Klik "LIKE" jika suka TUK KIYAI: ISU SEMASA

Klik "IKUT" untuk teman TUK KIYAI

Sembang & Pesanan

http://tokkiyai.freeshoutbox.net/

'Jangan kata polis anjing kepada kerajaan'

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengamalkan dasar berkecuali dalam semua tindakan dan operasinya serta sama sekali tidak menyebelahi mana-mana parti politik ketika melaksanakan tanggungjawab.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Bakri Zinin juga menegaskan dasar itu dipegang PDRM dalam menghadapi pilihan raya umum.

"Jadi janganlah bercakap kita ni 'anjing' kepada kerajaan atau bagai 'lembu dicucuk hidung' yang ikut sahaja telunjuk orang-orang tertentu dalam mencapai sesuatu hasrat.

"Ini kerana institusi kepolisan ini telah wujud sejak 206 tahun dan telah menunjukkan profesionalisme dari segi mengambil tindakan," katanya kepada Bernama dalam temu bual mengenai persiapan PDRM menghadapi pilihan raya umum ke-13 (PRU13), di sini.

Katanya mereka yang menuduh sedemikian perlu bertanggungjawab dan membuktikan PDRM sebagai 'alat kerajaan'.

Mohd Bakri berkata sikap berkecuali juga diamal PDRM ketika melakukan siasatan berhubung sebarang kes dan penyiasatan dilaksana tanpa rasa takut atau dipengaruhi mana-mana pihak.

Segala hasil siasatan termasuk yang membabitkan ahli politik, akan diserah kepada Peguam Negara dan merekalah yang menentukan sama ada perlu didakwa atau sebaliknya, katanya.

"Kita (PDRM) tak berhak dan (tidak) mempunyai kuasa (buat keputusan). Di sini sudah nampak kita telus," katanya.

Mengenai persediaan menghadapi PRU13, Mohd Bakri berkata PDRM diberi latihan dan kursus khas termasuk 'ex ballot III' bagi memastikan mereka dapat melaksanakan tanggungjawab dengan baik ketika proses itu berlangsung.

"Dari sudut penyiasatan pula, kita telah menjalankan kursus-kursus 'in service' berdasarkan kepada keperluan dalam pilihan raya," katanya.

Mohd Bakri berkata pegawai dan anggotanya telah dilatih dan bersedia sejak empat bulan lepas bagi menghadapi pilihan raya umum kali ini.

"Kita juga telah berbincang dengan Suruhanjaya Pilihan Raya dan Jabatan Peguam Negara berkaitan dengan langkah-langkah dan tindakan kita bersama mereka," katanya.

Sebanyak 112,000 anggota polis akan terlibat bertugas pada PRU13. - Bernama

P/s: Hahaha...Apa komen anda?

Comments (4)

Hahahahahahahahahaha. adoi sakit perut kenhyataan Bakri Zinin. Bakri Zini kata mereka bersih dan berkecuali. hahahahahahahahahah. Sepanjang tahun2 berikutan PRU 2008 telah terbukti Bakri Zinin pembohong. Rakyat bukan lembu, rakyat nampak dan boleh nilai situasi. Dari itu jangan cuba perlembukan rakyat. Hari ini ada ALTERNATIVE MEDIA.

segala tindak tanduk kitalah yang akan menentukan kita adil dalam tugas seperti yang diperintahkan oleh Allah arahan manusia hanya panduan saja yang penting tunaikan keadilan seperti yang dituntut oleh Allah.

Cerah harapan jadi KPN.....

kesian kt tok2 polis kita, dicaci, dikeji, dihina seolah-olah teruk sngt diorunk nih..jasa dan pengorbanan mereka nie seolah-olah xdihargai..kesiannn...

'Jangan kata polis anjing kepada kerajaan'
Rabu, Februari 27, 2013 | Author: Tuk Kiyai

|
This entry was posted on Rabu, Februari 27, 2013 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

4 komen:

On 27 Februari 2013 pada 5:16 PTG , Tanpa Nama berkata...

Hahahahahahahahahaha. adoi sakit perut kenhyataan Bakri Zinin. Bakri Zini kata mereka bersih dan berkecuali. hahahahahahahahahah. Sepanjang tahun2 berikutan PRU 2008 telah terbukti Bakri Zinin pembohong. Rakyat bukan lembu, rakyat nampak dan boleh nilai situasi. Dari itu jangan cuba perlembukan rakyat. Hari ini ada ALTERNATIVE MEDIA.

On 27 Februari 2013 pada 6:06 PTG , Tanpa Nama berkata...

segala tindak tanduk kitalah yang akan menentukan kita adil dalam tugas seperti yang diperintahkan oleh Allah arahan manusia hanya panduan saja yang penting tunaikan keadilan seperti yang dituntut oleh Allah.

On 27 Februari 2013 pada 9:22 PTG , Tanpa Nama berkata...

Cerah harapan jadi KPN.....

On 28 Februari 2013 pada 12:09 PG , Unknown berkata...