Klik "LIKE" jika suka TUK KIYAI: ISU SEMASA

Klik "IKUT" untuk teman TUK KIYAI

Sembang & Pesanan

http://tokkiyai.freeshoutbox.net/

‘Janin’ dalam botol minuman ini

Label:

Saya petik:

[SH] KANGAR - Seorang peniaga dari Felda Mata Ayer dekat sini loya selepas mendapati dua botol air minuman ringan yang dijual di kedainya mempunyai bendasing yang menyerupai janin.

Rodali Ismail, 50, berkata, dia menyedari kewujudan bendasing dalam salah satu botol itu selepas seorang pelanggan meletakkan minuman itu di atas kaunter ketika mahu membuat pembayaran.

Menurutnya, menyedari kewujudan bendasing itu, dia kemudiannya menggantikan botol minuman terbabit dengan yang baru sebelum dijual kepada pelanggan.

“Saya kemudiannya membawa botol itu ke tempat yang lebih terang dan bercahaya bagi membolehkan objek di dalamnya dilihat dengan lebih jelas.

“Apabila diperhati, saya terkejut apabila mendapati dua botol itu mempunyai ketulan-ketulan yang menyerupai janin. Padahal tarikh luput kedua-duanya adalah pada bulan Julai dan September tahun ini,” katanya, semalam.

Rodali berkata, ini adalah kejadian pertama berlaku membabitkan air minuman sejak lebih 10 tahun berniaga.

Katanya, dia sudah berbincang dengan pihak pemborong dan pembekal yang bertanggungjawab menghantar barang ke kedainya dan mereka menawarkan sebanyak 240 botol air minuman yang sama untuk menggantikan dua botol yang rosak itu.

Bagaimanapun katanya, dia tidak bersetuju dengan cadangan pemborong itu sebaliknya memilih untuk memanjangkan perkara berkenaan kepada Jabatan Hal Ehwal Pengguna dan Jabatan Kesihatan Negeri untuk tindakan lanjut.

“Saya akan bawa perkara ini ke peringkat lebih tinggi demi memberi kesedaran kepada pembeli dan orang ramai supaya lebih berhati-hati ketika membeli air minuman dan makanan.

“Ia juga bertujuan memberi amaran kepada pengeluar minuman ini supaya lebih mengambil berat soal kebersihan dan keselamatan dan jangan terlalu mementingkan keuntungan semata-mata,” katanya. 

P/s: Berhati-hatilah dengan makanan dan minuman yang dikeluarkan oleh orang bukan Islam yang tidak bertanggungjawab. 

Comment (1)

sy pernah beli minuman yg sma,ketulan mcm tu ad,tp stelah sy simpan dlm jangka msa yg lama,ketulan tu wujud myb cz suhu d mna minuman tu di simpan..sy rsa,benda tu bkn janin..

‘Janin’ dalam botol minuman ini
Rabu, Mei 18, 2011 | Author: Tuk Kiyai

|
This entry was posted on Rabu, Mei 18, 2011 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

1 komen:

On 18 Mei 2011 pada 11:52 PG , nik berkata...