Saya petik:
[Kosmo] KUALA LUMPUR – Seorang pelajar Fakulti Perubatan, Kampus Kesihatan,  Universiti Sains Malaysia (USM) di Kubang Kerian, Kelantan kini hidup  dalam keadaan tertekan selepas menerima ugutan daripada seorang  penggodam internet  yang mahu menyebarkan gambar lucah menerusi teknik  pertindihan (superimpose) dirinya. 
 Pelajar tersebut yang hanya mahu dikenali sebagai Devi, 20, menerima  ugutan itu daripada seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai  Rao dan mendakwa bekerja sebagai pereka laman web.
 Devi  memberitahu, dia menerima ugutan tersebut  selepas mengesahkan  permintaan lelaki berkenaan untuk menjadi rakan di  laman sosial  Facebook pada 24 Mac lepas.
Dia mendakwa, selepas itu lelaki berkenaan   bertindak mengambil   gambarnya  yang ada di dalam album di laman sosial itu  serta mencuri  alamat akaun miliknya.
“Lelaki berkenaan  juga  menukar kata laluan akaun alamat laman  carian Yahoo! milik saya hingga membolehkan dia mengakses dan menukar  maklumat peribadi saya sesuka hati,” katanya ketika ditemui di Pejabat   Pengaduan Awam MCA  di  sini semalam.
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 


Comments (0)
Catat Ulasan