KUALA LUMPUR: Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak menegaskan beliau tidak pernah menghunus keris pada tahun 1987 yang ketika itu menerajui Pemuda Umno sambil mencabar masyarakat Cina di negara ini. Sambil menolak dakwaan Karpal Singh di Dewan Rakyat pagi ini, Najib berkata, beliau tidak pernah berbuat demikian.
"Insiden itu tidak pernah berlaku dan saya tidak perlu meminta maaf tetapi sebaliknya Karpal yang perlu meminta maaf," katanya menjawab soalan tambahan Karpal yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor hari ini.
Oleh itu kata Najib, beliau tidak perlu memohon maaf kepada masyarakat Cina sebagaimana dituntut oleh Pengerusi DAP, Karpal Singh di Dewan Rakyat hari ini.
Karpal ketika mengemukakan soalan tambahan bertanya Najib, adakah beliau akan memohon maaf kerana didakwa pernah mengeluarkan kenyataan tidak akan memasukkan kembali keris yang dihunus tanpa dibasahi darah masyarakat Cina. Baca lanjut sila KLIK di sini.
Comments (0)
Catat Ulasan