PETALING JAYA: Perlawanan separuh akhir kedua Piala FA antara Pahang dan Johor Darul Takzim (Johor DT) yang ditangguhkan pada Selasa akibat kekecohan penyokong akan dimainkan semula di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Sabtu ini, pada pukul 4.15 petang.
Ketika mengumumkan sedemikian, Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin berkata perkara itu diputuskan selepas meneliti beberapa perkara termasuk aspek keselamatan.
"Kita terpaksa mengadakan perlawanan pada waktu petang di Stadium Nasional Bukit Jalil memandangkan lampu stadium berkenaan masih dalam proses penambahbaikan manakala Stadium Shah Alam pula digunakan untuk sebuah acara konsert pada hari yang sama.
"Memandangkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan mengendalikan perlawanan ini maka kita mencadangkan kepada Jawatankuasa Tiket dan Pintu FAM untuk menggunakan formula 50-50 dalam pengagihan tiket sebanyak 90,000 kepada kedua-dua pasukan," katanya.
Hamidin berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa JKPT hampir lima jam di Wisma FAM, Kelana Jaya, di sini Rabu.
Perlawanan antara kedua-dua pasukan itu di Stadium Darulmakmur, Kuantan tidak dapat diteruskan ekoran kekecohan yang ditimbulkan oleh penyokong yang bersesak masuk ke stadium sehingga menyebabkan perlawanan tergendala hampir dua jam.
Mengulas lanjut, Hamidin, yang juga Naib Presiden FAM berkata berdasarkan tinjauan yang dilakukan oleh pegawai Stadium Darulmakmur mendapati empat pintu telah dirempuh masuk selain berlakunya beberapa kerosakan kecil.
"Justeru itu, kita (FAM) akan meminta Persatuan Bola Sepak Pahang (PBNP)untuk meneliti semula keadaan Stadium (Darulmakmur) bagi memastikan kejadian yang sama tidak berulang...Kita turut akan menghantar surat peringatan kepada kesemua Persatuan Bola Sepak Negeri (dan kelab) untuk memantau keadaan stadium masing-masing," katanya.
Dalam perkembangan yang sama, Hamidin berkata, Pahang yang bertindak selaku tuan rumah pada perlawanan semalam, didenda sejumlah RM100,000 kerana mengabaikan aspek keselamatan dan gagal menghalang penyokong (tuan rumah) daripada masuk ke padang sehingga menyebabkan perlawanan itu tertangguh.
"Johor DT pula didenda sebanyak RM20,000 kerana balik pada 9.50 malam sedangkan perlawanan penuh (yang bermula pukul 8.45 malam) hanya dijangka berakhir pada 10.15 malam...hukuman yang dikenakan ke atas kedua-dua pasukan ini adalah muktamad dan tidak boleh dirayu," katanya.
Sementara itu, Setiausaha Kehormat Persatuan Bola Sepak Pahang (PBNP) Fuzeimi Ibrahim yang ditemui, selepas memberikan keterangan, berkata pihaknya akan membuat rayuan dengan mengemukakan perkara berkenaan kepada Presiden PBNP, Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah dalam tempoh terdekat bagi pertimbangan baginda.
"Saya rasa, inilah insiden pertama yang berlaku di laman sendiri...bagi saya jumlah denda itu (RM100,000) terlalu banyak dan kita cuba membuat rayuan dan terpulang kepada budibicara baginda sama ada kita teruskan dengan bayar denda atau buat rayuan terlebih dahulu," katanya.
Bekas jurulatih Pahang sekitar 1990-an itu yang kesal dengan tindakan segelintir penyokong skuad Tok Gajah yang bertindak memasuki kawasan trek mahu mereka menjadikan insiden semalam sebagai satu pengajaran berguna.
Pada perlawanan separuh akhir pertama, Sabtu lepas, Johor DT mengalahkan Pahang 1-0.
Pemenang perlawanan itu akan menentang juara bertahan, Kelantan pada final Piala FA, 29 Jun ini di Stadium Nasional, Bukit Jalil.
Kelantan yang merupakan bakal membuat penampilan kali ketiga di pentas final selepas 2009 dan 2011 mara selepas menundukkan jiran mereka, Terengganu dengan keputusan agregat 6-5, Isnin lepas. - BERNAMA
Kekecohan para penyokong akhirnya menyebabkan perlawanan separuh akhir kedua Piala FA antara Pahang dengan Johor Darul Takzim (JDT) ditangguhkan ke tarikh lain. Perlawanan sepatutnya bermula pada jam 8.45 malam namun ditangguhkan apabila penonton melimpahi ke kawasan trek dan padang sebelum pasukan keselamatan mengarahkan mereka berundur dan memasuki kawasan tempat duduk. Meskipun pada mulanya wakil PDRM mengumumkan perlawanan selamat diteruskan, namun kekecohan ditambah pula dengan insiden membaling objek dari luar stadium hingga membahayakan kumpulan penyokong JDT. Kejadian itu menyebabkan beberapa penyokong JDT cedera kerana terkena balingan objek daripada tempat duduk. Akhirnya, pihak pengurusan mengumumkan perlawanan ditunda dan ia jelas menghampakan peminat yang hadir di stadium mahupun yang mengikuti siaran langsung di televisyen. -sinarharian
SHAH ALAM – Suatu rombakan akan dilakukan dalam pentadbiran Kerajaan
Negeri Selangor dalam masa terdekat ini, menurut sumber rapat Pejabat
Menteri Besar Selangor.
Ia bagi memberi laluan kepada Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin
Nasution Ismail untuk dilantik sebagai pegawai yang bertanggungjawab
menjaga hubungan politik parti komponen Pakatan Rakyat (PR) di negeri
ini.
Menurut sumber terbabit, perkara tersebut telah mendapat persetujuan
antara Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Besar, Tan
Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam satu perbincangan minggu lalu.
Perkara tersebut juga kata sumber, antara punca kelewatan senarai Exco
Selangor dimuktamadkan sehingga menimbulkan keresahan rakyat selepas PR
memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) pada 5 Mei lalu.
“Mungkin Rabu akan bincang rombakan kecil itu, Saifuddin akan jaga hal
hubungan politik di Selangor serta untuk memantapkan Pilihan Raya Umum
Ke-14 (PRU14).
“Beliau ditugaskan untuk gerakkan mobilisasi jentera ke kawasan luar
bandar bagi mengatasi Barisan Nasional (BN) yang bersungguh-sungguh nak
rampas Selangor semula pada PRU14 nanti,” katanya ketika dihubungi Sinar
Harian Online.
Dalam pada itu katanya, rombakan ini juga bertujuan untuk membuat
penambahbaikan terhadap pembangunan infrastuktur dan pelbagai program
kebajikan yang masih tertangguh pada penggal lalu dengan membelanjakan
rizab negeri yang tersimpan RM2.65 bilion.
“Penggal kali ini Abdul Khalid pun sudah berjanji akan belanjakan wang
rizab Selangor untuk gerakkan banyak lagi program kebajikan rakyat,”
katanya.
Di samping itu, Saifuddin akan berperanan memberi wajah baru kepada
Kerajaan Negeri Selangor supaya imej negeri ini lebih dikenali sebagai
sebuah negeri PR dan bukan lagi kubu kuat BN.
“Bukan saja 're branding' itu kepada kakitangan awam negeri bahkan
kalau boleh bangunan kerajaan dan infrastuktur di Selangor pun dicat
dengan warna lain, bukan lagi warna biru (BN),” ujarnya. Selain itu, sumber dalaman itu juga turut memberitahu Abdul Khalid akan
mengikut tekanan perwakilan Kongres PKR tempoh hari dengan lebih
mendekatkan diri dengan rakyat dan lebih berjiwa politik ekoran banyak
kritikan pedas terhadap menteri besar itu pada penggal lalu. -sinarharian
KUALA LUMPUR: Setelah hampir dua minggu ‘menyembunyikan diri’ dan mengunci mulut daripada memberi sebarang kenyataan, pelakon Shahrizal Jaszle, 25, akhirnya mendedahkan kejadian khalwat yang berlaku terhadapnya pada 16 Mei lalu adalah satu perangkap.
Shahrizal atau sebelum ini dikenali sebagai Shah Jaszle berkata, dia percaya dirinya tidak bersalah kerana semasa kejadian itu dia bukannya berada berdua-duaan sebaliknya terdapat lima orang lain ketika pihak Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) membuat serbuan.
"Saya tak boleh komen panjang tentang isu ini kerana ia sudah pun menjadi kes mahkamah.
"Cuma apa yang ingin dikatakan, saya diperangkap oleh seseorang yang tidak bertanggungjawab. Saya yakin, saya tidak bersalah terhadap kejadian itu. Kita lihat sahaja kes mahkamah pada November depan nanti," tegasnya.
Shahrizal ditemui pada penggambaran drama bersiri Iman Nabila, arahan Shuhaimi Lua Abdullah yang dilakukan di sebuah pusat karaoke di Sri Rampai, di sini, pada Isnin.
Drama terbitan Suhan Movies Productions itu akan disiarkan di TV3 bermula 10 Jun depan.
Kenyataan media yang dikeluarkan pihak JAIS berhubung penangkapan khalwat yang dibuat terhadap Shahrizal Jaszle. Jais dalam satu kenyataan medianya pada 16 Mei lalu mengesahkan telah menahan Shahrizal atas tuduhan khalwat di Apartment Taman Sri Subang, di sini, pada pukul 3.30 pagi.
Penahanan tersebut dilakukan di bawah Seksyen 29(1) A dan B, Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 selepas Bahagian Penguatkuasaan jabatan itu menerima aduan daripada pihak awam berhubung kegiatan berkenaan.
Jika disabitkan kesalahan, pelaku boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.
Dalam pada itu tambah pelakon yang mula popular menerusi drama bersiri Asmara tersebut, dia sedikit pun tidak berasa tergugat walaupun namanya sudah tercalar gara-gara kejadian itu.
Beritahu Shahrizal, selepas diikat jamin, dia terus mengumpulkan keluarganya serta keluarga pihak tunangnya, Redzwani Puteri, 25, bagi menjelaskan situasi sebenar apa yang telah berlaku.
"Alhamdulillah, saya bersyukur sangat kerana memiliki keluarga yang sentiasa menyokong dan mendengar sesuatu perkara sebelum bertindak atau membuat keputusan. "Selepas menceritakan kejadian itu, mereka juga merasakan ia seperti sebuah perangkap," ujarnya.
Tambah Shahrizal, dia juga bersyukur mempunyai tunang yang cukup memahami dan tidak melatah selepas mendapat tahu kejadian tersebut
"Nampak sahaja dia lembut, tetapi Puteri seorang yang bijak dan berjiwa kental. Ketika saya ditahan pihak Jais, tunang menelefon saya untuk mendapatkan penjelasan tetapi saya kata, hal ini perlu dibincangkan secara bersemuka.
"Syukur, dia sangat tenang dan faham selepas mendengar cerita sebenar daripada saya," tuturnya.
Dalam pada itu, Shahrizal berkata, kejadian khalwat yang berlaku terhadapnya itu merupakan satu pengajaran besar buatnya di mana dia perlu berhati-hati dalam setiap langkah yang dilakukan selepas ini.
"Ia menjadi tauladan besar buat saya. Tidak sangka, dalam berjaga-jaga batas pergaulan, perkara begini boleh terjadi kepada saya," tuturnya.-mStar
KUALA LUMPUR: PAS dijangka memfailkan 20 petisyen dan bantahan berhubung keputusan pilihan raya umum ke-13 pada 5 Mei lepas.
Setiausaha Agungnya Datuk Mustafa Ali berkata petisyen dan bantahan itu melibatkan beberapa kawasan Parlimen seperti Kuala Selangor di Selangor dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Perak, Terengganu dan negeri lain.
"Jawatankuasa khas yang kita tubuhkan sebelum ini telah meneliti maklumat-maklumat yang membawa kepada petisyen dan bantahan itu. Setakat hasil perbincangan kita, itulah (20 petisyen) yang akan kita hantar tidak lama lagi. Mungkin akan meningkat atau menurun (jumlah bantahan). Ini akan dimuktamadkan nanti," katanya ketika dihubungi Bernama, Ahad.
Dilaporkan sekutu PAS, Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan memfailkan 27 petisyen melibatkan kawasan Parlimen dan DUN manakala DAP masih mempertimbang sama ada akan memfail petisyen.
Pada 22 Mei lepas, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mewartakan keputusan rasmi PRU13 dan berikutan pewartaan keputusan pilihan raya itu, calon dan parti politik yang tidak berpuas hati dengan keputusan itu mempunyai tempoh 21 hari untuk memfailkan petisyen atau bantahan mulai tarikh pewartaan itu.
Petisyen boleh difailkan di Mahkamah Tinggi mengikut negeri masing-masing.
Pada pilihan raya lepas, BN memenangi 133 kerusi Parlimen manakala PAS (21), PKR (30) dan DAP (38). - BERNAMA
KUALA LUMPUR - Polis akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan
majistret yang menolak permohonan untuk perintah tahanan reman ke atas
tiga aktivis pembangkang berhubung siasatan di bawah Akta Hasutan 1948.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata perkara
itu merupakan prosedur biasa apabila sesuatu keputusan mahkamah tidak
memihak kepada polis.
"Apa yang saya ingin beritahu ialah saya tiada niat untuk mencampuri
urusan pihak polis, ini merupakan kaedah biasa apabila keputusan tidak
memihak kepada polis, jadi rayuan akan dilakukan sebelum pertuduhan
boleh dibuat oleh polis," katanya kepada pemberita selepas rancangan
bual bicara Hello Malaysia kelolaan Bernama TV malam ini.
Ahmad Zahid berkata beliau sentiasa menghormati keputusan mahkamah dan
tidak akan mempertikaikannya dan polis juga mempunyai prosedur
tersendiri apabila berdepan perkara sedemikian.
Semalam, Anggota Parlimen Batu Tian Chua dan aktivis pembangkang Haris
Ibrahim serta Tamrin Ghafar ditahan berhubung ceramah mereka di Dewan
Perhimpunan Cina di sini pada 13 Mei lepas, yang didakwa berbaur
hasutan.
Bagaimanapun, permohonan polis untuk mendapatkan perintah tahanan reman
terhadap ketiga-tiga individu ditolak dan mereka dibebaskan
serta-merta. - Bernama
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi diwawancara ketika menjadi tetamu dalam rancangan Helo Malaysia terbitan Bernama TV di Wisma Bernama di sini malam Sabtu. -FotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Tanpa diketahui umum, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah mengadakan perbincangan dengan beberapa pemimpin pembangkang dan mencapai persetujuan perhimpunan diadakan secara aman. Bagaimanapun, menurut Ahmad Zahid pemimpin pembangkang berkenaan "menyanyikan lagu yang berlainan" apabila bersama dengan penyokong mereka. "Saya meraikan perbezaan pendapat dan bersetuju untuk berbincang dengan mereka. Mereka pun bersetuju untuk mengadakan perhimpunan secara aman dengan memberi notis 10 hari, perhimpunan sepatutnya diadakan di tempat tertutup dan perhimpunan tidak menimbulkan provokasi," katanya kepada pemberita selepas menjadi tetamu program Hello Malaysia terbitan Bernama TV, di Wisma Bernama di sini malam Sabtu. Persetujuan itu katanya dicapai bagi mengelakkan timbul masalah yang tidak diingini. Bagaimanapun, Ahmad Zahid enggan mendedahkan nama pemimpin pembangkang terbabit kerana menghormati kerahsiaan perjumpaan itu. - BERNAMA -mStar
SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi di sini pada Khamis mendapati bekas peguam N. Pathmanabhan dan tiga pekerja ladangnya bersalah membunuh jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain tiga tahun lepas, dan dijatuhi hukuman gantung sampai mati.
Hakim Datuk Akhtar Tahir memutuskan sedemikian selepas berpuas hati bahawa pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.
Pathmanabhan serta tiga pekerja ladang iaitu T. Thilaiyalagan, R. Matan dan R. Kathavarayan didakwa membunuh Sosilawati, 47, pegawai bank Noorhisham Mohamad, 38, peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, 44.
Pathmanabhan, 43, Thilaiyalagan, 21, Matan, 22, dan Kathavarayan, 33, didakwa melakukan perbuatan itu di Lot 2001, Jalan Tanjong Layang, Tanjung Sepat di Banting antara pukul 8.30 malam dan 9.45 malam pada 30 Ogos 2010.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.
Barisan pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Ishak Mohd Yusoff, Saiful Edris Zainuddin dan Idham Abd Ghani sementara Pathmanabhan diwakili peguam Manjeet Singh Dhillon dan Pushpa Ratnam, Thilaiyalagan diwakili Gurbachan Singh, Matan diwakili peguam Amer Hamzah Arshad manakala Kathavarayan diwakili peguam Hasshahari Johari Mawi. - BERNAMA
Fizo Omar dan Haas hanya sempat bercinta selama 2 bulan.
Kuala Lumpur: “Ya, kami sudah putus hubungan dan setakat itu sajalah hubungan kami.
“Lebih baik berpisah awal secara baik daripada mencetuskan pergaduhan pada masa depan,” kata pelakon, Wan Hafizol Wan Omar atau Fizo Omar, 28 mengakui hubungan cintanya bersama pelajar Universiti LimKokWing, Hans Jaafar, 25 sudah berakhir.
Fizo dihubungi semalam berkata, hubungannya bersama pelajar jurusan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan dan Keusahawanan itu hanya bertahan dua bulan selepas tiada keserasian bersama.
“Saya anggap hubungan ini berakhir kerana tiada jodoh dan persefahaman. Kalau boleh saya tidak mahu perkara ini dipanjangkan lagi,” katanya.
Kata Fizo, dia menerima keputusan putus cinta dengan hati terbuka dan mengakui masih berkawan bersama wanita itu. -hmetro
Shah Alam: Bebas atau gantung sampai mati? Nasib bekas peguam, N Pathmanabhan dan tiga pekerja ladangnya T Thilaiyalagan, R Matan serta R Kathavarayan yang didakwa membunuh jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya serta tiga lagi akan diputuskan Mahkamah Tinggi di sini, hari ini.
Hakim Datuk Akhtar Tahir akan membuat keputusan pada akhir kes pembelaan itu selepas selesai mendengar hujahan pihak pembelaan selama tiga hari pada 14, 15 dan 21 Mac lalu.
Perbicaraan kes bunuh yang menggemparkan negara itu bermula pada 4 Julai 2011 berjalan selama 113 hari.
Seramai 108 saksi pendakwaan dan 30 saksi pembelaan dipanggil memberi keterangan pada perbicaraan yang meliputi tempoh dua tahun. Selain itu, 742 bahan bukti dikemukakan selain 6, 000 nota prosiding dikemukakan kepada mahkamah.
Mengikut pertuduhan, Pathmanabhan, 44, Thilaiyalagan, 22, Matan, 23, dan Kathavarayan, 33, didakwa membunuh Sosilawati, 47, pemandunya Kamaruddin Shamsuddin, 44, peguam Ahmad Kamil Abd Karim, 32, dan pegawai Bank CIMB cawangan Kampung Baru Noorhisham Mohamad, 38. -hmetro
SHAH
ALAM - Seramai 18 aktivis termasuk empat wanita yang sedang
bersoladariti bagi menuntut pembebasan aktivis mahasiswa, Adam Adli
Abdul Halim telah ditahan ketika kira-kira jam 9.45 malam tadi. Pengerusi
Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Muhammad Safwan Anang berkata,
mereka yang ditahan termasuk pegawai khas kepada Ahli Parlimen Subang, R
Sivarasa iaitu Peter Chong dan semua yang ditahan telah dihantar ke
Balai Polis Jalan Travers. "Kira-kira
jam 9.00 malam, beberapa aktivis ini memulakan ceramah di hadapan Balai
Polis Jinjang dan tiba-tiba pihak polis datang memberikan arahan supaya
kami bersurai. "Tempoh
masa untuk bersurai adalah 10 minit tetapi tak sampai 5 minit pihak
polis terus membuat tangkapan apabila kami teruskan dengan ucapan,"
katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online. Sebelum
ini, Adam telah ditahan di Bangsar Utama pada 18 Mei lalu di bawah
Seksyen 4 (1) C Akta Hasutan dan Seksyen 124 B Kanun Keseksaan. Beliau
direman selama lima hari bermula Ahad lalu dan akan berakhir hari ini
untuk didakwa di bawah Akta Hasutan di Mahkamah Seksyen Jalan Duta. Adam, 24, disiasat kerana ucapannya pada satu forum di Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor 13 Mei lalu. Menurut
Safwan, yang menjadi persoalan adalah sepanjang lima hari pihak aktivis
dan penyokong Adam berada di balai berkenaan, tidak pernah dikeluarkan
arahan bersurai. "Mengapa baru sekarang? "...tetapi kami tetap akan berada di sini dan akan ikut Adam ke mahkamah," dakwanya lagi. -sinarharian
KUALA LUMPUR, 22 Mei — Sikap penganjur dan peserta perhimpunan yang tidak mematuhi syarat-syarat Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012 menyukarkan polis untuk menumpukan tugasan hakikinya menjaga ketenteraman awam dan membanteras jenayah.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata sikap penganjur yang tidak memaklumkan mengenai perhimpunan dan tidak berbincang dengan pihak polis adalah antara tindakan yang tidak mematuhi syarat dalam APA.
Akibatnya, beliau berkata pasukan polis terpaksa mengambil langkah keselamatan yang lebih dengan menggerakkan anggota pasukan di satu kawasan dalam jumlah yang besar. "Kerana ingin menjaga ketenteraman awam di perhimpunan itu, kita terpaksa tempatkan ramai anggota kerana khuatir jika ada kumpulan lain yang menentang perhimpunan itu hadir mengadakan demonstrasi dan akhirnya berlaku pergaduhan," katanya.
Beliau berkata demikian dalam wawancara pertamanya bersama media selepas dilantik sebagai Ketua Polis Negara menggantikan Tan Sri Ismail Omar di sini, hari ini.
Khalid, 55, menggantikan Ismail, 60, yang tamat kontraknya Jumaat lepas. Katanya selepas pilihan raya umum ke-13 berakhir, pembangkang telah mengadakan beberapa siri perhimpunan haram di beberapa negeri membantah keputusan pilihan raya umum dan didapati perhimpunan mereka telah melanggar syarat di dalam APA.
Pembangkang telah menganjurkan lima perhimpunan iaitu di Perak, Kelantan, Sabah, Selangor dan Pulau Pinang dan kesemuanya adalah perhimpunan haram.
Beliau berkata akibat tindakan menjaga sesuatu perhimpunan itu, tugasan pasukan polis telah terganggu daripada menjalankan rondaan pencegahan jenayah.
"Kita menggunakan sumber yang ramai untuk tujuan itu, perhatian kita telah dialihkan daripada tugas untuk menangani tugas-tugas lain dalam kepolisan ini, selain mencegah jenayah, mengawal lalu lintas dan sebagainya," katanya.
Jika pihak penganjur memaklumkan kepada polis dan mematuhi syarat mengikut APA, beliau memberi jaminan perhimpunan yang ingin dianjurkan akan berlangsung dalam keadaan aman dan terkawal. — Bernama
Kuala Lumpur: Diacu pisau di leher sebelum dirogol pekerja mesin rumput. Begitulah nasib menimpa seorang pembantu rumah warga Indonesia yang dirogol seorang lelaki yang tugasnya memotong rumput di kawasan rumah majikan mangsa di ibu kota, kelmarin.
Ketika kejadian kira-kira jam 9 malam itu, mangsa yang berusia 34 tahun sedang menonton televisyen manakala majikannya keluar dan anak majikan dalam bilik di tingkat atas.
Sumber polis berkata, lelaki warga Bangladesh itu difahamkan berlegar-legar di perumahan itu sejak beberapa hari lalu dan mangsa tidak pernah bercakap atau mengenali lelaki itu.
Katanya, pada hari kejadian, mangsa berada di dalam rumah dan tanpa disedari lelaki terbabit menyelinap melalui pintu kaca belakang tidak berkunci. -hmetro

Anda dialu-alukan untuk memberi komen atau berkongsi pendapat tentang isu atau perkara yang diutarakan. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman, dan bahasa kesat tidak akan disiarkan.