Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim beberapa hari lalu berkata kerajaan akan mengkaji untuk meletakkan tapisan pada internet bagi menghentikan akses kepada laman web yang tidak dikehendaki.
Bagi blogger popular negara, Tun Mahathir Mohamad percaya kerajaan tidak akan mengikut Kerajaan China yang mengawasi/menapis blog politik di internet.
"Internet tidak perlu ditapis dalam apa cara sekalipun, dan salah untuk melakukannya walaupun ada perkara yang perlu dikawal," tegas Tun Dr Mahathir Mohamad.
"Sebagai contoh, terlalu banyak keganasan datang melalui internet. Itu, saya rasa, kita ada hak untuk tidak membenarkannya," katanya selepas berucap pada sidang kemuncak pemimpin pelajar Malaysia di Kuala Lumpur semalam.
Bagi Tok Kiyai, blog yang merosakkan minda anak muda malah orang dewasa adalah blog lucah. Tengoklah masalah remaja kini. Kes zina, anak luar nikah, rogol dan macam-macam lagi. Antara puncanya ialah berleluasanya laman-laman lucah ciptaan dari luar negara, malah ciptaan anak Malaysia sendiri yang bebas dilayari. Kalau betul kerajaan hendak menapis bahan-bahan di internet, blog lucahlah yang perlu ditapis oleh kerajaan, bukannya blog yang mengetengahkan pandangan/isu politik.
Comments (0)
Catat Ulasan