KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mempertahan tindakan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan beberapa wakil pembangkang lain memakai lilitan bertulis "Bubarkan DUN Perak" semasa permulaan sidang Dewan Rakyat hari ini.
“Parlimen luar negara membenarkan wakil rakyatnya memakai sebarang tanda bagi meluahkan sesuatu perkara ketika memasuki mesyuarat atau persidangan,” Kata Anwar pada sidang media di lobi Parlimen sebentar tadi.
Anwar juga akan mengutus surat kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia hari ini berhubung tindakan beliau mengarahkan tujuh wakil rakyat pembangkang meninggalkan Dewan Rakyat kerana enggan mematuhi arahan menanggalkan lilitan itu.
Dewan Rakyat pagi tadi sedikit kecoh apabila Nizar yang baru selesai mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Bukit Gantang melaungkan "Bubar DUN" dan memakai lilitan berkenaan dan dikuti oleh beberapa rakannya yang lain.
jika orang hang poiii buat semuanya ok,tapi bilamana orang lain buat semua tak ok.apa punya orang pegi poiii....lah
tp ini msia, xkan nak ikut budaya luar?! dh nama pun org pas, patutnya jaga adab diri tu. ni x, mcm beruk jer. mmg boneka DAP la sgt.