Klik "LIKE" jika suka TUK KIYAI: ISU SEMASA

Klik "IKUT" untuk teman TUK KIYAI

Sembang & Pesanan

http://tokkiyai.freeshoutbox.net/

CERITA/BERITA TERKINI

Mereka Suruh Pakatan Rakyat Ikut Undang-undang Tetapi Mereka?

KUALA LUMPUR - Calon yang tidak berpuas hati dengan keputusan pilihan raya umum ke-13 (PRU13), boleh mengemukakan petisyen atau bantahan terhadap proses pengundian itu selepas pewartaan keputusan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, petisyen itu boleh dibuat dalam tempoh 21 hari daripada tarikh keputusan pilihan raya diwartakan.

Menurutnya, SPR dijangka selesai mewartakan keputusan PRU13 itu dalam masa dua minggu.

Katanya petisyen itu boleh dikemukakan di Mahkamah Tinggi di negeri masing-masing dan akan diselesaikan dalam masa enam bulan.

"Sekiranya mereka masih tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Tinggi, mereka boleh membuat rayuan di Mahkamah Persekutuan untuk keputusan muktamad," katanya ketika diwawancara dalam rancangan 'Helo Malaysia' terbitan BernamaTV, malam tadi.
 
Menurut beliau pada PRU 2004, SPR menerima lebih 30 petisyen berhubung keputusan PRU dan petisyen yang paling banyak diterima ialah pada PRU 1999 yang melibatkan 40 petisyen.

Pada PRU 2008 hanya 26 petisyen yang dikemukakan sedangkan ketika itu berlaku tsunami politik yang tidak berpihak kepada Barisan Nasional.

Katanya sesuatu petisyen boleh dibuat atas sebab-sebab perbuatan rasuah atau sebarang salah laku yang mungkin telah menjejaskan pilihan raya, ketidakpatuhan undang-undang dan peraturan pilihan raya.

"Rakyat berhak mencabar keputusan PRU, tetapi melalui saluran undang-undang.

Jangan pergi ke jalan raya berdemonstrasi dan memanggil seluruh dunia menceritakan kami tolak PRU," katanya. - Bernama

Comments (2)

ayat yg terbaik untuk spr am nya dan w ahmad khasnya "HARAMMMM JADAHHHH"

bagilah apa2 alasan pun... yg nyata es pee ar jelas menjadi pengkhianat dan dalang dalam melaksanakan dan membenarkan penipuan berlaku... sekarang ni bole le ko cakap banyak... akan tiba masanya mulut busuk ko tu akan terkunci dan kebenaran akan timbul... tak habih kat situ je... dalam kubur nanti ko kena jawab lagi... sekali kena tibai berterabur taik ijau ko... semoha Allah akan tunjukkan kebenaran dan menimpakan balasan yg setimpal kepada mereka yg zalim ini... Amin Ya Rabbal Alamin.

Mereka Suruh Pakatan Rakyat Ikut Undang-undang Tetapi Mereka?
Selasa, Mei 07, 2013 | Author: Tuk Kiyai

|
This entry was posted on Selasa, Mei 07, 2013 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

2 komen:

On 7 Mei 2013 4:43 PTG , Tanpa Nama berkata...

ayat yg terbaik untuk spr am nya dan w ahmad khasnya "HARAMMMM JADAHHHH"

On 7 Mei 2013 5:17 PTG , otaklunyai berkata...