Klik "LIKE" jika suka TUK KIYAI: ISU SEMASA

Klik "IKUT" untuk teman TUK KIYAI

Sembang & Pesanan

http://tokkiyai.freeshoutbox.net/

Aksi Peluk Tanpa Baju: Nora Danish kasihankan Rusdi Ramli

PETALING JAYA: Aktres Nora Danish berasa kasihan terhadap aktor Rusdi Ramli yang dihimpit kontroversi gara-gara melakonkan watak berpelukan dengannya tanpa berbaju dalam satu adegan filem Mencari Cinta.

Nora atau nama sebenarnya Nora Danish Mohd Hanif, 31, berkata, sebagai seorang pelakon, dia faham dengan situasi Rusdi dan berharap agar pihak lain memberikan ruang untuknya bersendirian sehingga isu tersebut reda.

"Saya faham dengan situasi Rusdi. Walaupun dia seorang pelakon senior, rasanya belum pernah lagi dia terkena kontroversi seperti ini.

"Berbanding pula dengan saya yang sentiasa dikaitkan dengan pelbagai gosip, saya dah biasa. Sebab itu saya tak kisah sangat apabila orang memperbesarkan isu ini.

"Saya percaya dia terkejut dan tidak tahu nak buat apa-apa sehinggakan dia tidak hadir ke majlis tayangan perdana filem ini pada Khamis lalu," katanya.
 
Pengarah filem Mencari Cinta iaitu Shirin Khuzaimi menyifatkan pelakon Rusdi seorang yang tidak profesional kerana gagal menghadiri majlis tayangan perdana filem tersebut yang berlangsung di e@Curve pada Khamis lalu.

Tambah Nora yang juga terkena tempias kontroversi yang sama, dia sedikit pun tidak risau dengan hal itu kerana menganggap ia tidak mengganggu prestasi kerjanya.

"Dalam filem itu saya bukannya bogel pun.

"Cuma lakonan kami sahaja nampak mesra sebagai suami isteri. Lagipun, mengenali Rusdi di set penggambaran, dia seorang yang sangat peka dengan setiap pergerakan dan lakonannya.

"Malah dia akan melihat apa kepentingannya dia berlakon sebegitu dalam sesebuah filem. Saya harap masyarakat tonton dahulu sebelum memberi komen," tuturnya.

Mencari Cinta mengisahkan tentang Myra (Nora Danish) yang telah dipaksa oleh ayahnya untuk berkahwin dengan seorang pemuda kampung iaitu Razlan (Rusdi Ramli) yang ditinggalkan kekasihnya.

Filem genre romantik yang diterbitkan oleh Armnett Sdn. Bhd. dan Red Movies Sdn. Bhd ini akan ditayangkan bermula 25 April ini.

Selain dijayakan oleh Rusdi dan Nora, filem berkenaan turut dilakonkan seperti Fouziah Gous, Riezman Khuzaimi, Mahmod Ali Basha, Norlida Ahmad, Daphne Iking dan Natasha Hudson. -mStar

P/s: Rosak akhlak anak muda Islam...

Comments (3)

kalau tanya pengarah dan pelakon-pelakon tentu dia orang kata tak salah apa pun ...berlakon je..!!! Kalau kapir memang le tak salah apa pun..! Kapir belaka kot..??? Lain kali tunjuk betul lakonan edangan bersetubuh ... baru real ...!!!!!!!

Hai tak taulah apa nak jadi dengan artis dan karyawan sekarang ni. Bila ditegur sedikitpun tak ada rasa bersalah di dalam hati malah melihat org yang rasa bersalah pula yang salah. Ingatlah bila ada yang menegur maksudnya masih ada org yg sayang, yg mahu kita berubah dab jadikan matlamat akhirat sebagai matlamat kehidupan. Bukanlah ke mekah sekadar melancung ........

Tanda tanda hampir kiamat......

Aksi Peluk Tanpa Baju: Nora Danish kasihankan Rusdi Ramli
Sabtu, April 13, 2013 | Author: Tuk Kiyai

|
This entry was posted on Sabtu, April 13, 2013 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

3 komen:

On 13 April 2013 pada 8:59 PG , Tanpa Nama berkata...

kalau tanya pengarah dan pelakon-pelakon tentu dia orang kata tak salah apa pun ...berlakon je..!!! Kalau kapir memang le tak salah apa pun..! Kapir belaka kot..??? Lain kali tunjuk betul lakonan edangan bersetubuh ... baru real ...!!!!!!!

On 13 April 2013 pada 12:34 PTG , Tanpa Nama berkata...

Hai tak taulah apa nak jadi dengan artis dan karyawan sekarang ni. Bila ditegur sedikitpun tak ada rasa bersalah di dalam hati malah melihat org yang rasa bersalah pula yang salah. Ingatlah bila ada yang menegur maksudnya masih ada org yg sayang, yg mahu kita berubah dab jadikan matlamat akhirat sebagai matlamat kehidupan. Bukanlah ke mekah sekadar melancung ........

On 13 April 2013 pada 4:30 PTG , Tanpa Nama berkata...

Tanda tanda hampir kiamat......