Majlis agama Islam atau Mahkamah Syariah sepatutnya mengambil serius kes ini kerana ia melibatkan hukum. Sekiranya perkahwinan kedua si isteri tersebut tidak sah, apakah hukum bagi anak tersebut?
Saya petik:
[KS] ALOR SETAR – Seorang kakitangan kerajaan di sini, Azuan Abu Bakar, 32, terkejut apabila mendapati isterinya yang baru disahkan bercerai dengannya oleh mahkamah semalam rupa-rupanya sudah berkahwin lain dan mendapat anak baru.
Dia yang berasal dari Taman Desa Ilmu dekat Pokok Sena memberitahu, perceraiannya dengan Hasli Azuwa Johari, 21, melalui cara tebus talak sebanyak RM35,000 baru diputuskan oleh Mahkamah Syariah Alor Setar semalam.
Azuan berkata, dia bernikah dengan Hasli Azuwa pada 19 Ogos 2007 dan dikurniakan seorang anak lelaki bernama Amri Helmi yang kini berusia dua tahun enam bulan.
“Tapi pada 11 Februari 2009, isteri saya telah bertindak keluar dari rumah selepas berlaku perselisihan faham dengan saya,” katanya di sini semalam.
Menurut Azuan, dia sebelum ini tidak pernah melafazkan cerai kepada Hasli Azuwa malah isterinya itu keluar dari rumah pun ketika dia tiada di rumah kerana bekerja.
“Sejak itu, dia tidak pulang ke rumah dan saya ada membuat laporan polis mengenai kehilangannya tetapi semalam saya terkejut apabila mendapat tahu dia telah melahirkan seorang bayi lelaki pada 20 Mac lalu,” ujarnya.
Anak automatik
apabila nafsu mengatasi iman terhadap Allah maka fikiran tidak dapat bertindak dilandasan yang betul.....istighfar dan taubat nasuha kpd Allah....pintu taubat sentiasa terbuka & Allah itu Maha Menerima Taubat hambanya.....nikmat dunia hanya sementara.... akhirat nanti tempat yang baqa'.