Klik "LIKE" jika suka TUK KIYAI: ISU SEMASA

Klik "IKUT" untuk teman TUK KIYAI

Sembang & Pesanan

http://tokkiyai.freeshoutbox.net/

Bukan satu tetapi ada 18 video seks "Anwar Ibrahim" - Ummi Hafilda

Label:

Hebat si dara ini. Semuanya dia tahu termasuk dalang pembikinan video lucah itu....

Saya petik:

ALOR SETAR - Bukan satu tetapi 18.

[SH] Itulah jumlah rakaman video seks yang didakwa membabitkan seorang pemimpin pembangkang.

Individu yang mendakwa demikian, Ummi Hafilda Ali berkata, apa yang didedahkan oleh seseorang dikenali sebagai 'Datuk T' kepada wartawan di Hotel Carcosa Seri Negara di ibu negara kelmarin, adalah satu daripada 18 rakaman itu.

"Bukan itu saja, sebenarnya ada lagi," kata Ummi Hafilda, kemudian mengakui beliau tahu siapa dalang di sebalik pembikinan video berkenaan.

Menurutnya, dalam video itu, individu terbabit bukan sahaja melakukan hubungan seks dengan beberapa wanita termasuk pelacur, malahan juga lelaki.:

"Sebenarnya, saya sudah tahu mengenai perkara ini 13 tahun dulu lagi," katanya pada sidang media sejurus selepas permit ceramahnya yang dijadualkan di Dewan Orang Ramai Taman Wira Mergong, di sini, semalam dibatalkan pada saat akhir akibat bantahan Kerajaan Negeri.

Menjawab pertanyaan, Ummi Hafilda berkata, beliau tidak mendedahkan mengenai hal itu sebelum ini kerana masa belum sampai.

"Sekarang adalah masa yang sesuai untuk didedahkan supaya rakyat sedar mengenai tembelang pemimpin berkenaan," katanya.

Ditanya sama ada kemunculan video seks itu ada kaitan dengan pilihan raya Sarawak, Ummi Hafilda berkata, adalah tidak wajar mengaitkan isu itu dengan pilihan raya, kerana yang lebih penting adalah pelaku dan apa yang didedahkan.

Mengulas mengenai penafian Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai pembabitan beliau dalam skandal seks yang didedahkan kelmarin, Ummi Hafilda berkata, Anwar harus bertindak lebih tegas sekiranya individu yang dimaksudkan itu bukan dirinya.

“Jika pelaku itu kata ianya fitnah dan dakwaan itu tidak betul, konon ada konspirasi menjatuhkannya, saya sarankan dia buat laporan polis atau saman malu terhadap Datuk T. Negara kita ada undang-undang dan sistem kehakiman yang telus, biar beliau diadili seadilnya,” katanya.

Ummi Hafilda turut mempertikai keengganan Anwar membuat laporan polis, termasuk menyerahkan sampel profil DNA yang berkaitan dengan perbicaraan kes liwatnya, jika beliau berada di pihak yang benar.

“Usahlah berlakon lagi, jangan asyik putar belit fakta, buktikan diri tidak bersalah. Saya baru dedahkan 40 peratus sahaja apa yang saya tahu, dan banyak lagi bukti lain yang saya ada dan akan didedahkan jika Anwar terus buat helah,” katanya.

Ummi Hafilda turut mencabar Anwar dan Timbalan Presiden PKR yang juga abang kandungnya, Azmin Ali supaya membuat sumpah laknat di masjid bagi membuktikan kebenaran.

“Saya juga ada ‘peluru berpandu’ yang boleh jatuhkan gabungan Anwar-Azmin, namun sebagai adik, saya masih ada perikemanusiaan pada abang saya. Namun jika mereka terus menerus berdegil, saya putuskan untuk buat siri jelajah dan dedahkan dalam ceramah,” katanya.

Comments (0)

This entry was posted on Rabu, Mac 23, 2011 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.