Sebelum ini. Azmin Ali mendedahkan satu maklumat yang diperolehnya yang mendakwa sebahagian yang dituduh berhubung kes serangan Gereja Metro Tabernacle di Desa Melawati, Kuala Lumpur tempoh hari adalah dari ahli pemuda Umno. Azmin menjelaskan bahawa beliau sedang mengumpul maklumat berkaitan sebelum mendedahkan nama-nama tersebut kepada umum.
Mengapakah dakwaan Azmin yang begitu besar polis tidak mahu ambil keterangan?? Atau memang betul pembakaran gereja tersebut angkara umno?
Kalau sebelum ini maklumat yang tersebar melalui internet yang tidak tahu betul atau salahpun kerajaan BN boleh ambil tindakan inikan pula kenyataan mulut dari Azmin Ali.Bagi saya, kalau isu itu menguntungkan politik umno sudah pasti mereka akan segera mengambil tindakan.
Dalam isu ini, jelas menunjukkan Menteri Dalam Negeri seolah-olah tidak serius untuk menyelesaikan isu ini. Bagi saya, polis sepatutnya menyiasat dakwaan Azmin itu untuk mengetahui sejauhmana kebenaran dakwaan tersebut agar rakyat dapat menilai dan mengetahui siapakah dalang dan jembalang yang sebenarnya.
Kerajaan 1Malaysia dengan KDN yang paling tidak bertanggungjawab terhadap sensitiviti kaum dan agama..
Semasa kejadian katanya "kita akan ambil tindakan tegas kepada sesiapa yang melakukan perbuatan membakar gereja"
Kini bila terkena batang hidung sendiri dan jadi lain pulak dah...menghabiskan duit rakyat bayar gaji dan elaun mereka...yang menyedihkan gaji tu di bayar juga oleh orang Islam dan bukan Islam...
SEDAR-SEDAR LAH DIRI SIKIT.