Klik "LIKE" jika suka TUK KIYAI: ISU SEMASA

Klik "IKUT" untuk teman TUK KIYAI

Sembang & Pesanan

http://tokkiyai.freeshoutbox.net/

CERITA/BERITA TERKINI

Menteri ini ajak jangan makan ayam kalau harga naik....

KUALA BESUT - Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaaan Datuk Hasan Malek hari ini mengajak orang ramai 'menukar' selera daripada memakan ayam kepada menu lain seperti ikan dan daging sebagai usaha mengekang kenaikan harga ternakan itu.

Beliau berkata langkah itu dianggap perlu memandangkan terdapat pihak tidak bertanggungjawab yang cuba mengambil kesempatan menjelang musim perayaan Hari Raya Aidilfitri dengan menaikkan harga ayam sewenang-wenangnya.

Katanya ia juga bertujuan mengajar pihak berkenaan yang cuba mengaut keuntungan supaya sedar tindakan tidak bertanggungjawab mereka tidak akan berhasil.

"Pengguna perlu guna kuasa untuk ajar pihak tidak bertanggungjawab, kalau tengok harga naik jangan beli ayam tapi beli daging pula," katanya ketika berucap pada Program Pemimpin Bersama Rakyat di Pulau Perhentian dekat sini, hari ini.

Ketika ditemui pemberita kemudiannya, Hasan mengulangi gesaan kepada peniaga supaya tidak menaikkan harga ayam sesuka hati sebaliknya menanam perasaan mendahulukan rakyat agar negara terus sejahtera.

"Saya lihat masih ada peniaga yang degil. Fikirlah balik...pada saya letaklah kepentingan negara lebih daripada lain-lain supaya kita tak jadi macam negara lain yang huru-hara.

"Kita sedang pantau dan cari punca kenaikan harga ayam adakah daripada pembekal, pemborong atau peniaga sendiri," katanya.

Selain itu Hasan berkata kira-kira 74 wakil industri termasuk pembekal ayam dan pengeluar gula memberi jaminan untuk tidak menaikkan harga barangan pada musim perayaan Aidilfitri selain memastikan bekalan mencukupi.

"Persatuan Penternak Unggas Melayu di Selangor telah memberi jaminan akan memberi sokongan kepada kementerian untuk memastikan bekalan sentiasa cukup supaya harga kekal," katanya.

Mengenai Ops Harga 2013, Hasan berkata sejak dilancar pada 6 Julai lalu hingga Khamis lepas (11 Julai) sebanyak 26,854 pemeriksaan dilakukan di seluruh negara.

Beliau berkata daripada keseluruhan jumlah pemeriksaan itu 60 kes telah dikenakan tindakan dengan jumlah rampasan bernilai RM10,071 dan kompaun RM7,150.

"Kes-kes yang dikenakan tindakan itu 59 membabitkan kesalahan tidak meletak tanda harga atau senarai harga bagi barangan yang dijual dan satu lagi kes dikenakan tindakan kerana menjual barang harga kawalan (gula kasar) melebihi harga maksimum yang ditetapkan," katanya. - Bernama
-sinarharian 

P/s: Itulah saja yang menteri boleh buat?

Comments (3)

menteri sengal...macam tu lah kaedahnya...setiap tahun itu sahaja la masalahnya...langsung tiada perubahan....come on la!...kalau hidup dah kaya...golongan marhaen di anggap mcm sampah....puiii!...

Assalammu'alaikum Datuk Hasan Malek,
Daging apa lebih murah dari ayam? Daging lembu mati kena langgar.
Ikan apa lebih murah dari ayam? Ikan baja untuk ternakan.....
Datuk Hasan Malek awak ni pernah ke pasar ke tidak, atau anak orang kaya tak pernah ke pasar atau selalu makan free belanja dek kroni......
Fikir pakai hati dan otak... Jngan jadi belukang
Cakap guna mulut bukan lubang jamban....
Sekolah ke tidak ni..... Datuk cap ayam kot....

sekarang ini bukan harga ayam aja yang naik barang keperluan pun sudah naik tanpa terkawal.menteri suroh kita jangan makan ayam kalau harga ayam naik,harga pakaian sekolah pun naik jadi bebudak tak payahlah pakai baju gitu?.bahan makanan yang asas pun naik,tak perlulah rakyat makan?.tambang bas nak balik kampong dah diluluskan naik,rakyat tak payah naik bas balik kampong?siapalah bahlol mahlol yang melantik simenteri bengong ni?.

Menteri ini ajak jangan makan ayam kalau harga naik....
Isnin, Julai 15, 2013 | Author: Tuk Kiyai

|
This entry was posted on Isnin, Julai 15, 2013 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

3 komen:

On 15 Julai 2013 8:38 PG , Akmal berkata...

menteri sengal...macam tu lah kaedahnya...setiap tahun itu sahaja la masalahnya...langsung tiada perubahan....come on la!...kalau hidup dah kaya...golongan marhaen di anggap mcm sampah....puiii!...

On 15 Julai 2013 10:42 PG , Tanpa Nama berkata...

Assalammu'alaikum Datuk Hasan Malek,
Daging apa lebih murah dari ayam? Daging lembu mati kena langgar.
Ikan apa lebih murah dari ayam? Ikan baja untuk ternakan.....
Datuk Hasan Malek awak ni pernah ke pasar ke tidak, atau anak orang kaya tak pernah ke pasar atau selalu makan free belanja dek kroni......
Fikir pakai hati dan otak... Jngan jadi belukang
Cakap guna mulut bukan lubang jamban....
Sekolah ke tidak ni..... Datuk cap ayam kot....

On 15 Julai 2013 2:33 PTG , Tanpa Nama berkata...