KEJI dan KEJAM- Waterboarding, cara penyiksaan purba yang juga dipakai Amerika Syarikat untuk mendapatkan informasi dari musuh , dan akhirnya berhasil menjejaki Osama ben Laden.
WASHINGTON – Bekas Wakil Presiden Amerika Syarikat, Dick Cheney , mendesak pemerintah negaranya untuk memakai cara keji bagi mencungkil rahsia daripada musuh mereka yang ditangkap.
Cara keji itu misalnya waterboarding, yakni mengikat tubuh tahanan di papan dengan mata tertutup, kemudian dituang air kemuka yang ditutup sehingga lemas.
Bekas Menteri Pertahanan Donald Rumsfeld, juga dari regim Presiden George W Bush. Rumselfd memuji penggunaan kaedah itu yang disebutnya sebagai "cara pemeriksaan disempurnakan" , dan menghasilkan "kejayaan besar ," begitu keterangan inteligen AS tentang Al Qaeda . Cara itu berhasil mengesan Osama bin Laden.
Presiden Barack Obama melarang cara zalim seperti itu, dan menyamakannya dengan penyiksaan. Ia menyebutnya sebagai representasi semua kesalahan dari "perang melawan pengganas" zaman regim Bush.
Dick Cheney, dalam temubualnya dengan Fox News Sunday, menyatakan, pegawai tinggi inteligen mengatakan bahwa beberapa keterangan awal, yang membantu mereka menemukan Osama, melalui cara keras pemeriksaan seperti itu ke atas ahli Al-Qaeda yang tertangkap.
Rumsfeld menyatakan, tiga bekas pengarah CIA -George Tenet, Porter Gross, dan pesara Jenderal Michael Hayden- menyatakan CIA menggunakan semua cara "waterboarding" ketika soalsiasat ke atas ahli Al-Qaeda yang ditawan dan mereka berjaya mendapatkan maklumat penting .
Kaedah "Waterboarding dan semua cara lain, yang digunakan, kami telah praktikkan dalam melatih orang kami," katanya. "Itu yang kami lakukan bertahun-tahun terhadap tentera kami dan untuk menyatakan bahawa itu penyiksaan saya fikir tidak."
Mangsa tahanan, yang ditahan di penjara Guantanamo membocorkan rahsia mengenai orang kuat Osama iaitu Abu Ahmed al-Kuwaiti. Demikian seperti yang disiar di laman pembocor WikiLeaks.
Al-Kuwaiti diketahui sebagai anak didik Khalid Sheikh Mohammed dan pembantu Abu Faraj al-Libbi, orang kuat Al-Qaeda. Beberapa pegawai Parti Republikan dan pemerintahan Bush menyatakan, pasangan itu mungkin membocorkan rahsia penting tentang jati diri Kuwaiti setelah mengalami siksaan yang kejam.
Sumber: indah.com
Comments (0)
Catat Ulasan