Klik "LIKE" jika suka TUK KIYAI: ISU SEMASA

Klik "IKUT" untuk teman TUK KIYAI

Sembang & Pesanan

http://tokkiyai.freeshoutbox.net/

[PANAS] Kecewa dengan umno, bekas ahli Parlimen Tasik Gelugor bertanding atas tiket bebas yang mesra Pakatan Rakyat

Shariff telah menjangkakan untuk mendapat kerusi tersebut selepas Tan Sri Nor Mohamed Yakcop bersetuju untuk tidak bertanding walaupun menang di situ pada Pilihan Raya 2008

GEORGE TOWN, 17 April — Bekas ahli parlimen Tasik Gelugor Datuk Seri Mohd Shariff Omar mengumumkan malam tadi beliau akan bertanding di kerusi tersebut walaupun Barisan Nasional (BN) telah memilih calon lain untuk pilihan raya 5 Mei.

Shariff telah menjangkakan untuk mendapat kerusi tersebut selepas Tan Sri Nor Mohamed Yakcop bersetuju untuk tidak bertanding walaupun menang di situ pada Pilihan Raya 2008. Ia merupakan salah satu daripada dua kerusi parlimen dimenangi oleh BN di Pulau Pinang dalam pilihan raya umum tersebut.

Bekas timbalan menteri yang mempunyai ramai penyokong di Tasek Gelugor itu mengkritik kepimpinan BN kerana memilih calon yang tidak dimahukan oleh penduduk setempat.

“Saya akan menjadi calon mesra Pakatan Rakyat untuk kerusi ini,” kata lelaki berusia 65 tahun itu kepada pemberita selepas perhimpunan spontan lebih 2,000 penyokong di luar rumahnya di sini.

“Saya boleh jadi calon bebas, atau di bawah tiket DAP, saya boleh bertanding di bawah PKR dan PAS kerana semua pemimpin mereka adalah kawan saya,” tambah beliau beberapa jam selepas BN mengumumkan Shahbudin Yahya akan bertanding di kerusi Tasek Gelugor.

Shariff menjangkakan mungkin berlaku perlawanan beberapa penjuru di kerusi Tasek Gelugor dan tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam kawasan tersebut. -TheMalaysianInsider

P/s: Kah kah kah....berpecah la puak-puak umno Tasik Gelugoq...Ini kalilah!!!

Comments (2)

Harap pucuk pimpinan kaji semula calon-calon bukan pilihan rakyat jika BN nak menang di Tasek Gelugoq. Pilih calon-calon yang boleh buat kerja untuk rakyat. Sebab itulah rakyat Tasek Gelugoq nak calon-calon pilihan mereka bukan calon-calon yang tak buat kerja...

Kita orang Islam,percaya rukun iman yg keenam,setelah kita berusaha dan bertawakal pada ALLAH, selepas itu apa yg terjadi, KITA kena redho ketentuan ALLAH sbb tidak akan BERLAKU sesuatu itu melainkan dgn izinNYA.Jika tidak musnahlah IMAN kita.6 tolak 1 bukannya 5, tapi 0 .Ingatlah ALLAH sama kita bukan nak tungkat dunia ,tapi akan MATI jua akhirnya.Muhasabah lah banyak2.

|
This entry was posted on Rabu, April 17, 2013 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

2 komen:

On 17 April 2013 pada 10:14 PG , Tanpa Nama berkata...

Harap pucuk pimpinan kaji semula calon-calon bukan pilihan rakyat jika BN nak menang di Tasek Gelugoq. Pilih calon-calon yang boleh buat kerja untuk rakyat. Sebab itulah rakyat Tasek Gelugoq nak calon-calon pilihan mereka bukan calon-calon yang tak buat kerja...

On 20 April 2013 pada 4:25 PTG , Tanpa Nama berkata...