[KD] KUALA LUMPUR: Perbicaraan Fitnah II bersambung semula hari ini dan pendakwa raya dijangka menandakan ketiga-tiga barang yang diperoleh secara tipu helah sebagai bahan bukti (ID) hari ini.
9.28am – Presiden KEADILAN, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail tiba di mahkamah.
9.43am- Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, tiba di mahkamah.
9.47am – Mahkamah mula bersidang. DPP Yusof Zainal Abiden mahu memanggil saksi pendakwa ke-15, bekas Ketua Unit Forensik, Amidon Anan dan saksi pendakwa ke-6, ahli kimia Jabatan Kimia Malaysia, Aidora Saedon untuk memberi keterangan.
Aidora dan Amidon dijangka membantu pihak mahkamah menanda tiga barang yang baru diterima mahkamah sebagai I’d (barang bukti).
Peguam Anwar, Karpal Singh mencelah dan berkata beliau ada memfailkan semakan terhadap keputusan hakim semalam.
Hakim Zabidin berkata beliau tiada menerima sebarang kerana jika benar, sepatutnya sudah ada fail di atas meja beliau pagi ini.
Zabidin minta pendakwa meneruskan memanggil saksi.
Kapral membantah dan berkata jika permohonannya tidak didengar sekarang, ia akan menjadi prejudis kepada kliennya, Anwar Ibrahim.
Akhbar akan menyatakan ‘Lelaki Y’ sebelum ini adalah Anwar jika ketiga-tiga barang bukti itu ditanda sebagai ID.
9.51am: Hakim Zabidin memanggil kedua-dua pendakwa raya dan peguam bela ke dalam kamar hakim untuk berbincang.
10.03am: Sankara Nair memberitahu wartawan hakim akan mendengar permohononan semakan keputusan hari ini.
Comments (0)
Catat Ulasan