“Hi, saya HAMINAH Nikmati Koleksi video peribadiku yang hebat dan panas! sila hantar mesej HW ke **********(nombor penyedia perkhidmatan telekomunikasi tempatan). Notice! Hanya untuk umur 18 ke atas sahaja.”
Itu merupakan kata-kata promosi agar pengguna telefon bimbit melanggan perkhidmatan lucah yang disediakan menerusi Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) yang kini berleluasa kembali.
Tindakan golongan tidak bertanggungjawab ini lebih berani apabila mereka mengirim SMS promosi menggunakan nombor telefon bimbit yang tertera dengan jelas.
Golongan tersebut ternyata hanya ingin mengaut keuntungan semata-mata menerusi kegiatan yang tidak sihat sedemikian.
Beberapa minggu lalu, gara-gara gilakan koleksi klip video lucah seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun di Jerteh sanggup menjadi dalang berpakat membenarkan rakan mereka untuk memecah rumah keluarga sendiri!
Puncanya kerana tidak mampu melunaskan hutang membeli klip video itu yang berjumlah kira-kira RM1,000.
Lebih mengejutkan, kedua-dua pembekal klip video lucah itu juga merupakan pelajar perempuan.
Pada 4 Mac lalu, Urusetia Menangani Gejala Sosial (UNGGAS) Pulau Pinang membuat laporan polis terhadap sebuah premis jualan telefon bimbit di Pulau Pinang yang didakwanya membenarkan kegiatan penjualan video lucah.
Anggota Lembaga UNGGAS Mohd Hafiz Nordin mendakwa lambakan video lucah tempatan dan luar negara semakin menjadi trend dan ia memberi kesan terutama masalah sosial kepada masyarakat khususnya remaja.
“Melalui pemerhatian yang dijalankan, kebanyakan pembeli video lucah ini adalah terdiri daripada remaja sekolah… video lucah dijual dengan harga berpatutan,” katanya.
Mohd Hafiz berkata pihak berkuasa perlu memantau dan mengambil tindakan terhadap kedai yang menjual video pornografi termasuk membatalkan lesen perniagaan mereka
Difahamkan, antara kaedah mereka ialah bekerjasama dengan kedai yang menjual isian semula dengan mengarahkan pembeli menulis nombor telefon mereka di kedai tersebut yang biasanya menjual antara RM3 hingga RM 10 melalui Sistem Pesanan Ringkas (sms).
- EP
Comments (0)
Catat Ulasan