Sultan Kelantan Tuanku Ismail Petra malam tadi dimasukkan ke Hospital Universiti Sains Kubang Kerian untuk mendapat rawatan susulan bagi masalah jantung yang dialami baginda.
Kemasukan baginda ke hospital itu adalah di atas pilihan Pemangku Raja Kelantan, Tengku Mohammad Faris Petra.
Petang semalam anakanda ketiga baginda Tengku Mohammad Fakhry Petra pada sidang media menyatakan beliau ingin membawa ayahandanya ke Singapura untuk rawatan lanjut. Bagaimanapun pesawat yang ditempah beliau untuk membawa ayahandanya tidak dibenarkan mendarat di Pengkalan Chepa.
Berita Berkaitan: Fakhry Ditangkap, Tengku Anis Diawasi
Berita Berkaitan: Sultan Kelantan Gagal Berlepas ke Singapura
Comments (0)
Catat Ulasan