Saya petik:
DAP persoal ‘keimanan’ Hasan
[SH] SHAH ALAM – Seorang pemimpin kanan DAP mempersoalkan ‘keimanan’ bekas Naib Presiden Pas, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali kerana tindakannya melempar tuduhan yang dianggap melulu terhadap Pakatan Rakyat (PR).
Timbalan Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw berkata, jika Hasan seorang yang baik dan beriman, beliau tidak menuduh PR bercita-cita, mahu menjadikan Malaysia negara republik, sekali gus menggugurkan Perkara 153 Perlembagaan Negara yang menjamin hak dan keistimewaan orang Melayu.
“Tuduh itu tidak logik, jauh panggang dari api. Dia hanya mahu mengapi-apikan sentimen rakyat supaya membenci PR,” tegasnya.
“Sekarang dia cakap ikut sedap mulut saja, tipu orang sana sini, seolah-olah dia tahu semua perkara. Orang macam ini tak boleh pakai sebab suka menipu,” katanya Ahli Parlimen Kepong itu.
Menurutnya, jika Hasan seorang yang beriman, beliau tidak akan melemparkan tuduhan melulu serta tidak berasas terhadap orang lain.
“Saya mewakili DAP menafikan tuduhan beliau. Kita semua tahu kenapa dia dipecat.
“Kalau Pas sendiri pecat Hasan, kita pun tahu Hasan jenis orang macam mana dan sekarang siapa dia untuk bercakap tentang Pas? Beliau tidak ada jawatan lagi dalam Pas dan kenyataannya tidak menggambarkan kenyataan parti itu,” tegasnya.
Seng Giaw berkata, bukan sahaja Pas, malah DAP dan PKR juga berjuang pertahankan Perlembagaan Negara.
“Hasan hendak cari populariti sebab itulah tuduh kami macam-macam. Sekiranya PR berjaya menawan Putrajaya, keutamaan kami adalah mempertahankan kedaulatan undang-undang, bukan meminda.” katanya.
Sementara itu, Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu berkata, Hasan tidak layak bercakap mengenai hal itu kerana beliau anggota Pas.
“Saya tidak mahu ulas lagi mengenai dakwaan, kononnya PR berhasrat menggugurkan Perkara 153 dan menubuhkan negara republik.
“Kalau hendak tahu lagi mengenai perkara ini, tanya Hasan sahaja. Saya tidak mahu cakap,” katanya.
Menurutnya, sebagai bekas ahli Pas, kenyataan Hasan tidak patut diulas oleh pemimpin parti itu.
P/s: Memalukan Melayu Islam sahaja...
Salam, Tok Kiyai. Seorang kafir boleh mempersoalkan keimanan seorg Islam? Apa yg org itu tahu berkenaan iman seorg muslim? Ia seumpama seorg kafir menghalalkan sesuatu padahal apa yg dia tahu pasal halal haram? Kita nak berpolitik ni, nak berblog nih, iman dan aqidah jgn tinggal. Jgn la dihina sangat saudara seagama kita hingga kan kafir hina dia, kita sokong bulat2... Sejahat2 seorg Muslim, selagi dia tidak meninggalkan iman dan aqidah dia, in sha Allah, setelah segala dosanya berbayar dgn azab neraka, ke syurga juga dia akan berada selama-lamanya. Tapi tidak bagi seorg kafir dan murtad...
Peringatan ni utk diri saya juga...