Klik "LIKE" jika suka TUK KIYAI: ISU SEMASA

Klik "IKUT" untuk teman TUK KIYAI

Sembang & Pesanan

http://tokkiyai.freeshoutbox.net/

CERITA/BERITA TERKINI

Gadis 15 tahun tipu diculik rupa-rupanya berasmara di bilik hotel

Label:

Gambar hiasan

Saya petik:
[BH] KANGAR: Tindakan kreatif seorang remaja perempuan berusia 15 tahun yang 'mencipta, penculikan sendiri' membawa padah apabila dia dicekup bersama empat remaja lelaki termasuk teman lelakinya sendiri, malam Sabtu lalu.

Difahamkan tindakan remaja perempuan terbabit yang juga pelajar sebuah sekolah menengah agama di Ayer Hitam, Kedah, semata-mata untuk membolehkannya meluangkan masa bersama teman lelakinya itu, tanpa diganggu ibu serta bapa angkatnya yang menetap di Simpang Empat, di sini.

Remaja terbabit dikatakan sanggup mencipta plot tersendiri dalam kisah penculikan terbabit seolah-olah kejadian itu berpunca daripada dendam lama antara penculik dan juga bapa angkatnya, 53.

Malah, untuk menguatkan lagi kisah itu, remaja terbabit turut menghantar SMS kepada telefon bimbit milik bapa angkatnya menggunakan talian tidak dikenali, yang antara lain turut mengandungi ugutan bunuh jika kejadian culik terbabit dilaporkan kepada polis.

Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Abdul Rahman Mohd Noordin berkata, penahanan remaja perempuan berkenaan selepas dia ditemui bersama teman lelakinya di sebuah bilik hotel di Jitra, kira-kira 24 jam selepas dia dilaporkan hilang pada malam Jumaat lalu.

Katanya, selain remaja perempuan turut ditahan empat remaja lelaki berusia antara 16 dan 19 tahun termasuk teman lelakinya itu, untuk membantu siasatan berkaitan kes culik termasuk dakwaan rogol ke atas remaja perempuan berkenaan.

“Kita percaya remaja perempuan terbabit bukan saja merancang penculikan dirinya, malah SMS yang dikirim kepada telefon bimbit milik bapa angkatnya itu juga disyaki turut dilakukannya sendiri.
“Malah, hasil siasatan juga mendapati helah terbabit sengaja dirancang remaja perempuan berkenaan bagi mengaburi keluarga angkatnya supaya tidak mencarinya yang ingin bersama salah seorang suspek di situ,” katanya.

Abdul Rahman berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 364 Kanun Keseksaan membabitkan kesalahan menculik dengan tujuan membunuh atau menyebabkan kematian.

“Selain itu, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jitra juga sedang menyiasat empat remaja lelaki terbabit mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol,” katanya.

Comments (0)

Gadis 15 tahun tipu diculik rupa-rupanya berasmara di bilik hotel
Rabu, Januari 25, 2012 | Author: Tuk Kiyai

|
This entry was posted on Rabu, Januari 25, 2012 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.