Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub mencabar Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor agar mengambil tindakan perundangan bagi menyangkal kesahihan surat yang kononnya ditulis oleh Setiausaha Agung UMNO itu kepada Badan Perhubungan Umno Negeri supaya memilih Tan Sri Mohd Isa Samad sebagai calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang.
Hari ini dalam mstar online, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, parti umno mengambil sikap untuk tidak mempedulikan cabaran PAS itu.
"Kita tidak akan terjebak dengan permainan politik mereka... ini adalah taktik yang mereka gunakan untuk memperdayakan kita," katanya.
Surat yang menggunakan kepala surat rasmi Setiausaha Agung Umno itu mula diedarkan di sekitar DUN Bagan Pinang sejak hari penamaan calon Sabtu lalu antaranya ditulis seperti berikut: "Pihak Majlis Tertinggi amat dukacita memaklumkan bahawa calon yang dicadangkan oleh Badan Perhubungan Umno Negeri Sembilan terpaksa ditolak kerana Presiden parti mahukan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad sebagai calon PRK N31 Bagan Pinang."
Comments (0)
Catat Ulasan