Klik "LIKE" jika suka TUK KIYAI: ISU SEMASA

Klik "IKUT" untuk teman TUK KIYAI

Sembang & Pesanan

http://tokkiyai.freeshoutbox.net/

Lagi Mangsa Tembakan Polis Fail Saman RM 1 Juta

Label:

KLANG - Sejak tragedi Aminulrashid mendapat perhatian ramai, semakin ramai individu tampil membuat laporan polis berikutan gelagat polis yang didakwa sewenang-wenang melepas tembakan.

Kali ini, Siti Nasrinda Sumirin, 23, pula membuat pendedahan mendakwa ditembak polis di Klang Ogos tahun lalu dan menyebabkan kecederaan di pinggang manakala satu peluru mengenai tudungnya.

Sehubungan itu, beliau memfail saman RM1 juta lagi kerana mendakwa reputasinya terjejas berikutan kejadian berkenaan.

Beliau menuntut anggota polis yang menembak kepadanya dan tunang, menjalani kerja-kerja khidmat masyarakat selama dua tahun, sebagai pengajaran kepada anggota polis tidak mengulangi tabit itu.

Anggota polis yang didakwa berbuat demikian berpangkat korporal dan konstabel.

Saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam oleh peguamnya, M Manoharan, yang juga ahli dewan undangan negeri Kota Alam Shah.

Dalam tuntutannya, Ketua Polis Daerah Klang, Ketua Polis Selangor dan Ketua Polis Negara, dua anggota polis itu dan kerajaan dinamakan sebagai defendan.

Selain tuntutan RM1 juta, tunang yang kini suaminya juga menuntut bayaran RM500,000.
-tvsel

Comment (1)

Kalaulah undang-undang Islam dilaksanakan, dan polis tersebut didapati bersalah mahunya ditembak di pinggang dia pula.

Jika begini keadaan ini berterusan berlaku di dalam masyarakat awam, suatu hari nanti polis Malaysia mungkin tidak akan dibenarkan menggunakan senjata api dengan mudah lagi.

Lagi Mangsa Tembakan Polis Fail Saman RM 1 Juta
Jumaat, Mei 07, 2010 | Author: Tuk Kiyai

This entry was posted on Jumaat, Mei 07, 2010 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

1 komen:

On 8 Mei 2010 pada 6:38 PG , Tanpa Nama berkata...