KUANTAN - Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) akan memburu 15 hingga 20 peratus pembayar cukai yang masih ingkar untuk melaksanakan tanggungjawab mereka.
Tanpa menyebut jumlah tepat pembayar cukai yang terlibat, Ketua Pegawai Eksekutif LHDN, Tan Sri Dr. Mohd Shukor Mahfar berkata, pihaknya tidak akan bertolak ansur dan akan mengenakan tindakan tegas termasuk saman dan sekatan untuk mereka ke luar negara.
"Mereka yang ingkar (boleh juga) diisytiharkan bankrap dan LHDN juga boleh mengeluarkan taksiran atas kuasa ketua pengarah,” katanya.
Beliau bercakap kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama CEO LHDN Siri Tiga anjuran Kolej Pengurusan Perniagaan dan Perakaunan Universiti Tenaga Nasional (Uniten) di sini hari ini.
Menurutnya, pelbagai strategi dirangka dan disusun bagi menarik lebih ramai individu dan syarikat melaksanakan tanggungjawab mereka untuk menampung perbelanjaan pembangunan negara.
Tumpuan sepenuhnya perlu diberikan agar sasaran kutipan cukai sebanyak RM140 bilion tahun ini seperti yang disebut Perdana Menteri, ketika pembentangan Bajet 2014, Oktober tahun lepas tercapai, katanya. - Bernama
-kosmo

Comments (0)
Catat Ulasan