Klik "LIKE" jika suka TUK KIYAI: ISU SEMASA

Klik "IKUT" untuk teman TUK KIYAI

Sembang & Pesanan

http://tokkiyai.freeshoutbox.net/

CERITA/BERITA TERKINI

[PANAS] Umno Terdesak, 2,000 Warga Asing Diberi Hak Mengundi Di Selangor - PKR

Label:

Saya petik:

[TVS] PETALING JAYA 10 MEI : Parti Keadilan Rakyat hari ini mendedahkan usaha terbaru Umno-Barisan Nasional mendapatkan kewarganegaraan Malaysia untuk rakyat asing yang dikenalpasti akan mengundi parti itu pada pilihanraya umum akan datang.

Di Hulu Selangor, Ketua Bahagian Umno Datuk Idris Abu Bakar mengemukakan senarai 2,000 warga asing kepada Menteri Dalam Negeri Hishamuddin Hussein untuk diberikan sijil kewarganegaraan bagi tujuan berkenaan, kata Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin.

Surat bertarikh 23 Mac itu antara lain memaklumkan Hishamuddin bahawa pihaknya telah mngenalpasti 2,000 warga asing sebagai "bakal pengundi" yang boleh memenangkan Barisan Nasional di Hulu Selangor pada PRU 13.

"Mereka adalah dari kalangan pelajar, usahawan tulen dan yang berkerjaya (yang) akan memenangkan BN pada setiap pilihanraya , khususnya pada PRU-13," tambah surat itu yang diedarkan kepada wartawan.

Zuraida berkata surat itu dibocorkan oleh seorang pegawai kakitangan awam yang tidak tahan dengan penipuan yang berlangsung.

"Saya tidak boleh sebut bagaimana kita boleh dapat surat ini dan surat ini bukan sahaja (sampai) di pejabat KDN, malah ianya telah disampaikan kepada satu syarikat agensi pekerja asing yang mana agensi itu akan menguruskan nama-nama yang disenaraikan untuk mereka ini diberikan kewarganegaraan bagi menjadi pengundi pada PRU 13," katanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak minggu lalu mengarahkan Umno Selangor untuk menawan semula Selangor dengan menggunakan apa jua senjata pada PRU-13 yang dijangka diadakan pada tahun ini atau awal tahun depan.

Pemberian kad pengenalan Malaysia kepada warga asing dikatakan berleluasa di Sabah di bawah pemerintahan Tun Mahathir Mohamad sebagai cara berkesan untuk memastikan BN terus berkuasa di negeri itu. Adalah dipercayai hampir 600,000 warga asing menerima kad pengenalan dan hak untuk mengundi menerusi operasi sulit yang membabitkan agensi-agensi persekutuan.

Naib Presiden PAS Mahfuz Omar sebelum ini mendedahkan bahawa Jabatan Pendaftaran Negara dan agensi berkaitan bersekongkol dengan Umno untuk mendaftarkan warga asing "secara senyap' di Lembah Kelang sekitar negara untuk diberikan kad pengenalan Malaysia.

Mahfuz menjelaskan, berdasarkan maklumat yang disampaikan kepadanya, terdapat beberapa 'program' yang diadakan khusus untuk warga asing ini yang kebanyakannnya warga Indonesia dan Kemboja bagi membolehkan mereka memperolehi kad pengenalan.

Zuraida berkata beliau akan membuat laporan polis esok terhadap Idris dan Hishammuddin.

"Kita mahu hantar mesej kepada Najib mengatakan pegawai kerajaan tidak lagi seratus peratus di belakang beliau. Politik ugut tidak lagi relevan. Jadi kita sudah ada penyokong kita ramai di mana sahaja. Apa pun yang dia (Umno-BN) mahu buat tidak akan berjaya kerana kita sudah ada rakyat Malaysia yang matang politik.

Minggu lalu beberapa wakil rakyat Selangor mendedahkan pemindahan ratusan pengundi dari satu kawasan ke kawasan lain menggunakan alamat palsu semata-mata untuk memperkuatkan sokongan bagi kerusi-kerusi yang dijangka akan ditandingi oleh Umno pada PRU akan datang.

Contohnya SPR memindahkan pengundi dari DUN Teratai ke DUN Chempaka dengan menggunakan alamat bermastautin yang dipalsukan.

Mereka yang dipindahkan adalah ahli dan penyokong Umno dan menyenaraikan dewan orang ramai sebagai alamat bermastautin di kawasan mengundi baru.

Comment (1)

PEMIMPIN UMNO DAN PENCACAI MEREKA mungkin telah Allah takdirkan untuk wujud di negara ini bagi tujuan untuk mencelakakan negara ini.

This entry was posted on Selasa, Mei 10, 2011 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

1 komen:

On 10 Mei 2011 3:31 PTG , Tanpa Nama berkata...