Klik "LIKE" jika suka TUK KIYAI: ISU SEMASA

Klik "IKUT" untuk teman TUK KIYAI

Sembang & Pesanan

http://tokkiyai.freeshoutbox.net/

Bekas MB Selangor Bakal sertai Pas

SHAH ALAM – Spekulasi bekas menteri besar yang didakwa akan menyertai Pas dalam waktu terdekat sebagaimana didedah Timbalan Pesuruhjaya Pas Negeri Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin kelmarin kemungkinan besar adalah bekas Menteri Besar Selangor.

Sumber Pas membayangkan bekas Menteri Besar Selangor , Tan Sri Muhammad Muhammad Taib adalah individu yang dimaksudkan itu diperkuatkan dengan kenyataan dua pemimpin tertinggi Pas Selangor yang tidak menafikan kemungkinan perkara itu berlaku.

Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr Abdul Rani Osman ketika dihubungi tidak menolak kemungkinan bekas Menteri Besar Selangor yang lebih mesra dipanggil Mat Taib itu akan menyertai Pas dalam masa terdekat berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada Timbalan Pesuruhjaya Pas III Selangor, Khalid Samad.

“Beliau (Mat Taib) tidak ada hubungi saya. Saya tidak dapat mengesahkan perkara ini.

“Saya difahamkan, beberapa pegawai kanan Mat Taib ada menghubungi Khalid malah pegawai- pegawainya juga telah mengisi borang keahlian Pas seumur hidup,” katanya.

Muhammad menjadi menteri besar Selangor dari 1986 hingga 1997.

Dr Rani berkata, beliau hanya mengetahui perkara tersebut setelah diberitahu oleh Khalid sewaktu makan selepas mesyuarat ahli jawatan kuasa Pas Pusat, Selasa lalu. -sinarharian

P/s: Semakin ramai yang meninggalkan parti haprak umno....Ini kalilah....

Comment (1)

Tinggalkan Umno masuk PAS..... Nak bertanding ke atas tiket PAS pada PRU 14. Kalau nak bertanding tak payahlah masuk PAS. Bertanding atas parti bebas. Kalau nak berjuang atas kesedaran ... baguslah .... Jangan kencingkan PAs. Rekod tak baik banyak sangat.

Bekas MB Selangor Bakal sertai Pas
Jumaat, April 12, 2013 | Author: Tuk Kiyai

|
This entry was posted on Jumaat, April 12, 2013 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

1 komen:

On 12 April 2013 pada 8:11 PG , Pak Lubis berkata...