Saya petik:
[TMI] PETALING JAYA, 19 Mei — Pendaftar Pertubuhan (RoS) mendakwa PKR telah melanggar perlembagaan sendiri apabila memutuskan untuk memecat seorang ahlinya tanpa didengar oleh lembaga disiplin lebih dua tahun lalu, ketika pilihan raya kecil Bukit Selambau.
Bagaimanapun PKR mendakwa peruntukan dimaksudkan RoS tidak wujud dalam perlembagaanya dan menegaskan agensi Kementerian Dalam Negeri itu bertindak dengan niat jahat menjelang pilihan raya umum ke-13.
Pilihan raya umum tergempat disebut-sebut akan diadakan Julai ini.
Surat dikeluarkan Pendaftar Pertubuhan Datuk Abdul Rahman Othman bertarikh 9 Mei menyebut PKR telah melanggar Fasal 32.2.1 Perlembagaan PKR dengan memecat A. Rajagopal pada 1 April 2009 dan 27 April 2009 tanpa disiasat dan didengar oleh lembaga disiplin.
Malah dalam suratnya, Abdul Rahman berkata, di bawah Seksyen 13 (2) Akta Pertubuhan, RoS akan membatalkan pendaftaran PKR selepas 9 Jun ini melainkan ia memberikan alasan memuaskan.
Pada sidang media di sini tengah hari ini, Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail berkata, Fasal 32 tiada subseksyen dan ia juga bukan berkaitan dengan prosedur disiplin.
“Ia hanya mengatakan bahawa sekiranya ada sebarang pertikaian dalam interpretasi perlembagaan atau perkara-perkara berkaitan kongres nasional, intepretasi majlis pimpinan pusat akan diambil kira sebagai muktamad,” kata Saifuddin.
Comments (0)
Catat Ulasan