PUTRAJAYA - Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof membidas pihak-pihak yang enggan menerima kekalahan pada pilihan raya ke-13 (PRU13), yang sebaliknya menyalahkan pihak lain dengan membuat pelbagai tuduhan tidak berasas.
Beliau berkata, pihak ini sengaja mencari kesalahan orang lain kerana enggan mengaku kekalahan, dan bagi mereka, pihak paling mudah untuk dijadikan ‘scape goat’ atau kambing hitam ialah SPR, dengan menimbulkan pelbagai persepsi bagi menjejaskan integriti, kredibiliti dan kecekapan badan itu.
Beliau memberi contoh tuduhan mengenai bekalan elektrik yang terputus semasa pengiraan undi dijalankan yang disebar banyak di laman-laman sosial, yang menurutnya selepas disiasat, perkara itu tidak pernah berlaku.
“Mereka nak nampakkan SPR ini tidak ada integriti, tidak ‘credible’, suka menipu, sehinggakan boleh buat putus bekalan (elektrik), tukar keputusan dalam gelap. Saya rasa cerita yang dibawa ini satu penipuan, pembohongan, dusta yang sangat melampau, sangat keji. Kalau orang Islam yang buat ini dia memang tidak takut dosa besar nampaknya. Sebab bila kita semak semua pihak, soal putus bekalan ini tidak pernah berlaku,” katanya pada sidang media di pejabatnya di sini semalam.
"
Beliau juga mempersoalkan tindakan pihak yang menyebar gambar kononnya pengiraan undi dibuat dalam gelap semasa berlaku putus bekalan elektrik, kerana menurutnya perkara itu tidak pernah berlaku, dan gambar itu mungkin dibuat menggunakan tipu helah kamera.
Menurutnya persepsi merupakan mainan penting dalam politik, dan pihak kalah biasanya akan berusaha mencipta persepsi bahawa SPR ini satu badan yang tidak berwibawa, tidak berintegriti, sedangkan ia hanya bertanggungjawab menyediakan gelanggang, bukan menentukan siapa yang boleh menang atau kalah.
Beliau memberi contoh kenyataan seorang ahli politik yang secara terangan mendakwa kononnya SPR langsung tidak laksanakan cadangan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya, sedangkan katanya sebanyak 19 penambahbaikan diperkenalkan pada PRU13 berasaskan cadangan jawatankuasa ini.
Katanya, ia boleh dilihat dengan ketara seperti pengenalan dakwat kekal, tiada tempoh bantahan, calon tidak boleh berundur, undi awal, dan banyak lagi, namun persepsi SPR tidak membuat penambahbaikan tetap cuba dibangkitkan ahli politik itu semata-mata untuk menjejaskan integriti dan kredibilitinya.
Abdul Aziz berkata, dakwat kekal diperkenalkan bagi mengelak pemilih mengundi lebih dari sekali, walaupun dalam sejarah negara ini tidak pernah dibuktikan ada orang mengundi lebih dari sekali, namun SPR tetap terima cadangan penggunaan dakwat itu secara positif.
Bagaimanapun menurutnya ada pihak sebaliknya sengaja cuba menjejaskan integriti SPR, berusaha sedaya upaya dengan pelbagai cara untuk menghilangkan kesan dakwat itu, semata-mata untuk menimbulkan keraguan orang ramai.
Namun menurutnya SPR tetap akan menerima segala teguran, mengkaji segala laporan daripada pelbagai pihak berhubung penggunaan dakwat kekal itu dan akan berusaha menambah baik aspek penggunaan dakwat kekal itu pada pilihan raya akan datang.
Merujuk kepada tohmahan mengenai kewujudan pengundi hantu, Abdul Aziz berkata, beliau merasa kesal dengan tindakan sesetengah pihak yang terlalu bertindak mengikut emosi sehingga bukan sahaja menimbulkan kekecohan, malah beliau difahamkan ada juga pemilih yang dihalang dari menunaikan tanggungjawab mengundi, semata-mata kerana rupa parasnya tidak seperti rakyat tempatan.
Beliau berkata, saringan utama paling penting dalam menentukan kesahihan pengundi adalah kad pengenalan, yang kemudiannya akan dibandingkan dengan daftar pemilih, dan hanya SPR dan polis sahaja yang berhak menahan seseorang untuk memeriksa kad pengenalannya.
“Saya diberitahu ada dua bas bawa orang asing nak ke kilang ditahan oleh kumpulan pemantau dari parti yang bertanding dengan kasar sekali, sudah tentu orang tu takut, lintang pukang lari, kerana emosi itulah jadinya,” katanya. - Bernama
P/s: Malu beb malu...Seluruh dunia mengatakan PRU13 adalah 'dirty election"....
Apa susah2, bubar yg ada buat yg baru yg dianggotai semua yg baru belaka. Yg semua org tak pertikai. Itu lebih adil. Ada berani kaaa????
Ini bukan kambing hitam lagi dah, ini dah jadi kambing belang2. Memang ha***ja**h punya SPR.
Kalu tuduhan rakyat tidak berasas, kamu dakwalah rakyat di mahkamah, nanti kami akan bukti video2 bangla,myanmar,indon dll dan serta bas yang membawa pengundi hantu ni ke pusat pengundi dan fakta2 yg berkaitan untuk mendakwa kamu balik.