"Negara kita bukan diceroboh (seperti Israel menceroboh Palestin) tetapi kita menjemput penceroboh masuk ke Malaysia" - MP Rantau Panjang.
Klik "LIKE" jika suka TUK KIYAI: ISU SEMASA
Klik "IKUT" untuk teman TUK KIYAI
Sembang & Pesanan
"Negara kita bukan diceroboh (seperti Israel menceroboh Palestin) tetapi kita menjemput penceroboh masuk ke Malaysia" - MP Rantau Panjang.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Robert Lau yang juga anggota parlimen bandar Sibu meninggal dunia di Hospital Selayang, hari ini akibat barah.
Lau, 68, dari SUPP memenangi kerusi tersebut dengan majoriti 3,235 undi. Beliau menewaskan calon DAP Wong Ho Leng dan calon PKR Lim Chin Chuang. Kematiannya akan membawa kepada satu lagi pilihan raya kecil - yang kesebelas selepas pilihan raya umum 2008.
Ia juga merupakan pilihan raya kecil kedua di Sarawak selepas DUN Batang Ai.
Pilihan raya kecil tersebut perlu diadakan dalam tempoh 60 hari selepas tarikh berlaku kekosongan.
Pada pilihan raya umum 2008, Lau mendapat 19,138 undi manakala Wong mendapat 15,903 undi dan Lim (812).
Lau mewakili parlimen Sibu sejak 1990.
Dalam pilihan raya umum 2008, parlimen Sibu mempunyai 53,679 pengundi, dengan majoriti kaum Cina (60 peratus), Melanau (20 peratus), Iban (18 peratus) dan Orang Ulu (1.1 peratus).Keluarga Lau memiliki kumpulan KTS - sebuah konglomerat yang terbabit dalam industri pembalakan dan media.Kumpulan KTS memiliki beberapa akhbar termasuk Borneo Post dan Oriental Daily News.
Sementara itu, Bernama memetik setiausaha sulitnya, Peter Hu sebagai berkata, Lau meninggal dunia pada jam 11.10 pagi dan persiapan sedang diadakan untuk membawa jenazah mendiang ke kampung halamannya di Sibu.
-Malaysiakini

KUALA LUMPUR, 9 April: Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali hari ini membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi di sini, mengenai pembabitan Kerajaan Malaysia dengan APCO Worldwide.
Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat memohon satu siasatan terperinci dilakukan terhadap APCO Worldwide. - harakah

Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam menghantar surat kepada Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin memohon supaya menasihatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membatalkan segala bentuk kontrak dengan Israel yang menggugat keselamatan negara.
Beliau berkata, surat tersebut ditulis bagi meminta segala hubungan dengan Apco Worldwide dan syarikat B System Sdn Bhd dan Asiasoft PLC. Asiasoft PL diberhentikan dengan segera.
Anwar pada sidang media di Parlimen berkata beliau merujuk penjelasannya kali ini kepada beberapa surat yang diterimanya sebagai bukti yang diminta oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.
"Antara surat tersebut ialah Surat Pengarah Jabatan Logistik Polis kepada Penasihat Undang-undang Ketua Pengarah Kementerian Dalam Negeri pada 7 Januari 2009 sementara satu lagi surat dimajukan kepada Surat Pengarah Logistik 3 Disember 2008 kepada KSU," katanya.

Krisis kronik yang berlaku dalam pucuk pimpinan Umno seringkali ditutup dengan provokasi perkauman oleh segelintir pemimpinnya.
Menurut Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR, Badrul Hisham Shahrin, Umno seharusnya berterima kasih kepada orang Melayu kerana sanggup diperalatkan oleh Umno semata-mata untuk kepentingan politik mereka sejak puluhan tahun lalu.
"Isu perkauman sentiasa menjadi makanan Umno bagi melindungi kepincangan dan masalah dalaman yang dihadapi mereka," kata Badrul ketika dihubungi Erapakatan hari ini.
Terdahulu, Noh Omar dalam ucapannya dalam satu konvensyen anjuran Barisan Nasional (BN) berkata, orang Melayu telah banyak berkorban untuk bukan Melayu.
Menurut Noh lagi, rakyat bukan Melayu sepatutnya berterima kasih kerana diberikan kerakyatan.
Kenyataan Noh yang berbaur rasis itu telah menyebabkan 15 perwakilan MCA Kapar bertindak meninggalkan majlis tersebut.
Selain itu, tindakan majlis yang hanya menjemput pemimpin utama dari Umno untuk duduk di pentas utama menimbulkan kemarahan sekutu mereka. -EP
Di Parlimen semalam, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa wujudnya "agen-agen" yang pernah bekerja untuk Tel Aviv bertindak sebagai kontraktor di ibu pejabat Polis Diraja Malaysia.
Anwar mendakwa agen-agen Israel pernah bekerja di bilik server komunikasi PDRM Bukit Aman.
Adakah benar dakwaan Anwar itu? Kalau melihat kepada isu APCO yang hangat sekarang ini, dakwaan Anwar ada asasnya.

Ahli Parlimen Batu, Tian Chua semalam menyerahkan notis kepada Speaker Dewan Rakyat bagi membawa usul untuk mendesak kerajaan Persekutuan pimpinan Umno Barisan Nasional supaya menamatkan perkhidmatan Apco Worldwide.
Notis itu berbunyi: "Saya mohon mencadangkan bahawa parlimen Malaysia mendesak kerajaan segerakan membatal perjanjian Apco Worldwide Sdn Bhd dan menghentikan kerjasama sama sekali kerana ia mengancam keselamatan dan mencabuli kedaulatan negara."Penglibatan Apco secara tidak langsung dalam pentadbiran negara Malaysia ataupun penasihat kepada perdana menteri akan menggadaikan maruah kepada Zionis."
Dalam pada itu, Malaysiakini melaporkan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz pula menyerahkan notis untuk merujuk Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen.
Ketua Pembangkang itu sebelum ini dipanggil untuk memberi penjelasan ke Dewan Rakyat berhubung kenyataannya di dalam dewan yang mengaitkan 1Malaysia dengan One Israel.
Mengikut Nazri, BN akan mengemukakan usul itu pada 22 April, hari terakhir bagi sidang pertama, penggal ketiga bagi sesi parlimen ke-12.Anwar berhadapan dengan tindakan dikenakan amaran ataupun penggantungan daripada menghadiri sidang dewan, bergantung kepada keputusan jawatankuasa itu. -tvs

Bekas Naib Presiden Umno, Tengku Tan Sri Razaleigh Hamzah menjangkakan KEADILAN-Pakatan Rakyat akan mampu menarik sokongan pengundi Melayu yang menyokong Umno-Barisan Nasional sekiranya parti itu menamakan calon Melayu yang berwibawa dan mempunyai ketokohan.
Malah menurut bekas Menteri Kewangan itu Barisan Nasional tidak akan mempunyai jalan mudah menghadapi pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor tersebut.
"Pilihan raya kecil Hulu Selangor tidak akan memberi laluan mudah kepada Barisan Nasional. PKR akan mampu menarik banyak sokongan pengundi Melayu sekiranya calon Melayunya baik.
"Barisan Nasional tidak akan mendapat sokongan pundi Melayu," kata beliau selepas menyampaikan ceramah berhubung isu royalti minyak di Kota Kinbabalu, Sabah semalam.
PRK Hulu Selangor yang dijangka berlangsung pada 25 April depan diadakan berikutan kematian Ahli Parlimen dari KEADILAN, Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad, 71 tahun minggu lalu akibat barah otak.
MIC telah menamakan calon tunggalnya, Datuk G. Palanivel sebelum pucuk pimpinan BN membuat keputusan muktamad sementara Umno Bahagian Hulu Selangor telah menghantar memorandum kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak mendesak supaya kerusi itu diserahkan kembali kepada Umno.
Penyokong bekas Menteri Besar, Tan Sri Muhammad Muhd Taib juga telah memasang kain rentang dan poster untuk menonjolkan beliau sebagai calon berpotensi. SK
Umno Barisan Nasional dijangka menjadikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai modal kempen politik dengan menabur pelbagai fitnah dalam usaha memenangi pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor.Demikian jangkaan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tetapi beliau sebaliknya menganggap strategi sedemikian belum tentu menguntungkan parti pemerintah itu kerana pengundi kian bijak menilai.
"Kalau Barisan Nasonal menggunakan pilihan raya ini untuk membuat fitnah kepada Anwar, teruskanlah. Itu terpulang pada rakyat untuk menerima kenyataan tersebut, rakyat bebas untuk mendengar,” katanya.
Seramai 64,500 pemilih berdaftar termasuk 799 pengundi pos bakal memilih Ahli Parlimen berikutan penyandang dari Parti Keadilan Rakyat, Datuk Dr Zainal Abdin Ahmad meninggal dunia 25 Mac lalu.
Bagaimanapun, Khalid menegaskan media arus perdana harus lebih bertanggungjawab dan adil supaya rakyat memperoleh maklumat yang tepat, seterusnya mencapai keputusan terbaik.
“Saya harap laporan berita itumesti saksama. Apa yang dikatakan oleh Barisan Nasional, apa yang dikatakan oleh Pakatan Rakyat, semua mesti ditulis supaya rakyat dapat mengadili,” katanya
Dalam pada itu, Khalid berharap pembangunan yang dilaksanakan Pakatan Rakyat sepanjang dua tahun memerintah Selangor dapat diterangkan kepada rakyat berikutan media arus perdana cuba memadamkan fakta itu.
“Saya mahu berjumpa dengan rakyat. Saya mahu beritahu yang saya sudah menjalankan tugas lebih daripada dua tahun. Jadi saya hendak turun untuk bertanya sama ada rakyat faham apa yang saya lakukan, apa lagi mesti saya lakukan,” katanya.
-tvs
Kes liwat yang melibatkan Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Anwar Ibrahim kini mendapat perhatian Kesatuan Inter-Parlimen (Inter-Parliament Union, IPU), yang mengusulkan tujuh resolusi, termasuk menggugurkan kes ini dan melantik pemantau untuk menghadiri perbicaraan seterusnya.
Jawatankuasa Hak-hak Asasi Manusia dari Perhimpunan Antara Ahli-Ahli Parlimen Sedunia membuat pengumuman dalam perhimpunan yang diadakan di Bangkok, Thailand semalam, bahawa mereka sebulat suara mengusulkan resolusi ini kepada Governing Council.
.
Pengerusi jawatankuasa tersebut, iaitu Ketua Pembangkang Dewan Senat Filipina, Senator Aquilino Q Pimentel, Jr berkata, "Memandangkan kes liwat Anwar baru-baru ini dikritik secara umum sebagai cubaan untuk memusnahkan kerjaya politiknya", maka jawatankuasa ini mengusulkan:
Pertama, memberi prihatin terhadap tuduhan dan perbicaraan kes liwat yang baru, yang mana kelihatan sarat dengan "kecacatan" sebagaimana yang berlaku dalam kes liwat pertamanya beberapa tahun lalu, namun beliau telah dibebaskan kerana tidak bersalah;
Keduanya, dalam keadaan di mana dua laporan perubatan telah menunjukkan bahawa tiada kesan "tusukan" (penetration), maka ia tidak seharusnya dituduh sebermulanya, dan harus digugurkan sekarang;
.
Ketiganya, anggota barisan pendakwa raya dalam kes liwat yang pertama, iaitu Abdul Gani Patail yang dituduh mereka bukti palsu untuk menganiaya Anwar, kini terlibat dalam kes liwat yang kedua. Malah, barisan peguam pembela Anwar Ibrahim dilarang untuk mendapatkan bahan bukti, menyebabkan mereka gagal membuat persediaan untuk pembelaan;
Keempatnya, dalam kes ini, kedua-dua pihak mempunyai hak yang sama rata. Pembelaan dalam perbicaraan yang adil amat penting. Seandainya pembela tidak diberi ruang untuk menggunakan haknya, maka apa-apapun penghakiman adalah cacat.
.
Kelimanya, meminta agar Setiausaha mengaturkan agar pemantau menghadiri perbicaraan seterusnya.
Keenam, meminta agar Setiausaha menghubungi pihak parlimen Malaysia;
.
.
Ketujuh, menyeru agar jawatankuasa ini meneruskan siasatan kes ini, malah mengemukakan laporan dalam persidangan mesyuarat ke-123 yang akan diadakan pada Oktober tahun ini.
Tiga orang ahli parlimen Pakatan Rakyat yang menghadiri mesyuarat ke-122 ini adalah Hee Loy Sian (Petaling Jaya Selatan-PKR), Sim Tong Him (Kota Melaka-DAP) dan Senator Mumtaz bt Md.Nawi (PAS). Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan dari pejabat Hee Loy Sian, kesemua perwakilan meluluskan resolusi yang diusulkan di atas, dengan pendirian "reserved" Malaysia turut dicatatkan.
.
IPU ditubuhkan pada tahun 1889, adalah sebuah badan antarabangsa yang berpusat di Geneva, Switzerland, dengan matlamat untuk menjalin hubungan antara parlimen sedunia ke arah demokrasi dan keamanan. MR

TPM Muhyiddin Yassin mengumumkan para pengundi Hulu Selangor akan mendapat empat buah sekolah baru dan projek pengurusan banjir.
Beliau berkata sebuah sekolah rendah sedang dibina, manakala dua sekolah rendah dan sebuah sekolah menengah akan dilaksanakan.
Manakala projek pengurusan banjir akan dibina di Batang Kali, dan dianggarkan mencecah RM2 juta.
Muhyiddin juga berkata Kementerian Pendidikan sedang mengenalpasti tapak yang sesuai untuk membina sebuah sekolah aliran Cina.
Baguslah kalau umno betul-betul buat.
Lepas ni pasti ada gula-gula pilihanraya yang lain pula. Tentunya basikal untuk anak-anak sekolah, mesin jahit untuk ibu-ibu tunggal, dan macam-macam lagi.

“Hi, saya HAMINAH Nikmati Koleksi video peribadiku yang hebat dan panas! sila hantar mesej HW ke **********(nombor penyedia perkhidmatan telekomunikasi tempatan). Notice! Hanya untuk umur 18 ke atas sahaja.”
Itu merupakan kata-kata promosi agar pengguna telefon bimbit melanggan perkhidmatan lucah yang disediakan menerusi Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) yang kini berleluasa kembali.
Tindakan golongan tidak bertanggungjawab ini lebih berani apabila mereka mengirim SMS promosi menggunakan nombor telefon bimbit yang tertera dengan jelas.
Golongan tersebut ternyata hanya ingin mengaut keuntungan semata-mata menerusi kegiatan yang tidak sihat sedemikian.
Beberapa minggu lalu, gara-gara gilakan koleksi klip video lucah seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun di Jerteh sanggup menjadi dalang berpakat membenarkan rakan mereka untuk memecah rumah keluarga sendiri!
Puncanya kerana tidak mampu melunaskan hutang membeli klip video itu yang berjumlah kira-kira RM1,000.
Lebih mengejutkan, kedua-dua pembekal klip video lucah itu juga merupakan pelajar perempuan.
Pada 4 Mac lalu, Urusetia Menangani Gejala Sosial (UNGGAS) Pulau Pinang membuat laporan polis terhadap sebuah premis jualan telefon bimbit di Pulau Pinang yang didakwanya membenarkan kegiatan penjualan video lucah.
Anggota Lembaga UNGGAS Mohd Hafiz Nordin mendakwa lambakan video lucah tempatan dan luar negara semakin menjadi trend dan ia memberi kesan terutama masalah sosial kepada masyarakat khususnya remaja.
“Melalui pemerhatian yang dijalankan, kebanyakan pembeli video lucah ini adalah terdiri daripada remaja sekolah… video lucah dijual dengan harga berpatutan,” katanya.
Mohd Hafiz berkata pihak berkuasa perlu memantau dan mengambil tindakan terhadap kedai yang menjual video pornografi termasuk membatalkan lesen perniagaan mereka
Difahamkan, antara kaedah mereka ialah bekerjasama dengan kedai yang menjual isian semula dengan mengarahkan pembeli menulis nombor telefon mereka di kedai tersebut yang biasanya menjual antara RM3 hingga RM 10 melalui Sistem Pesanan Ringkas (sms).
- EP

Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna-pengguna Malaysia (FOMCA) dan Kongres Kesatuan Pekerja (MTUC) mahu kerajaan memberi jaminan sebarang pelaburan melibatkan dana Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di luar negara, selamat dan terjamin.
Ketua Pegawai Eksekutif Fomca, Mohd Yusof Abd Rahman dan Pengerusi MUTC, Syed Shahir Syed Mohamud senada dalam isu melibatkan MEB yang dicadang Perdana Menteri yang seakan-akan mempertaruhkan setiap sen simpanan wang rakyat.
Kedua-dua pemimpin itu bimbang pelaburan yang dibuat KWSP tidak memberi pulangan yang sewajarnya kepada pencarum, bahkan sebaliknya menghakis dana sedia ada.
"Perlu ada jaminan sekiranya kerajaan membenarkan KWSP melabur di luar negara, maka kerajaan perlu memastikan ia adalah pelaburan yang selamat."Sebab, kita dapati banyak pelaburan yang dibuat KWSP tidak memberi manfaat kepada pengguna dari segi pulangan umpamanya pelaburan dalam sektor berisiko tinggi," kata kepada TV Selangor, hari ini.
Mohd Yusof juga menyatakan Fomca bimbang dengan sikap Jawatankuasa Pelaburan yang sering melabur tanpa memaklumkan Lembaga Pengarah KWSP seperti yang dibangkitkan Kongres Kesatuan Pekerja (MTUC). "Masalahnya jawatankuasa pelaburan tidak dianggotai oleh wakil pekerja, sebaliknya dianggotai pihak profesional dari segi pelaburan.
"Dari segi pemantauan dan 'check and balance', kita dapati masih kurang. Malah, apa juga yang dilaburkan kadang kala tidak dimaklumkan kepada Lembaga Pengarah," kata Mohd Yusof lagi.
Syed Shahir pula tidak menolak kemungkinan kekaburan fakta berkaitan MEB mungkin bertujuan menutup kelemahan dasar itu yang hanya menguntungkan golongan atasan sebaliknya meminggirkan masyarakat bawahan.
“Kita tak nampak jelas apakah tumpuannya terhadap golongan bawahan. Seolah-olah wujud andaian bahawa apabila selesai masalah ekonomi, maka selesailah masalah pekerja atau orang bawahan,” katanya.
Beliau menganggap cakap-cakap kerajaan mahu meningkatkan pendapatan rakyat hanya omong kosong, sebaliknya bimbang amalan penswastaan menyebabkan pemerintah terpaksa menampung kerugian syarikat dengan menggunakan wang rakyat.
“Kita mendapati banyak kelemahan dalam hal berkaitan penswastaan. Malah ada yang terpaksa diambil balik oleh pemerintah. Misalnya, syarikat penerbangan Malaysia yang suatu waktu dulu diswasta tapi terpaksa ditampung balik," katanya.
Sehubungan itu, beliau mengingatkan kerajaan bahawa pelaburan menggunakan dana KWSP perlu dilakukan secara penuh waspada dengan mempertimbangkan setiap risiko.
“KWSP kena berhati-hati betul, cermat berhemat untuk memastikan wang pencarum yang untuk simpanan hari tua itu, selamat dan memberi pulangan munasabah,” katanya. TVS
Tindakan syarikat perunding antarabangsa Yahudi APCO Worldwide menafikan ia pernah diupah oleh kerajaan Israel terbukti tidak benar.
Pengesahan bahawa APCO menabur fitnah mengenai hubungannya dengan kerajaan Zionis itu dikesan menerusi kenyataan yang difailkan dengan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat.
Akhbar Straits Times Singapore menegaskan pegawai- pegawai tertinggi syarikat APCO mengesahkan syarikat itu menandatangani perjanjian dengan kerajaan Israel pada tahun 1992.
Antara lain, APCO mengesahkan ia menjalankan kerja-kerja berhubung dengan sektor perumahan di Israel yang membabitkan kewangan Amerika.
Kenyataan APCO yang difailkan dengan jabatan kehakiman Amerika syarikat itu sekali gus menempelak penafian syarikat itu kononnya ia tidak pernah tidak menjalankan sebarang urusan untuk kerajaan Israel.
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini membidas Umno- Barisan Nasional kerana mengupah APCO walaupun syarikat itu jelas mengikat pelbagai perjanjian dengan Israel serta pemimpin diktator negara lain.
Selain itu syarikat itu juga di pimpin oleh pegawai- pegawai yang pernah berkhidmat dalam agensi perisikan Israel dan tentera negara itu.
Keadaan itu mendedahkan Malaysia kepada risiko keselamatan.
APCO diupah oleh kerajaan pimpinan Najib Razak untuk untuk menggubal strategi dan pendekatan bagi memulihkan imej Najib dan kerajaan yang tercalar dengan pelbagai skandal peribadi dan kewangan.
SUMBER: TVS
IPOH 31 Mac - Seperti yang dijangka perjalanan sidang Dewan Undangan Negeri Perak yang berlangsung bagi hari kedua tidak selancar yang dirancangkan hasil kegagalan Menteri Besar 'Mahkamah' dan Speaker "Haram' yang enggan bermesyuarat dengan anggota Dewan Pakatan Rakyat sehari sebelum sidang bermula.
Keadaan kecoh timbul apabila Ahli-ahli DUN Pakatan Rakyat bertikam lidah dengan ADUN Barisan Nasional berhubung beberapa aspek perjalanan sidang yang dianggap melanggar peraturan Dewan oleh Pakatan Rakyat.
Pertelingkahan bermula dengan dakwaan Speaker 'haram', Datuk R. Ganesan yang mendakwa menerima hanya tujuh daripada 216 soalan yang dihantar oleh 28 ADUN Pakatan Rakyat kepada Setiausaha Dewan sehinggalah pertikaian mengenai keabsahan Ganesan sendiri sebagai Speaker.
Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir secara 'unilateral' membentangkan usul kepercayaan kepada Ganesan yang disokong sepenuhnya oleh ADUN BN sementara kesemua ADUN Pakatan Rakyat menolak sebulat suara.
Malah mikrofon pada meja ADUN Pakatan Rakyat dipadamkan untuk menghalang mereka daripada bercakap.
Semua ADUN Pakatan Rakyat juga bersepakat mengenakan pakaian serba hitam sebagai tanda bahawa demokrasi telah mati di negeri Perak.
Menteri Besar Pakatan Rakyat, Datuk Seri Nizar Jamaluddin bertindak keluar Dewan apabila Ganesan tidak menghiraukan bantahan beliau mengenai peraturan mesyuarat.
Ini diikuti pula oleh ADUN Pakatan Rakyat lain sebagai membantah perjalanan sidang yang dikongkong serta disalahgunakan oleh Ganesan dan BN.
"Kita telah bertegang leher kerana kita ingin jelaskan bahawa Ganesan tidak layak menjadi Speaker. Walaupun beliau tidak menghormati kita namun kita cuba beri kerjasama. Selain itu sesi soal jawab hanya dari jam 10.10 pagi hingga 10.49 pagi habis, ini tidak pernah berlaku.
"Sebab lain kami keluar ialah dalam agenda tidak ada perbahasan titah Tuanku dan dibantah oleh Speaker Sivakumar. Saya dengan Datuk Ngeh bantah dan tidak ada jawapan.
"Maka kami ambil keputusan keluar dewan kerana dengan beberapa alasan kuat tersebut.
"Kami mencabar Zambry dan Ganesan, kalau ada perbahasan kami akan hadir esok. Malangnya selepas keluar tidak dapat disahkan samada Zambry ada usulkan titah ucapan, namun sudah tersangat terlewat. Kalau ada sekarang itu sudah terlewat," tegas Nizar pada sidang media selepas keluar dari Dewan.
Media juga dihalang daripada membuat liputan sepenuhnya dengan ditempatkan dalam bilik khas bercermin gelap.Nizar memohon maaf kepada media dia atas tindakan keterlaluan BN terhadap petugas media.
"Saya merasa kesal dan memohon maaf kepada semua rakan media yang telah dinafikan hak untuk membuat liputan secara bebas sepanjang sidang DUN kali ini.
"Sedangkan sebelum ini semasa Pakatan Rakyat memerintah kita telah memberi kebebasan sepenuhnya kepada rakan media , malahan mengadakan siaran langsung setiap kali sidang berlangsung," kata Nizar lagi.
Beliau juga berkata semua talian internet dan pengunaan talipon untuk mengakses twitter, facebook dan pautan internet yang lain telah disekat .
SUMBER: SK
Langgan:
Catatan (Atom)

Tian Chua Serah Notis Bawa Usul Tamatkan Perkhidmatan Apco Worldwide
Selasa, April 06, 2010
| Author:
Tuk Kiyai

UMNO-BN AKAN HILANG SOKONGAN MELAYU DI HULU SELANGOR - KU LI
Isnin, April 05, 2010

GUGURKAN KES LIWAT ANWAR IBRAHIM - KESATUAN INTER-PARLIMEN
Sabtu, April 03, 2010