Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, semua pihak seharusnya rasional dan melihat dari sudut lain di mana Najib hanya mengambil alih tampuk pemerintahan pada 2009 iaitu setahun selepas Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12).
“Beliau masih belum lagi memberikan perkhidmatan sebagai pemimpin negara sepenuh penggal, hanya tiga tahun lebih sahaja.
“Jika beliau mahu menggunakan lima tahun (penggal penuh) itu sudah tentu tidak boleh. Jadi beliau memerlukan masa lebih panjang untuk melaksanakan dasar-dasar yang dirancang dalam tempoh itu,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online.
Najib mengambil alih tampuk pemerintahan negara selepas bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi melepaskan jawatan tertinggi itu pada 3 April 2009.
Akur dengan batasan masa yang dimiliki Najib ketika ini, Wan Junaidi juga berkata, disebabkan mengambil alih tugas setahun selepas pilihan raya 2008, Najib telah kehilangan masa satu tahun untuk membuktikan kemampuannya.
Tambah beliau, rasional tindakan Najib bagi memberi peluang kepadanya untuk menyelesaikan perkara-perkara besar sehingga menyebabkan beliau terpaksa melanjutkan pembubaran Parlimen ataupun kemungkinan membiarkan ia terbubar dengan sendirinya akhir akhir bulan depan.
“Dalam keadaan sedemikian, ada kemungkinan dalam masa 30 hari Parlimen akan terbubar dengan sendirinya.
“Saya cukup yakin masih ada perkara besar yang mungkin dianggap tidak dianggap tidak wajar dilaksanakan oleh kerajaan ‘caretaker’ atau kerajaan sementara,” kata wakil rakyat dari Sarawak ini.
Sementara itu, ketika diminta mengulas sama ada pembubaran secara automatik harus menjadi amalan selepas ini, Wan Junaidi berkata, apa yang berlaku pada hari ini adalah berbeza dengan perkara yang lalu ataupun pada masa akan datang.
“Pada masa akan datang, sesiapa yang terlantik menjadi Perdana Menteri akan bertugas sepenuh masa bermula selepas penggal pilihan raya selepas.
“Sedangkan, Najib kesuntukan masa dan ini tidak boleh dijadikan kayu pengukur pada masa-masa akan datang atas apa yang berlaku hari ini,” jelasnya lagi. -sinarharian
Apa alasan pun, nak bubar jumpalah dulu sultan atau ketua menteri minta perkenan. Nanti taklah boleh dipersoalkan sangat kerajaan sementaranya. Jangan biadap macam bekas mb NS Mohammad Hassan. Pergi jumpa lepas bubar secara otomatik buat apa, kan dah tak ada apa-apa pun.
sebab itulah Najib kena bubarkan parlimen sekarang, supaya dia dapat mandat baru dan boleh membuat semua perancangan yang dia nak buat.
tu pun susah nak faham ke?
Ini dah masuk waktu kecederaan penggal pentadbiran. N9 dah kalut dan lain-lain negeri sedang menghitung hari.
Najib, jangan biarkan rakyat terus dalam misteri. Keyakinan BN dah cukup dan blogger pro BN meyatakan ceramah PR semakin dipencilkan.
Bubarlah sekarang.
PAKEMBAR- Presiden Parti Takut Nak Bubar............kih kih kih kih
Beri PM hak beliau kerana boleh bertugas sampai tarikh akhir. Mungkin ada berita baik untuk Rakyat seperti OKU, Pesara, dll yang belum diumumkan.