Klik "LIKE" jika suka TUK KIYAI: ISU SEMASA

Klik "IKUT" untuk teman TUK KIYAI

Sembang & Pesanan

http://tokkiyai.freeshoutbox.net/

CERITA/BERITA TERKINI

Pusat Kawalan Trafik Subang perlu dedahkan respons awal ketika MH370 hilang

Pakar industri penerbangan kini mahukan pusat kawalan trafik udara Malaysia mendedahkan respons awal mereka ketika pesawat MH370 hilang pada 8 Mac selepas pihak berkuasa malam tadi akhirnya berkata juruterbang pesawat berkata "Selamat malam pesawat Malaysia tiga tujuh kosong" (“Good night Malaysian Three Seven Zero” dan bukannya "Baiklah, Selamat Malam" ("All right, Good Night").

Perubahan transkrip perbualan itu adalah pendedahan terbaru dalam perubahan maklumat berkenaan pesawat Malaysia Airlines (MAS) Boeing 777-200ER yang hilang bersama 239 penumpang ketika dalam perjalanan ke Beijing sejak 24 hari lalu.

"Pusat Kawalan Trafik (ATC) Subang tidak menjelaskan tindakan awal mereka ketika pesawat itu hilang selepas keluar dari ruang udara Malaysia. Adakah mereka melancarkan operasi mencari dan menyelamat dengan serta-merta?

"Sekiranya kekurangan respons ketenteraan, ia mengundang pelbagai persoalan berkenaan prosedur operasi standard (SOP) ATC," kata pakar penerbangan kepada The Malaysian Insider, memetik peruntukan undang-undang Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) yang menuntut respons serta-merta bagi unit mencari dan menyelamat.

Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Abdul Rahim Bakri pada 26 Mac berkata, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mengesan pesawat yang tidak dikenali melakukan pusingan namun menganggap tindakan itu dilakukan atas araahan menara kawalan udara.

"Kami mengesan 'pusingan' namun tidak menganggap itu sebagai ancaman dan ia hanya pesawat 'rakan'. Kami menganggap pesawat menerima arahan daripada menara kawalan namun kami kemudian sedar pesawat itu hilang daripada radar di Laut Andaman atau utara Selat Melaka.

"Untuk makluman, keupayaan radar kita hanyalah seluas 250 batu nautika," katanya ketika sesi penggulungan perbahasan Yang di-Pertuan Agong di Parlimen minggu lalu.

Abdul Rahim menukar kenyataannya sehari kemudian dan berkata kenyataannya di Parlimen sebagai "tidak tepat."

Juruterbang yang ditemui The Malaysian Insider berkata pengetahuan Abdul Rahim berkenaan istilah penerbangan berkemungkinan selepas diberikan taklimat oleh Agensi Penerbangan Awam (DCA) berhubung kehilangan MH370.

"Pesawat membuat pusingan (Air turn backs) sering berlaku dan anggapan timbalan menteri bermakna ATC atau DCA tidak memaklumkan kepada pihak tentera pesawat itu hilang.

"Menjadi tanggungjawab DCA untuk menjelaskan tindakan mereka," kata juruterbang yang enggan mendedahkan identitinya.

Wall Street Journal minggu lalu melaporkan pegawai Amerika Syarikat (AS) berkata Boeing tidak begitu gembira dengan tindakan pihak berkuasa Malaysia memaklumkan kepada wakil syarikat berkenaan kehilangan pesawat selepas lebih tiga jam.

Pasukan Boeing "agak kecewa dan tidak mempercayai proses" berkenaan, menurut pihak yang rapat dengan syarikat tersebut.

Dalam kenyataan awal berkenaan kehilangan pesawat pada 8 Mac, MAS berkata mereka "mengesahkan pesawat MH370 terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Udara Subang pada 2.40 pagi, hari ini (8 Mac 2014).

"MH370, menggunakan pesawat B777-200, berlepas dari Kuala Luala Lumpur pada 12.41 pagi, 8 Mac 2014. MH370 dianggarkan tiba di Beijing pada 6.30 pagi hari sama. Pesawat membawa sejumlah 227 penumpang (termasuk dua orang bayi) dan 12 anak kapal.

"MAS sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa yang kini mengaktifkan pasukan Mencari dan Menyelamat untuk mengesan pesawat," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada jam 7.43 pagi, 8 Mac lalu.

Syarikat penerbangan itu bagaimanapun melakukan pembetulan terhadap kenyataan mereka dan berkata kali terakhir pesawat dihubungi adalah pada 1.19 pagi, dan bukannya 2.40 pagi waktu Malaysia.

Malam tadi, DCA berkata "Kami ingin memaklumkan perbualan terakhir dalam transkrip antara pusat kawalan udara dan kokpit adalah pada 0119 (Waktu Malaysia) dan ia adalah "Selamat malam pesawat Malaysia tiga tujuh kosong."

"Pihak berkuasa masih lagi menjalankan penyiasatan forensik untuk mengenalpasti kata-kata terakhir itu daripada juruterbang atau pembantu juruterbang.

"Menteri mengarahkan pasukan penyiasat untuk mendedahkan transkrip penuh yang akan dibuat ketika pertemuan dengan saudara mara," katanya.

Pada 12 Mac, pegawai kerajaan Malaysia mendedahkan "Baiklah, selamat malam" adalah kata-kata terakhir daripada pesawat MH370 ketika memberikan taklimat kepada keluarga penumpang China di Beijing.

Akhbar Britain Daily Telegraph mendedahkan transkrip itu pada 22 Mac, dan melaporkan perkataan itu dikeluarkan pembantu juruterbang Fariq Abdul Hamid, 27.

The Malaysian Insider melaporkan pada Jumaat, pegawai daripada industri penerbangan masih lagi kurang jelas tindakan ATC Subang ketika menyedari kehilangan pesawat berkenaan.

"Tidak jelas apa tindakan ATC. Kita tahu MAS sedar kehilangan pesawat mereka namun adakah tentera mengetahuinya?

"Malah, adakah ATC lain di rantau ini sedar MH370 hilang? Mereka berupaya mengesannya jika menerima maklumat lebih awal," kata seorang pegawai penerbangan kepada The Malaysian Insider.

Turut difahamkan, penyiasat Malaysia menemui kesukaran untuk mendapatkan data radar daripada negara jiran ekoran tentera di rantau ini enggan mendedahkan keupayaan mereka.

Laman berita Australia, news.com.au memetik laporan Straits Times minggu lalu berkata, pihak berkuasa Malaysia menimbulkan kemarahan keluarga penumpang apabila berkata terdapat "bukti yang tidak boleh didedahkan" berkenaan kehilangan pesawat.

"Data berkenaan termasuk transkrip pusat kawalan udara, data radar, dan rakaman keselamatan lapangan terbang," lapor akhbar berkenaan.

Kenyataan pihak berkuasa Malaysia yang dikeluarkan di Metropark Lido Hotel in Beijing tidak dilaporkan kebanyakan akhbar, sebaliknya dikongsi di laman-laman sosial, lapor news.com.au.

Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang menggesa agar penyiasatan dilakukan agar dapat memberikan penjelasan terhadap kehilangan misteri pesawat dan menjelaskan terlalu banyak persoalan menyelubungi kehilangan pesawat yang tiada kaitan dengan kotak hitam.

Kerajaan hanya berkata mereka akan mengadakan inkuiri sejurus kotak hitam pesawat itu ditemui. – 1 April, 2014.
-TheMalaysianInsider

Comments (0)

|
This entry was posted on Selasa, April 01, 2014 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.