Klik "LIKE" jika suka TUK KIYAI: ISU SEMASA

Klik "IKUT" untuk teman TUK KIYAI

Sembang & Pesanan

http://tokkiyai.freeshoutbox.net/

Kes Altantuya - Tiga Pegawai SPRM Akan Bertemu P Balasubramaniam Di London Bulan Depan

Label:

KUALA LUMPUR: Tiga pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan berlepas ke London pertengahan bulan depan untuk mengambil keterangan penyiasat persendirian, P Balasubramaniam berhubung kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Pengarah Siasatan SPRM, Mustafar Ali, berkata ketiga-tiga pegawai Bahagian Siasatan suruhanjaya itu akan bertemu Balasubramaniam di lokasi yang dipersetujui kedua-dua pihak.

Kami sudah memaklumkan supaya beliau (Balasubramaniam) menyediakan apa saja yang berkaitan dengan kes itu, termasuk dokumen yang boleh menyokong keterangannya, katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Baru-baru ini, di Dewan Rakyat, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz, berkata siasatan SPRM berhubung kes itu menjadi sukar kerana lokasi penyiasat persendirian terbabit tidak diketahui.

Berikutan itu, SPRM mengeluarkan kenyataan sedia memenuhi permintaan Balasubramaniam untuk merakam percaka-pannya mengikut lokasi dipersetujuinya, termasuk luar negara.

Setakat ini, hanya kenyataan Balasubramaniam diperlukan bagi membolehkan SPRM melengkapkan kertas siasatan kes itu.

Sehingga kini, SPRM sudah mendapatkan keterangan daripada adik Perdana Menteri, Datuk Mohamad Nazim Razak dan seorang ahli perniagaan, Deepak Jaikishan berhubung isu akuan bersumpah Balasubramaniam mengenai pembunuhan Altantuya.

Mustafar berkata, kerjasama Balasubramaniam diperlukan bagi membolehkan SPRM melengkapkan siasatan dan menyerahkannya untuk pertimbangan lanjut pejabat Peguam Negara.

BHarian

Comments (0)

This entry was posted on Jumaat, Jun 25, 2010 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.