Klik "LIKE" jika suka TUK KIYAI: ISU SEMASA

Klik "IKUT" untuk teman TUK KIYAI

Sembang & Pesanan

http://tokkiyai.freeshoutbox.net/

PKFZ I PRK BAGAN PINANG: TAHNIAH, "PENGASAS" PKR KELUAR PARTI!

Label:

[BERNAMA] - Salah seorang anggota pengasas Parti Keadilan Rakyat (PKR) Khamis malam mengisytihar keluar parti bersama 63 anggota PKR dan menyokong Barisan Nasional (BN).

Abdul Manap Shahardin dan rakan-rakannya itu, yang keluar PKR kerana kecewa dengan parti tersebut yang disifatkannya sebagai sebuah parti yang mempunyai pemimpin yang hanya pandai bercakap sahaja tetapi tidak melaksanakan apa yang mereka sendiri perjuangkan.

"Saya bukan nak buruk-burukkan (pemimpin parti ini) tetapi inilah realitinya," katanya pada satu majlis ringkas mengenai pengumuman beliau dan para pengikutnya itu di sini yang turut dihadiri Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Abdul Manap, 64, yang menubuhkan parti itu bersama beberapa rakan lain, berkata beliau juga kecewa dengan PKR kerana perjuangan ikhlasnya selama ini tidak dihargai oleh parti itu.

Sebagai seorang pesara tentera yang sebelum ini bertugas di Kem Sunggala, pernah bertanding sebagai calon PKR untuk kerusi Parlimen Teluk Kemang pada pilihan raya umum 2004, berkata beliau dan para penyokongnya akan membantu Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad pada pilihan raya kecil itu Sabtu ini.

Beliau menyifatkan Mohd Isa sebagai calon yang berpengaruh dan diterima oleh rakyat di Bagan Pinang.

Pengaruh Mohd Isa, yang pernah menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan selama 22 tahun itu adalah sangat jelas dan ia masih kekal sehingga ke hari ini kerana walaupun PKR dapat menawan kerusi Parlimen Teluk Kemang pada pilihan raya umum tahun lepas, kerusi Dewan Unsangan Negeri (DUN) Bagan Pinang dan Linggi masih kekal di tangan BN.

Sementara itu Rais berkata BN menerima dengan insaf pendirian bekas anggota PKR itu dan ia menandakan bahawa usaha ikhlas parti itu selama ini adalah diiktiraf.

"Saya kenal beliau semasa bersama-sama dalam Parti Melayu Semangat 46 dulu, saya faham perjuangan beliau dulu," katanya.

Rais turut mengalu-alukan sokongan bekas anggota PKR daripada kaum India dan bersedia membantu mereka pada sambutan perayaan Deepavali 17 Okt ini.

Menteri itu berkata Abdul Manap dan penyokongnya akan membawa bersama lebih ramai bekas anggota PKR di Teluk Kemang untuk menyokong BN pada pilihan raya kecil kali ini.

Comments (0)

PKFZ I PRK BAGAN PINANG: TAHNIAH, "PENGASAS" PKR KELUAR PARTI!
Jumaat, Oktober 09, 2009 | Author: Tuk Kiyai

This entry was posted on Jumaat, Oktober 09, 2009 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.