Klik "LIKE" jika suka TUK KIYAI: ISU SEMASA

Klik "IKUT" untuk teman TUK KIYAI

Sembang & Pesanan

http://tokkiyai.freeshoutbox.net/

Pelajar & Guru Terperangkap Dalam Banjir Kilat Di Serdang

Pasukan Bomba dan Penyelamat terpaksa menggunakan bot untuk memindahkan mangsa banjir di Taman Sri Serdang pada malam Selasa

[mStar] KUALA LUMPUR: Kira-kira 600 pelajar dan 23 guru dari dua buah sekolah di Taman Sri Serdang dekat sini, terpaksa diselamatkan pasukan bomba dan penyelamat selepas terperangkap dalam kejadian banjir kilat pada Selasa.

Hujan lebat selama dua jam sejak pukul 4.30 petang itu menyebabkan air dari longkang besar di kawasan berkenaan melimpah sehingga setinggi 1.5 meter dan menenggelamkan 100 kenderaan milik penduduk dan 30 milik guru di Sekolah Kebangsaan Sri Serdang dan Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Indah.

Tinjauan Bernama setakat pukul 8 malam tadi mendapati pelajar dan guru sesi petang dua buah sekolah berkenaan masih terperangkap. Menurut Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor Mohd Sani Harul, operasi menyelamat dan memindahkan pelajar serta guru sedang giat dijalankan.

"Satu jentera dari Balai Bomba Serdang bersama-sama tujuh anggota digegas ke kawasan banjir untuk operasi itu," katanya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Bernama malam Selasa.

Mohd Sani berkata laporan awal mendapati banjir kilat itu melibatkan kawasan sekolah dan beberapa kawasan perumahan di sekitar Seri Kembangan, Jalan Serdang Jaya dan kawasan Kajang.

Sementara itu, Pengerusi Rukun Tetangga Taman Sri Serdang Khalid Lambak berkata air mula surut sejak pukul 7 malam tadi, dan kebanyakan penghuni rumah yang terjejas sibuk membersihkan rumah mereka.

Sementara itu, jurucakap Trafik Bukit Aman ketika dihubungi, berkata banjir kilat mengakibatkan kesesakan sepanjang 15 kilometer dari ibu kota menghala ke selatan sejak pukul 5.30 petang Selasa.

Katanya kesesakan berpunca daripada penutupan jalan di Km 305 Lebuhraya Utara Selatan menghala ke Seremban.

Laluan hanya akan dibuka semula selepas banjir surut dan pengguna diminta menggunakan jalan alternatif untuk ke Bangi dan Kajang, katanya. -BERNAMA

Comments (0)

Pelajar & Guru Terperangkap Dalam Banjir Kilat Di Serdang
Rabu, September 05, 2012 | Author: Tuk Kiyai

|
This entry was posted on Rabu, September 05, 2012 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.