Gambar: Khoo Gin Seong
Sebelum ini, seorang ahli perniagaan, Khoo Gin Seong (gambar) membuat laporan polis mendakwa beliau telah dipukul oleh polis mabuk yang berpakaian preman di Bukit Sentosa. Baca selanjutnya di sini.
Berita di bawah ini pula adalah penafian polis terhadap kes tersebut. Anda nilailah sendiri...
[BH] KUALA LUMPUR: Polis menafikan dakwaan seorang ahli perniagaan kononnya dipukul sekurang-kurangnya empat anggota polis berpakaian preman hingga gigi tercabut selain mengambil wang tunai RM1,000 milikinya hasil judi di sebuah restoran di Bukit Sentosa, Hulu Selangor, malam Jumaat lalu.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Affandi sebaliknya menegaskan, mangsa yang dikenali sebagai Khoo Gin Seong, 44, ditahan kerana menimbulkan kekecohan dalam keadaan mabuk sambil memecahkan meja restoran menggunakan gergaji.
Malah, katanya, dakwaan mengatakan polis mengambil RM1,000 miliknya adalah tohmahan dan tidak berasas sama sekali.
Beliau berkata, polis menerima panggilan daripada pemilik restoran meminta bantuan menghantar anggota berikutan berlaku kekecohan di kedainya sebelum seorang anggota polis berpangkat koperal bergegas ke lokasi kejadian.
“Sebaik tiba di restoran berkenaan, anggota terbabit mendapati pengadu bersama beberapa rakannya dalam keadaan mabuk dan menjerit sambil memukul meja menggunakan gergaji.
“Bimbang perkara buruk berlaku, anggota polis berkenaan tidak mendekati pengadu dan menunggu beberapa anggota lain sampai sebelum menangkap pengadu.
“Ketika tangkapan dibuat, berlaku pergelutan kerana pengadu bertindak melawan sebelum polis membawanya ke balai.
“Bagaimanapun, seorang anggota polis berpangkat koperal tidak ikut serta ke balai polis kerana perlu mendapatkan keterangan daripada pemilik restoran, namun tidak mengambil wang hasil perjudian pengadu sebanyak RM1,000 seperti didakwa,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Portal berita semalam melaporkan ahli perniagaan itu membuat laporan polis, awal pagi kelmarin, mendakwa dipukul sekurang-kurangnya empat anggota polis berpakaian preman di Bukit Sentosa.
Katanya, seorang anggota polis dikenali sebagai Mansur, bertindak memukulnya ketika sedang minum dan bermain judi kira-jam 9 malam, selain turut mendakwa wang RM1,000 yang dimenanginya dalam permainan judi kad, dicuri.
Di BUKIT BERUNTUNG, Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Deputi Superintendan Zulkifli Bedin, berkata polis menerima empat laporan berhubung kes itu.
Beliau berkata, dua laporan diterima daripada dua anggota polis terbabit pada Jumaat dan kelmarin, masing-masing satu laporan daripada pemilik restoran dan pengadu, juga kelmarin.
P/s: Hanya orang yang berada dilokasi kejadian mungkin tahu cerita sebenar....Bawa kes ini ke mahkamah. Panggil saksi-saksi yang melihat kejadian tersebut. Baru rakyat tahu siapa yang kelentong sama ada polis atau mangsa. Jangan jadi seperti lelaki ini sehingga lebam matanya. Imej polis perlu dibersihkan daripada anggota yang tidak bermoral....
Kalau Melayu pun mereka (polis) belasah dalam Bersih 2.0, inikan lagi Cina. Marilah ramai-ramai kaum Cina menyokong MCA/UMNO, semoga hidup kamu akan lebih bahagia di bawah pemerintahan MCA/UMNO dan Polis (komponen UMNO), dulu, kini dan selamanya.......