Klik "LIKE" jika suka TUK KIYAI: ISU SEMASA

Klik "IKUT" untuk teman TUK KIYAI

Sembang & Pesanan

http://tokkiyai.freeshoutbox.net/

BUAT LAPORAN POLIS KERANA DIGANGGU

Label:

oleh Shamsul Iskandar Mohd Akin

Saya telah mengiringi saudara Abdul Qayyum Abdul Rahman, seorang wartawan Suara Keadilan untuk membuat laporan polis di Ibu pejabat Polis Daerah Shah Alam, Seksyen 11 berkenaan gangguan dan ugutan yang beliau terima daripada sekumpulan anggota yang disyaki anggota polis semasa membuat liputan lawatan Angkatan Muda Keadilan Malaysia ke rumah keluarga mangsa pembunuhan kejam di Kampung Batang Rokan, Gemencheh, Negeri Sembilan pada 10 Januari 2010, jam 3.30 petang. Anggota berkenaan telah memadam semua gambar yang diambil dan mengoyakkan nota berita yang dicatat.

Untuk rekod, keluarga mangsa pembunuhan kejam ini mempunyai hubungan yang rapat dengan Rosmah Mansor di mana salah seorang mangsa pembunuhan iaitu Allahyarhamah Sufiah Katas merupakan emak saudara Rosmah sendiri. Sufiah Katas ialah adik beradik kepada Mansor Katas iaitu bapa Rosmah. Apa yang dikesalkan ialah sehingga hari lawatan AMK, Rosmah Mansor langsung tidak menjengukkan muka menziarahi keluarga emak saudaranya sendiri.

Tindakan “harassment” yang dilakukan kepada wartawan ketika bertugas merupakan tindakan yang memalukan negara apabila kebebasan akhbar yang sepatutnya dijaga dan dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan telah dicabul. Saya menyeru kesemua wartawan terutamanya wartawan media alternatif untuk bersama-sama membentuk solidariti bersama Saudara Qayyum dengan menyatakan protes terbuka kepada pihak polis khususnya Ketua Polis Negara.

Tentunya saya yakin dan percaya bahawa terdapat arahan yang jelas untuk menghalang rombongan ziarah AMK di mana kemudiannya pimpinan AMK diketuai oleh Saudara Khairul Anuar a.k.a Jonah dan Ramlan Roes, Exco AMK telah dihalang untuk masuk ke kawasan rumah. Sekadar bertukar-tukar ucapan takziah diluar pagar. Mungkin Rosmah Mansor sibuk untuk membebaskan salah seorang pelajar yang ditahan di Mesir sehingga terlupa menziarahi keluarga sendiri !

Shamsul Iskandar Mohd Akin

Comments (0)

BUAT LAPORAN POLIS KERANA DIGANGGU
Selasa, Januari 12, 2010 | Author: Tuk Kiyai

This entry was posted on Selasa, Januari 12, 2010 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.