shafira Aishah yang berusia 11 bulan digigit semut pagi semalam menyebabkan dia membancuh racun tersebut.

“Sebelum membancuh racun itu, isteri saya masih tidur. Saya kemudian mengambil cawan gelas plastik dan membancuh racun tersebut dengan air sebelum meninggalkan gelas itu atas meja dapur bagi menunggu ia sebati,” katanya yang kemudian keluar ke halaman rumah.
Gara-gara cemburu, wanita upah simbah madu dengan asid
Selasa, September 06, 2011 | Author: Tuk Kiyai
Gambar hiasan

Saya petik:

[HM] TEMERLOH: Akibat cemburu buta, seorang wanita melecur di muka selepas disimbah asid oleh seorang lelaki tidak dikenali yang diupah madunya dalam kejadian di Tanjung Kerayong, dekat sini, pada 30 Ogos lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 malam, mangsa berusia 27 tahun dan berasal dari Indonesia yang mendapat taraf penduduk tetap, melecur di muka, tubuh dan tangan dikejarkan ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshah), dekat sini, untuk menerima rawatan.

Sebelum kejadian, mangsa berada di rumah abangnya selepas pulang dari pasar malam dihampiri seorang lelaki tidak dikenali sebelum suspek menyimbah sejenis cecair pada muka mangsa.

Akibatnya, mangsa meraung sambil menekup muka menahan kesakitan sebelum dibantu suaminya berusia 30-an dan dikejarkan ke Hoshah.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Md Nor Mansor, berkata susulan itu, polis menahan seorang wanita iaitu madu mangsa di Selayang, Kuala Lumpur, Jumaat lalu.

Menurutnya, siasatan awal mendapati, kejadian terbabit dipercayai bermotifkan cemburu apabila wanita itu mengupah seorang lelaki lain untuk menyimbah asid pada mangsa.

“Polis mengklasifikasi kejadian terbabit mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah,” katanya.
Penduduk kampung tangkap buaya gergasi
Selasa, September 06, 2011 | Author: Tuk Kiyai

Saya petik:
[kosmo] MANILA - Sekumpulan penduduk kampung dan beberapa pakar menangkap seekor buaya gergasi air masin seberat satu tan pada lewat Sabtu lalu yang akan dijadikan daya tarikan sebuah taman ekopelancongan di sebuah bandar di selatan Filipina.

Datuk Bandar Bunawan, Cox Elorde semalam memberitahu, puluhan penduduk kampung dan pakar menangkap buaya jantan sepanjang 6.4 meter itu di sebuah teluk di bandar Bunawan, wilayah Agusan del Sur selepas pemburuan selama tiga minggu.

Ia merupakan antara buaya terbesar pernah ditangkap hidup-hidup di Filipina sejak beberapa tahun lalu.

Elorde berkata, buaya berkenaan membaham seekor kerbau dalam serangan yang disaksikan oleh beberapa penduduk kampung pada bulan lepas.

Reptilia itu juga dipercayai menyerang seorang nelayan yang didapati hilang sejak Julai lalu.

Beliau memberitahu, meletakkan buaya gergasi di sebuah taman pelancongan akan mengubah haiwan itu daripada ancaman kepada satu aset. - AP
Gambar hiasan

Saya petik:

[HM] KUALA LUMPUR: Seorang lelaki yang melecur di perut dan kemaluannya selepas disimbah air panas oleh teman wanita terpaksa berlari bogel lebih lima kilometer (km) bagi mendapatkan bantuan di Balai Polis Kota Damansara, dekat sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 8 pagi di sebuah hotel di Jalan PJU5, Kota Damansara di sini, mangsa yang berusia lewat 20-an, diserang teman wanitanya berusia 24 tahun selepas berlaku pertengkaran apabila mangsa mahu menamatkan perhubungan.

Menurut sumber, sebelum kejadian pasangan terbabit dilaporkan bertengkar selepas mendaftar masuk ke hotel itu kira-kira jam 11 malam, Sabtu lalu.

“Suspek meninggalkan hotel itu dan pulang ke rumah dalam keadaan marah apabila mangsa mahu memutuskan hubungan dengannya.

“Bagaimanapun, wanita itu datang semula ke hotel berkenaan kira-kira jam 8 pagi kelmarin (Ahad) dengan membawa beg pakaian mengandungi pelbagai senjata iaitu tiga pisau, tukul besi, dua gunting, seketul bata dan rantai besi dipercayai mahu digunakan untuk menyerang teman lelakinya,” katanya.
 
Pondan ini didakwa punca rakan disimbah asid
Selasa, September 06, 2011 | Author: Tuk Kiyai
Natasha bersama mangsa simbahan asid

Saya petik:

[kosmo] KANGAR – “Saya berasa amat bersalah dan bimbang selepas teman saya menerima aib disimbah asid. Oleh itu, saya hendak pergi dari sini.”

Demikian luahan seorang pondan yang mahu dikenali sebagai Natasha, 28, yang dikaitkan punca cemburu seorang lelaki sehingga sanggup bertindak menyimbah asid ke atas rakan serumahnya di Taman Seri Bakau di sini pada Sabtu lalu.

Kata Natasha, dia akan membawa diri ke tempat baharu bagi menjalani kehidupan lebih aman bersama teman serumahnya yang juga mangsa kejadian, Mohd. Hafizuddin Johari, 20.

“Sejak kami bersama, ramai pihak tidak senang dengan hubungan kami sehingga sering diugut dan dicaci.

“Kejadian ini amat menakutkan saya dan demi keselamatan dan keselesaan hidup, kami akan pindah,” katanya ketika ditemui di Rumah Kelab Media Perlis di sini semalam.

Semalam akhbar melaporkan seorang pemuda cedera di muka dan tangan kanan akibat disimbah asid oleh individu tidak dikenali ketika sedang mengunci pagar rumahnya di Taman Seri Bakau di sini.

Menurut polis, motif serangan oleh suspek berusia 19 tahun itu disebabkan cemburu ekoran mangsa melarangnya mendekati Natasha. Penyerang tersebut kemudiannya berjaya diberkas.

Natasha yang bekerja sebagai jurujual kosmetik berkata, punca temannya diserang adalah kerana suspek tidak berpuas hati ekoran tidak dapat mendekati dirinya.

“Saya dan Hafizuddin tidak mengenali penyerang itu tetapi disebabkan sifat dan keadaan saya, ramai lelaki hendak berkawan tetapi saya tidak melayan mereka,” ujarnya lagi.

Natasha mendakwa menjadi tumpuan ramai lelaki ekoran minatnya yang suka menyanyi dan menari di beberapa pusat karaoke di sekitar pantai negeri itu.

“Saya sayangkan Hafizuddin sebab dia banyak menolong dan memberi sokongan kepada saya. Oleh itu, keputusan kami ini baik untuk semua pihak,” ujarnya.

Sementara itu, Mohd. Hafizuddin yang bekerja di bidang penyediaan makanan memberitahu, dia akan mengikut Natasha kerana serasi hidup bersama sejak mengenalinya empat bulan lalu. Jelasnya, dia tidak mengalami kecacatan kekal atau serius
Gara-gara berebut PONDAN, pelajar IPT cedera parah disimbah asid
Isnin, September 05, 2011 | Author: Tuk Kiyai
Gambar hiasan 

Saya petik:

[HM] KANGAR: Gara-gara berebut pondan, seorang pelajar institut pengajian tinggi awam (IPTA) cedera parah disimbah cecair dipercayai asid ketika baru pulang di rumah sewanya di Taman Seri Bakau, awal pagi kelmarin.

Pelajar berusia 21 tahun itu dikejarkan ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) selepas melecur di bahagian muka dan lengan kanannya akibat terkena cecair disimbah seorang lelaki yang menaiki motosikal.

Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Abdul Rahman Mohd Noordin berkata, polis tidak menolak serangan itu bermotifkan cemburu berikutan kehadiran pondan bersama mangsa di rumah berkenaan.

Katanya, kejadian kira-kira jam 4.15 pagi kelmarin dan pihaknya sudah menahan seorang suspek iaitu remaja lelaki berusia 19 tahun bagi membantu siasatan berhubung serangan terbabit.

“Suspek dikatakan turut meminati pondan yang menetap bersama mangsa. Dia yang bekerja sebagai buruh ditahan kira-kira 12 jam selepas serangan di rumahnya di Simpang Empat.
PTPTN pulangkan semula FAEDAH pinjaman kepada peminjam?
Isnin, September 05, 2011 | Author: Tuk Kiyai
Saya petik:

[SH] TEMERLOH - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) memulangkan semula faedah pinjaman konvensional kepada peminjam tabung tersebut yang menukarkan status pinjaman mereka kepada konsep ujrah.

Pengerusinya, Datuk Ismail Mohamed Said berkata, pihaknya akan membayar balik lebihan kadar faedah antara tiga hingga empat peratus sebelum ini kepada peminjam secara berperingkat.

Menurutnya, seramai 836,408 peminjam tabung berkenaan daripada 1,379,374 penuntut yang meminjam di bawah konsep konvensional layak menukar kepada konsep ujrah.

“Manakala bakinya, 542,966 penuntut tidak layak kerana telah dikenakan saman, melanggar perjanjian, gagal menamatkan pengajian, menukar pengajian tanpa merujuk kepada PTPTN atau mendapat penaja lain.

“Selain itu, penuntut atau peminjam yang tidak layak mendapat faedah tersebut ialah yang telah membayar balik semua pinjaman dan mereka yang diberi pengecualian bayaran balik kerana memperoleh ijazah kelas pertama,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Kuala Krau di dewan orang ramai Kampung Peragap, dekat sini, semalam. 

P/s: Kenapa peminjam yang sudah selesai membayar balik pinjaman tidak dipulangkan faedah pinjaman mereka? Sepatutnya mereka juga layak mendapat pemulangan faedah pinjaman itu. 
Debat Khairy - Mat Sabu akhir bulan ini
Isnin, September 05, 2011 | Author: Tuk Kiyai
Saya petik:

[TMI] KUALA LUMPUR, 5 Sept — Khairy Jamaluddin menerima cabaran berdebat berhubung kenyataan kontroversi Mohamad Sabu, yang menyentuh tragedi Bukit Kepong dan desakan bertubi-tubi agar dikaji semula fakta sejarah, dan bersedia untuk bertemu di kubu kuat PAS di Kelantan.

Ketua Pemuda Umno ini berkata beliau telah menerima jemputan yang dipanjangkan oleh kerajaan negeri Kelantan pimpinan PAS.

“Saya akan berada di sana,” kata Khairy menerusi mesej Twitter semalam sambil menambah, jemputaan untuk berhadapan dengan Timbalan Presiden PAS itu sudah pun diterima.

Salinan jemputan yang diperoleh The Malaysian Insider menyebut debat itu akan berlangsung di Balai Islam, Kota Baru akhir bulan ini.

Meskipun surat itu mengatakan bahawa pentadbiran Kelantan masih membuat persiapan untuk membawa Mohamad berdebat dengan Khairy, Ahli Parlimen Rembau itu memberitahu The Malaysian Insider, beliau mahu berhadapan dengannya.

“Tidak perlu mencari lokasi berkecuali. Sarang singa anda. Jumpa di sana, Mat Sabu,” kata Khairy (gambar) lagi menerusi Twitter.

Bagaimanapun tidak jelas sama ada ia debat yang disyorkan oleh Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man semalam memandangkan Khairy berkata jemputan itu datang terus daripada kerajaan Kelantan.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan petang semalam, Tuan Ibrahim berkata, PAS bersedia untuk berbahas dengan Umno berhubung kontroversi tragedi Bukit Kepong dan fakta sejarah negara — yang kini menjadi senjata terbaru parti Melayu itu untuk menyerang kepimpinan Mohamad.

Tuan Ibrahim berkata, ramai pejuang kemerdekaan yang tidak diiktiraf dalam sejarah termasuk Muhammad Indera atau Mat Indera, salah seorang yang terlibat dalam tragedi Bukit Kepong.

“Mat Indera dan ramai para pejuang kemerdekaan yang tidak diiktiraf dalam sejarah yang telah menjadi fokus utama serangan media perdana pro-Umno kepada PAS memerlukan satu penyelesaian konkrit.

“PAS berasa simpati kepada kesan mendalam kepada waris Mat Indera dan tokoh-tokoh pejuang kemerdekaan yang lain yang bangun menentang penjajah tetapi jasa mereka digugurkan dan tidak diiktiraf dalam sejarah akibat terpaksa menanggung pelbagai tuduhan liar ‘pejuang-pejuang pertahanan sejarah versi Umno’ tanpa ruang untuk menjawab,” katanya.

Tambah beliau, atas dasar menghormati hak rakyat untuk membuat pertimbangan dan penilaian sendiri melalui hujah-hujah daripada kedua-dua pihak, PAS melalui Lujnah Penerangan akan menghantar surat jemputan kepada Ketua Penerangan Umno dalam masa terdekat bagi menganjurkan satu perbahasan umum ilmiah untuk menangani isu “Siapakah layak digelar pejuang kemerdekaan sebenarnya?” dalam sejarah tanah air sebelum negara merdeka.

Kelmarin, Pergerakan Pemuda Umno mengumumkan program jelajah negara yang dikenali sebagai Pentas Patriot untuk menjawab perkara yang dibangkitkan oleh Mohamad ketika satu ceramahnya di Pulau Pinang 21 Ogos lalu.

P/s: Jangan tak jadi pulak!! Tarik diri pada saat-saat akhir...
Saya petik:

[TVS] SERDANG 4 SEPTEMBER : Wartawan Bernama TV Khairulanuar Yahaya yang turut menyertai misi kemanusiaan ke Somalia hari ini mendedahkan wakil media yang menganggotai misi terbabit tidak dibekalkan dengan jaket kalis peluru sepanjang berada di negara berkonflik itu.

Misi anjuran Kelab Putera 1 Malaysia, yang sepatutnya kembali ke tanah air pada 8 September nanti terpaksa pulang pagi ini ekoran kematian jurukamera Bernama TV Noramfaizul Mohd Nor, akibat terkena tembakan curi semasa membuat liputan di Mogadishu kelmarin.

Jenazah Noramfaizul dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Universiti Putra Malaysia pada pukul 2.10 petang tadi.

Kira-kira 500 orang hadir untuk memberi penghormatan terakhir.

“Kami memang tidak diberikan dengan baju kalis peluru, kalau media negara asing, ada antara mereka yang pakai baju kali peluru (semasa buat liputan).

“Saya tidak tahu mengapa kita tidak dibekalkan, dalam misi-misi sebelum ini juga kami tidak dibekalkan dengan baju kalis peluru,” kata Khairulanuar, yang sudah empat kali menyertai misi kemanusiaan, kepada The Malaysian Insider.

Jelas beliau, sepanjang berada di Somalia sejak 28 Ogos lalu keadaan di negara itu selamat dan tidak diserang oleh sesiapa.

Bagaimanapun, Khairulanuar yang masih trauma dalam kejadian yang meragutnya nyawa rakannya mengakui terkejut apabila diserang sekumpulan pengganas.

Katanya, kejadian berlaku yang berlaku dalam sekelip mata dan hanya mengetahui Noramfaizul ditembak selepas seorang wartawan lain menjerit.

“Saya dengar dua das tembakan tapi tidak tahu ditembak ke mana, saya hanya tahu Noramzul ditembak selepas seorang wartawan lain yang turut berada dalam kenderaan menjerit.

“Bunyi tembakan itu sangat dekat... berdesing telinga,” katanya menambah kematian Noramfaizul tidak sia-sia kerana bapa dua anak itu berkhidmat untuk negara.

Sementara itu wartawan Astro Awani Tan Su Lin berkata, mereka tidak diberikan latihan awal untuk berada di zon tidak selamat.

“Kami diberitahu ia sangat bahaya, mengancam nyawa,” katanya kepada pemberita di pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia, Subang.

“(Tetapi kami tidak dapat) baju kalis peluru... kenderaan kami tidak ditampal dengan tanda media,” katanya.

Wartawan berusia 27 tahun ini berkata misi ke Somalia adalah tugasan pertamanya di zon perang.

“Banyak askar... anda boleh lihat orang membawa AK47 dan anda tidak akan rasa apa-apa. Malam pula anda akan dengar bunyi tembakan,” kata Tan.

Melissa Ong, 27, wartawan NTV7 berkata pasukan misi akan sentiasa diiringi kenderaan bersenjata.

“Sebuah kenderaan akan mengikuti kami dengan M16, AK47. Ada antara kami yang berada dalam kenderaan kalis peluru, kami tukar-tukar,” katanya.

Turut tercedera dalam serangan itu adalah jurukamera TV3 Agi Saregar Mazlan yang cedera di lengan.

Kejadian itu berlaku ketika kru Bernama TV, TV3, Astro Awani dan RTM bergerak dari pusat operasi ke asrama tempat mereka tinggal kira-kira satu kilometer, selepas membuat liputan memberi bantuan kepada mangsa kebuluran di sekitar Mogadishu.

Noramfaizul yang cedera parah di bahu kanan dan paru-paru meninggal dunia pada pukul 11 malam waktu Malaysia selepas menerima rawatan.

Dalam pada itu, laporan Bernama Online menyebut, Bernama akan meneliti semula beberapa prosedur operasi standard (SOP) dalam menghantar wartawan untuk tugasan di luar negara, terutamanya di zon kritikal atau dilanda konflik.

Pengurus Besarnya Datuk Hasnul Hassan berkata selain menyediakan wartawan dengan latihan secukupnya, pertubuhan itu akan turut meneliti aspek keselamatan.

“Kami berkemungkinan perlu melihat bagaimana petugas kami dapat dilindungi dengan sebaik-baiknya. Sekiranya SOP perlu diubah, kami akan mengubahnya selepas berbincang dengan jawatankuasa pengurusan,” katanya.

Hasnul berkata Bernama tidak akan berhenti daripada menghantar wartawan untuk tugasan di luar negara, sambil menambah pertubuhan berkenaan sering menghantar wartawan berpengalaman ke luar negara.

“Ini adalah dasar kami. Bagaimanapun, jika membabitkan keadaan yang sukar, keputusan dibuat atas dasar sukarela,” katanya.

P/s: Memakai baju kalis peluru merupakan salah satu usaha  kita sebagai manusia untuk menjaga nyawa. Jika ditakdirkan maut  jua, itu adalah ketentuan Allah...Kita hanya mampu berusaha Allah yang menentukan segalanya...
Sidang Media Mat Sabu
Jumaat, September 02, 2011 | Author: Tuk Kiyai