"Dari segi undang-undang beliau memang layak bertanding tetapi dari segi moral beliau hilang kelayakan.
"Isunya jelas...Majlis Peguam membatalkan lesen beliau (Rohaizat) atas isu-isu berkaitan peribadi seperti pecah amanah RM161 ribu wang Koperasi Pekebun Kecil tahun lalu.""
Itulah kata-kata Pengarah Pilihan Raya Pas, Datuk Mahfuz Omar.Demikian lapor harakahdaily.
Tegas Mahfuz lagi, bagaimana seorang yang sah pecah amanah boleh menguruskan amanah rakyat di Permatang Pasir kelak.
Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar pula berkata, dari segi undang-undang tiada masalah bagi Rohaizat untuk bertanding dan telah memenuhi segala syarat untuk bertanding dalam pilihan raya (DUN) Permatang Pasir.
Dr. Mohammad Hatta Ramli pula berkata, tidak ada maknanya seseorang bakal Adun Permatang Pasir berkelulusan tinggi, jika dibelit pelbagai kes pecah amanah.
Bagi Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin, kes pecah amanah itu tidak boleh dikaitkan dengan peribadi Rohaizat, sebaliknya ianya adalah kesalahan firma serta rakan kongsi Rohaizat.
Bagaimana pun, Presiden Majlis Peguam Negara Ragunath Kasavan menegaskan pergantungan Rohaizat oleh Majlis Peguam atas kesalahan peribadi, bukannya atas firma guamannya atau rakan kongsi beliau.
Lantas itu, penamaan Rohaizat terus dianggap suatu penghinaan kepada pengundi Dun itu sendiri kerana tidak bersih dan menghadapi beberapa masalah moral.
Comments (0)
Catat Ulasan