Klik "LIKE" jika suka TUK KIYAI: ISU SEMASA

Klik "IKUT" untuk teman TUK KIYAI

Sembang & Pesanan

http://tokkiyai.freeshoutbox.net/

26 terbunuh bas kemalangan di Simpang Pulai!!

Label:

Saya petik:

[mstar] IPOH: Dua puluh enam orang, kebanyakannya pelancong dari Thailand, terbunuh selepas sebuah bas pesiaran membawa pelancong negara itu terlibat dalam satu kemalangan di Km15, Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai pukul 11.40 pagi tadi. Timbalan Ketua Polis Perak Datuk Zakaria Yusof berkata 22 orang mati di tempat kejadian manakala empat lagi meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital di sini.

Katanya bas dua tingkat itu milik syarikat San Express Holiday yang beribu pejabat di Jitra, Kedah, membawa 37 pelancong Thai manakala pemandu, pembantu pemandu dan pemandu pelancong adalah rakyat Malaysia.

Zakaria memberitahu pemberita di tempat kejadian bahawa polis dan Jabatan Bomba dan Penyelamat yang menerima panggilan tengah hari telah mengerakkan 100 anggota penyelamat dalam operasi menyelamat.

Katanya, ketika kejadian, bas itu sedang dalam perjalanan turun dari Cameron Highlands ke Kuala Lumpur kerana pelancong itu dipercayai akan mengambil penerbangan pulang ke Bangkok.

Zakaria berkata siasatan awal mendapati pemandu bas itu hilang kawalan dan melanggar pembahagi jalan sebelum bas terbabas ke laluan bertentangan dan terbalik di longkang.

Menurutnya, identiti dan jantina mangsa yang terbunuh belum dikenal pasti.- BERNAMA

Comments (2)

Pelik..sungguh pelik kemalangan ini brlaku,mgikut keterangan Timbalan Ketua PolisPerak iaitu Dato Zakaria Yusof,bas dlam perjalanan dr Cameroon Highland menuju Kuala Lumpur,persoalannya knapa pmandu bas tersebut tak ikut jalan Ringlet-Tapah dn msuk lebuhraya PLUS??.Ikut jaln tu kn ke dekat? Knapa nk melencong ikut jalan jauh ke Simpang Pulai-Ipoh kmudian bru ke KL plak?

salam tok..
Allah.... aksi den lagi
takziah untuk keluarga simati...

26 terbunuh bas kemalangan di Simpang Pulai!!
Isnin, Disember 20, 2010 | Author: Tuk Kiyai

|
This entry was posted on Isnin, Disember 20, 2010 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

2 komen:

On 20 Disember 2010 pada 7:18 PTG , wan berkata...

Pelik..sungguh pelik kemalangan ini brlaku,mgikut keterangan Timbalan Ketua PolisPerak iaitu Dato Zakaria Yusof,bas dlam perjalanan dr Cameroon Highland menuju Kuala Lumpur,persoalannya knapa pmandu bas tersebut tak ikut jalan Ringlet-Tapah dn msuk lebuhraya PLUS??.Ikut jaln tu kn ke dekat? Knapa nk melencong ikut jalan jauh ke Simpang Pulai-Ipoh kmudian bru ke KL plak?

On 20 Disember 2010 pada 7:28 PTG , nurmisnan berkata...

salam tok..
Allah.... aksi den lagi
takziah untuk keluarga simati...