Klik "LIKE" jika suka TUK KIYAI: ISU SEMASA

Klik "IKUT" untuk teman TUK KIYAI

Sembang & Pesanan

http://tokkiyai.freeshoutbox.net/

CERITA/BERITA TERKINI

Fitnah II: Musa Hassan dan Rodhwan enggan ditemuramah peguam jika Anwar ada

Label:

SHAH ALAM, 9 OGOS: Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan bekas Ketua Polis Melaka, Datuk Mohd Rodhwan Mohd Yusof enggan ditemuramah peguambela, jika Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir sama pada sesi temubual kes fitnah liwat II.

Anwar melalui laman Twitternya sebentar tadi memetik peguam Karpal Singh bahawa "tertuduh boleh hadir semasa sesi temuramah dengan saksi- saksi pembelaan".

Walau bagaimanapun menurut Anwar, Timbalan Pendakwaraya yang diketuai oleh Datuk Yusof Zainal Abidin akan merujuk kepada hakim mengenai perkara tersebut.

Bercakap kepada media di perkarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam, Karpal menegaskan bahawa tertuduh berhak dan akan hadir ketika pasukan peguambela menemuramah saksi- saksi.

Perkara tersebut turut disahkan Anwar yang menyatakan bahawa beliau akan menghadirkan diri pada sesi temuramah itu.

Hakim Zabidin Mohd Diah pada sebelah pagi mengumumkan bahawa pendakwaraya perlu menyediakan saksi-saksi yang telah ditawarkan kepada pasukan peguambela untuk ditemuramah.

Namun perkara yang mengelirukan apabila arahan tersebut turut menyatakan bahawa tindakan menemuramah saksi-saksi itu bergantung kepada kerelaan individu.

Tv Selangor kini masih cuba menghubungi peguam Sankara Nair untuk mendapatkan penjelasan lanjut.  -tvsnews

Comment (1)

Kenapa mereka ini amat takut untuk berdepan dengan DSAI ? Guilty contious? or their conscience not clear?

This entry was posted on Selasa, Ogos 09, 2011 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

1 komen:

On 9 Ogos 2011 1:33 PTG , Tanpa Nama berkata...