Klik "LIKE" jika suka TUK KIYAI: ISU SEMASA

Klik "IKUT" untuk teman TUK KIYAI

Sembang & Pesanan

http://tokkiyai.freeshoutbox.net/

UMNO PUNCA KETEGANGAN - MB KELANTAN

Label:

(Foto: MB Kelantan bersama pemimpin lima agama utama negara, Islam, Kristian, Budha, Sikh dan Hindu bertemu dan makan tengahari bersama semalam)

Tok Kiyai setuju 100 peratus dengan kenyataan MB Kelantan yang mengatakan umno adalah punca segala ketegangan di Malaysia. Apa tidaknya. Umnolah yang mengajar umat Islam di negara ini bahawa agama suku politik suku. Berbeza dengan ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w.. Tindakan umno ini jugaklah menyebabkan orang bukan Islam malah orang Islam sendiri semakin jauh dari Islam...

[SINAR HARIAN] KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan ketegangan yang berlaku di negara ini termasuk insiden kepala babi yang dilontarkan di dua masjid di Petaling Jaya semalam sebagai kesilapan besar yang dilakukan UMNO.

Nik Abdul Aziz berkata, perkara itu berlaku disebabkan tindakan UMNO yang mengasingkan politik dan agama sehingga membuatkan generasi muda pada masa kini hilang rasa hormat kepada agama sendiri.

“Saya sebut terang-terang UMNO bertanggungjawab merubah kehormatan agama dalam hati rakyat Islam sendiri. Orang Islam sendiri yang sepatutnya hormat kepada agama tetapi bila UMNO buang agama daripada urusan hidup maka orang Melayu khasnya golongan muda terasa bahawa agama ini hanya satu dua perkara sahaja.

“Yang disebut sembahyang puasa, nikah kahwin, tengok anak bulan, itu sahaja. Akhir sekali orang Melayu sendiri iaitu generasi muda renggang daripada kesucian agama.

“Ini bahaya besar. Ini yang dipikul oleh UMNO dunia akhirat,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas hadir pada Majlis Mahabah Kerajaan Negeri Kelantan bersama Ketua-ketua Agama Negeri Kelantan di sini, semalam.

Beliau berkata, UMNO sepatutnya membuang semangat kebangsaan dan mengambil semangat Islam.

“Yahudi membesar-besarkan Islam ini terrorist (penjenayah), Amerika membesar-besarkan Islam ini terrorist. Itu dia punya pasal. Tetapi Islam sendiri letak Islam ini aktiviti untuk Allah.

“Jadi apabila aktiviti hidup ini untuk Allah, macam mana kita nak asingkan agama daripada kegiatan hidup. Ini kesilapan UMNO di sini. Semua ini berpunca daripada Islam di dalam dasar hidup. Maka ada hidup yang berdasarkan Islam dan ada yang tidak berdasarkan Islam. Ini masalah besar,” katanya.

Terdahulu beliau meraikan lebih 300 ketua-ketua agama di seluruh Malaysia pada majlis tersebut.

Comments (0)

UMNO PUNCA KETEGANGAN - MB KELANTAN
Jumaat, Januari 29, 2010 | Author: Tuk Kiyai

This entry was posted on Jumaat, Januari 29, 2010 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.