PETALING JAYA: Penyanyi dan komposer, Yasin Sulaiman
menganggap komen ugutan bunuh dan fitnah yang diterimanya menerusi
YouTube sebelum ini sudah selesai apabila individu tersebut telah
memohon maaf kepadanya menerusi ruangan komen laman itu.
Yasin, 39, berkata, dia telah pun memaafkan kedua-dua individu
tersebut dan menganggap mereka tidak faham maklumat sebenar yang ingin
disampaikannya menerusi lagu Reformasi yang dimuat naik ke YouTube.
"Saya tidak mahu memanjangkan isu itu apabila individu tersebut telah
pun memohon maaf di ruang komen lagu tersebut di YouTube dan saya telah
pun memaafkan mereka.
"Mereka mungkin tidak faham tentang maklumat sebenar yang ingin saya
sampaikan sehingga menyebabkan mereka bertindak melulu mengugut saya,"
jelasnya ketika dihubungi mStar Online di sini pada Isnin.
Yasin menerima mesej ugutan menerusi akaun YouTube miliknya selepas dia memuat naik lagu Reformasi nyanyiannya yang dicipta khas sempena Konvensyen Pakatan Rakyat ke-4 yang berlangsung pada 25 Februari lalu.
Mesej berkenaan yang ditulis oleh individu bernama ‘Azzali Abdul
Aziz’ antara lain mengugut untuk memijak-mijak penyanyi itu sehingga
lumat manakala 'Pencinta Muzik’ pula berkata, Yasin patut dibunuh.
Dalam pada itu, Yasin berkata, dia juga telah membatalkan hasrat
untuk membuat laporan polis berhubung isu itu dan berharap kedua-dua
individu berkenaan sedar akan kesilapan mereka sebelum ini.
Dalam perkembangan lain, Yasin dia baharu sahaja melancarkan sebuah ‘single’ bersama penyanyi Faizal Tahir berjudul Berani selain melakukan kolaborasi dengan Maya Karin dalam lagu Demi Masa Ini. -mStar
Maka apabila papagomo bakal menerima saman bertimpa-timpa maka ramailah pencaci/pengugut mengenali semula konsep maaf. Syabas Yasin. Jiwa kamu besar. Semoga yang telah mencaci dan mengugut belajar melalui pengalaman orang lain. Life is too short man. Takyaj nak gaduh-gaduh...