Klik "LIKE" jika suka TUK KIYAI: ISU SEMASA

Klik "IKUT" untuk teman TUK KIYAI

Sembang & Pesanan

http://tokkiyai.freeshoutbox.net/

Drama liwat II: Lima "Ekor Katak Politik" sedia jadi saksi

Label:

Ezam antara bekas orang kanan mahu jadikan mahkamah medan jawab segala fitnah

KUALA LUMPUR: Beberapa bekas orang kanan Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam menyatakan kesediaan mereka untuk menjadi saksi pembelaan bagi kes liwat yang sedang dihadapi ketua pembangkang itu.

Antara mereka ialah bekas Setiausaha Politik Anwar yang juga Ahli Dewan Negara, Ezam Mohd Noor; bekas setiausaha sulitnya, Anuar Shaari; bekas pegawai khas, Rahimi Osman; bekas Ahli Majlis Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), N Gobalakrishnan dan Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong.
Ezam, yang juga Ahli Dewan Negara, berkata ini memang masa yang ditunggu-tunggu kerana mahkamah adalah medan menjawab segala fitnah yang dilemparkan terhadap beliau dan beberapa rakan seangkatan yang sudah meninggalkan Anwar.

“Sebelum ini ramai yang beranggapan kami meninggalkan Anwar kerana disogok dengan habuan tertentu dan pelbagai tohmahan lain, hakikatnya kami meninggalkan Anwar disebabkan kami tahu adalah haram bertuankan seorang yang rendah moral,” katanya ketika dihubungi semalam.

Anuar berkata, beliau menawarkan diri untuk dipanggil menjadi saksi kerana beliau cukup tahu minat dan kecenderungan Anwar.

“Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor tidak relevan untuk dipanggil peguam bela kerana mereka tidak ada kena mengena dengan kes liwat itu. Anwar hanya mahu mempolitikkan kes ini dengan menggunakan media.

“Anwar mahu menemu ramah Najib dan Rosmah supaya beliau dapat mempolitikkan keputusan mahkamah di dalam dan luar negara dan pasti akan memburukkan sistem kehakiman negara jika ia tidak memihak kepadanya,” katanya.
Rahimi berpendapat tujuan Anwar mahu menemubual Najib dan Rosmah adalah cubaan untuk mempolitikkan isu dan perbicaraan liwat yang dihadapinya.

Katanya, Anwar hanya mahu memburuk-burukkan sistem kehakiman negara dan beliau tidak akan sekali-kali menyalahkan kerakusan nafsu songsangnya dalam hal itu.

Gobalakrishnan yang juga Ahli Parlimen Padang Serai, berkata beliau juga bersedia menjadi saksi kepada pasukan pembela berbanding Najib dan Rosmah.

“Saya cukup mengenali Anwar dan Saiful Bukhari, malah saya mengenalinya lebih daripada Najib dan Rosmah dan melalui saya banyak yang mahkamah boleh dapatkan,” katanya.

Choo Keong pula berkata, beliau juga mempunyai banyak maklumat yang boleh membantu dan bersedia menjadi saksi pembelaan.

“Saya juga menjadi saksi ketika Rahimi diarahkan untuk menandatangani pengakuan bersumpah pada 29 Jun 2008 dan saya tidak perlu rasa takut,” katanya. -bharian

Comments (2)

hukum islam saksi mesti 4 orang, katak katak malaysia ada 5 orang, kira sudah sah la untuk bersaksi. tazpi sekarang masaalah nya mereka ini bukan manusia, tapi katak katak onggggg

Kalau dah banyak sangat maklumat pergilah jadi saksi pihak pendakwaraya.

Barang kali pihak pendakwaraya dah nampak dah, kredibiliti lima ekor ini akan menyebabkan barisan pendakwa tumpas gila babi. Mana taknya jika ditanya berapa jumlah wang perpindahan yang dibayar oleh pihak Najib agar mereka boleh beraksi di pihaknya, dah tentu terketar-ketar mangkuk-mangkuk itu nak menjawabnya. Kau nak pulas mana? Jika Karpal tak tanya, anaknya akan tanya... bisanya tetap sama.

Drama liwat II: Lima "Ekor Katak Politik" sedia jadi saksi
Rabu, Ogos 10, 2011 | Author: Tuk Kiyai

This entry was posted on Rabu, Ogos 10, 2011 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

2 komen:

On 10 Ogos 2011 pada 3:46 PTG , pasulukinta berkata...

hukum islam saksi mesti 4 orang, katak katak malaysia ada 5 orang, kira sudah sah la untuk bersaksi. tazpi sekarang masaalah nya mereka ini bukan manusia, tapi katak katak onggggg

On 10 Ogos 2011 pada 7:02 PTG , Tanpa Nama berkata...