
Kenyataan Rasmi Istana Kelan
tan:
Saya dititahkan untuk menarik perhatian mengenai isu perkahwinan YAM Tengku Temenggong Kelantan dan Cik Puan Manohara Odelia Pinot dan laporan polis yang dibuat oleh YAM Tengku Temenggong Kelantan pada 11 Jun 2009 dan disiarkan oleh akhbar-akhbar pada 12 Jun 2009.
Adalah ditegaskan bahawa sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh YAM Tengku Temenggong Kelantan dan Cik Puan Manohara Odelia Pinot adalah merupakan kenyataan peribadi dalam hubungan mereka sebagai suami isteri. Kenyataan-kenyataan tersebut tiada ada kaitan langsung dengan KDYMM Tuanku Al-Sultan Kelantan atau Pejabat Sultan.
Memandangkan penyiasatan sedang berjalan saya berharap semua pihak dapat menghormati dan memberi peluang kepada pihak yang berkuasa untuk membuat penyiasatan secara telus dan adil. Perlu ditegaskan isu berkenaan adalah merupakan isu peribadi YAM Tengku Temenggong dan Cik Puan Manohara Odelia Pinot sebagai suami isteri, oleh itu tidaklah patut dan tidak boleh dikaitkan dengan KDYMM Tuanku Al-Sultan atau Pejabat Sultan Kelantan.
Saya juga ingin memaklumkan sekali lagi bahawa KDYMM Tuanku Al-Sultan pada masa ini masih lagi dirawat di Hospital Mount Elizabeth, Singapura. Sama-samalah kita berdoa semoga KDYMM Tuanku Al-Sultan cepat sembuh dan kembali ke negeri Kelantan.
Seterusnya saya dititahkan untuk memaklumkan bahawa YMM Pemangku Raja atau Pejabat Sultan Kelantan tidak pernah melantik mana-mana orang menjadi jurucakap di mana-mana media. Sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh mana-mana pihak adalah bersifat peribadi dan menjadi tanggungjawab peribadi pihak-pihak tersebut. Selanjutnya diharapkan semua pihak tidak membuat sebarang kenyataan yang boleh mengeruhkan suasana atau membantut penyiasatan supaya isu berkenaan dalam diselesaikan melalui proses undang-undang dengan adil dan saksana.
Sekian, terima kasih.
Nik Mahmud bin Nik Jaffar
Pegawai Tadbir (Pentadbiran)
b.p. Dato' Pengelola Istana Diraja Kelantan
Istana Balai Besar
Kota Bharu, Kelantan
15 Jun 2009
|

KOTA BHARU 15 Jun - Pas negeri menolak dakwaan terdapat kalangan pemimpin parti itu cuba mengapi-apikan penyokong melalui ceramah untuk memenangi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai.
Sehubungan itu, Timbalan Pesuruhjayanya, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah
(foto) mencabar mana-mana pihak yang membuat dakwaan itu supaya mengemukakan bukti sekiranya benar ada pemimpin Pas yang melakukannya.
Beliau menegaskan, Pas akan menjalankan kempen menarik sokongan pengundi di DUN tersebut berlandaskan undang-undang dan peraturan yang telah ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Utusan Malaysia hari ini melaporkan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Mustapa Mohamed menyelar pemimpin Pas yang sanggup melakukan apa sahaja untuk memenangi kerusi itu biarpun terpaksa 'bertumpah darah'.
Dalam laporan tersebut, Mustapa tanpa menyebut nama individu terbabit mendakwa kenyataan dibuat oleh seorang pemimpin Pas ketika berceramah di Manek Urai baru-baru ini. Baca lanjut,
KLIK di sini.
Kematian A Gnanapragasam dalam lokap polis menimbulkan tanda tanya di kalangan rakyat apabila wujud dakwaan yang mengatakan bahawa suspek kes pecah rumah itu pernah dipukul dan mengalami kesan lebam di mata kanannya.
Exco kerajaan Selangor, Elizabeth Wong berkata isterinya pernah melawat lelaki 52 tahun Jumaat lalu, dua hari sebelum beliau ditemui mati.
"Dalam lawatan isterinya, Gnanapragasam memberitahu bahawa beliau pernah mengadu kepada majistret yang mendengar remannya beliau dibelasah dalam tahanan polis," kata Elizabeth, yang juga ADUN Bukit Lanjan.
"Tambahan lagi, isterinya memberitahu saya bahawa suaminya mengalami kesan lebam di mata kanan sewaktu lawatan tersebut." Baca lanjut
KLIK di sini.
|

"Kita menolak sekeras-kerasnya sebarang bentuk pendekatan samseng, sebarang bentuk provokasi yang cuba ditimbulkan dalam siri ceramah mereka (PAS) di Manek Urai,” kata Ketua Pemuda UMNO negeri, Annuar Sufian.
Pendirian tegas itu timbul apabila Pemuda Barisan Nasional (BN) Kelantan menganggap kandungan ceramah pemimpin PAS yang sanggup 'bertumpah darah' untuk memenangi Pilihan Raya Kecil DUN Manek Urai sebagai satu pendekatan politik samseng.
Annuar juga berkata, kenyataan seumpama itu merupakan satu bentuk provokasi yang boleh menimbulkan suasana tidak tenteram di kalangan rakyat.
"Mereka adalah sebuah parti yang dilabel sebagai Islam, tetapi kenyataan yang dikeluarkan ini bertujuan untuk menghuru-harakan pengundi di situ," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat pertama Pemuda BN negeri di sini semalam.
Annuar berkata, PAS
sepatutnya mencontohi UMNO yang mengamalkan konsep perpaduan untuk menarik sokongan pengundi.Baca lanjut,
KLIK di sini.
FIKIR-FIKIR DAN RENUNG-RENUNGKAN KENYATAAN PEMUDA UMNO KELANTAN ITU....

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak menegaskan beliau tidak pernah menghunus keris pada tahun 1987 yang ketika itu menerajui Pemuda Umno sambil mencabar masyarakat Cina di negara ini. Sambil menolak dakwaan Karpal Singh di Dewan Rakyat pagi ini, Najib berkata, beliau tidak pernah berbuat demikian.
"Insiden itu tidak pernah berlaku dan saya tidak perlu meminta maaf tetapi sebaliknya Karpal yang perlu meminta maaf," katanya menjawab soalan tambahan Karpal yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor hari ini.
Oleh itu kata Najib, beliau tidak perlu memohon maaf kepada masyarakat Cina sebagaimana dituntut oleh Pengerusi DAP, Karpal Singh di Dewan Rakyat hari ini.
Karpal ketika mengemukakan soalan tambahan bertanya Najib, adakah beliau akan memohon maaf kerana didakwa pernah mengeluarkan kenyataan tidak akan memasukkan kembali keris yang dihunus tanpa dibasahi darah masyarakat Cina. Baca lanjut sila
KLIK di sini.

KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mempertahan tindakan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan beberapa wakil pembangkang lain memakai lilitan bertulis "Bubarkan DUN Perak" semasa permulaan sidang Dewan Rakyat hari ini.
“Parlimen luar negara membenarkan wakil rakyatnya memakai sebarang tanda bagi meluahkan sesuatu perkara ketika memasuki mesyuarat atau persidangan,” Kata Anwar pada sidang media di lobi Parlimen sebentar tadi.
Anwar juga akan mengutus surat kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia hari ini berhubung tindakan beliau mengarahkan tujuh wakil rakyat pembangkang meninggalkan Dewan Rakyat kerana enggan mematuhi arahan menanggalkan lilitan itu.
Dewan Rakyat pagi tadi sedikit kecoh apabila Nizar yang baru selesai mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Bukit Gantang melaungkan "Bubar DUN" dan memakai lilitan berkenaan dan dikuti oleh beberapa rakannya yang lain.

KOTA BHARU – Semalam (Ahad), Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sekali lagi menegaskan bahawa pemimpin dan penyokong PAS yang mempertahankan idea pembentukan kerajaan perpaduan disifatkan sebagai ‘boneka UMNO’.
Datuk Nik Abdul Aziz berkata, beliau memanggil ‘boneka UMNO’ kerana beliau mempunyai hujah yang kukuh tetapi dia tidak ingin panjangkan isu tersebut.
Dalam keadaan sekarang, mereka (pemimpin dan penyokong PAS) bukan sahaja didakwa tidak mendengar nasihat dan teguran berhubung isu itu, malah cuba membelakangi kuasanya sebagai Mursyidul Am parti itu.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menerima kunjungan hormat Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew di pejabatnya, di Kota Darul Naim semalam (Ahad).
Pada Jumaat lepas, Datuk Nik Abdul Aziz membidas golongan dalam parti itu yang mempertahankan cadangan Abdul Hadi untuk membentuk satu kerajaan perpaduan dan menyifatkan mereka ini sebagai ‘boneka UMNO’.

(Foto - The Malaysian Insider)
"HIDUP RAKYAT"
"BUBARKAN DUN PERAK" Itulah laungan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (PAS-Bukit Gantang) sebaik sahaja selesai angkat sumpah sebagai MP pagi tadi. Laungan beliau telah menggegarkan Dewan Rakyat untuk seketika.
Gelagat dan tindakan beliau bersama-sama dengan beberapa MP Pakatan Rakyat menyebabkan speaker Pandikar Amin Mulia "menghalau" mereka dari Dewan Rakyat.
Pada kebiasaanya, Speaker akan mengalu-alukan kedatangan MP yang baru sebaliknya mengarahkan Nizar dan beberapa rakannya keluar dari dewan. Baca lanjut,
KLIK di sini.

(Foto-malaysiakini)
Lima ahli parlimen Pakatan Rakyat (PR), termasuk Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (PAS-Bukit Gantang) yang baru mengangkat sumpah pagi ini, digantung daripada menghadiri sidang dewan selama dua hari.
Selain Nizar, Datuk Ngeh Khoo Ham (DAP-Beruas), Nga Kor Ming (DAP-Taiping), N Gobalakrishnan (PKR-Padang Serai) dan Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) mengalami nasib yang sama.
Baca lanjut, klik
SINI.
SIDANG DEWAN RAKYAT: HISHAMUDDIN JAWAB KEWAJARAN POLIS CEROBOH DUN PERAKMenteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein memberi jawapan bahawa tindakan polis memasuki Dewan Undangan Negeri Perak adalah dengan arahan daripada Speaker Ganesan yang kononnya ada kekecohan dalam dewan, yang padanya menyifatkan Ganesan sebagai Speaker yang sah.
Dalam soalan tambahan, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanya apakah alasan pihak polis mengambil sikap diskriminasi. Anwar berkata, Menteri Dalam Negeri boleh menjawab tetapi jutaan rakyat menyaksikan apa yang berlaku.
Dalam jawapan tambahan, Hishamuddin tetap mempertahankan tindakan polis yang baginya adalah permintaan daripada Speaker dan beliau berkata ambillah tindakan mahkamah kepada kerajaan jika tidak berpuas hati dengan tindakan polis itu.

(Foto - mstar)
Ekoran daripada
tindakan Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Nizar Jamaluddin melaungkan kalimat "Hidup Rakyat" dan "Bubar Dun" serta memakai lilitan "Bubar Dun Perak" membawa kepada tindakan Speaker menghalau keluar dari dewan hampir 10 orang Ahli Parlimen.
Antara MP yang dihalau keluar ialah YB. Nga Kor Ming, Dato'Ngeh Kor Ham, YB. Gobalakrishnan, Dr. Hatta Ramli, Dr. Zulkifli, YB. Nurul Izzah dan beberapa orang lain.
Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin diarah keluar dari Dewan Rakyat tidak sampai lima minit selepas mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen.
HIDUP RAKYAT...

Pengerusi DAP Perak yang juga Ahli Parlimen, Dato Ngeh Koo Ham, dalam satu kenyataan akh
barnya menyatakan bahawa beliau akan membentangkan satu usul di parlimen dalam sidang yang akan bermula hari ini supaya memecat Ketua Polis Negara (KPN) itu kerana melanggar undang-undang.
Usul yang akan dibentangkannya itu adalah ekoran kegagalan kerajaan BN bertindak dengan tegas ke atas salah laku polis terutamanya sewaktu berlakunya krisis politik Perak. Baca lanjut
KLIK di sini.

Ahli Parlimen Bukit Gantang yang juga hero Pakatan Rakyat Perak, Datuk Seri Muhammad Nizar Jamaluddin akan mengangkat sumpah sebaik saja bermulanya persidangan Dewan Rakyat pagi ini.
Beliau dijangka mengangkat sumpah pada jam 9.30 pagi ini.
Sebuah bas yang membawa ADUN Pakatan Rakyat Perak telah berangkat dari Ipoh pada jam 6.15 pagi tadi. Mereka akan berada di Bangunan Parlimen untuk sama-sama menyaksikan peristiwa bersejarah itu.
Tahniah dan syabas Datuk Seri Nizar...

(Foto - kickdefella)
KOTA BHARU - Menteri Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew melakukan kunjungan hormat ke atas Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di pejabatnya hari ini.
Lee, 85, yang juga Bapa Singapura Moden melakukan kunjungan lapan hari ke Malaysia sejak Isnin lepas. Lawatan ke Kelantan merupakan lawatan kali pertama buat Lee.
Rombongan Menteri Mentor Singapura bersama Menteri Pendidikan & Menteri Kewangan Singapura itu mengadakan perbincangan tertutup selama 75 minit di Pejabat Menteri Besar di Kota Darul Naim.
Selepas makan tengahari, Exco Kelantan, Datuk Husam Musa dan Lee mengadakan perbincangan di salah sebuah Hotel di Kota Bharu.
Lee dijangka ke Kuantan bagi jadual lawatan seterusnya.
Yang Dipertua PAS Shah Alam, Khalid Samad berkata, mereka tidak berniat menggalakkan penggunaan kuasa untuk berdakwah "pihak yang berbeza pandangan dengan aliran Islam arus perdana", seperti Sisters in Islam (SIS).
"Memang banyak pendirian SIS yang kita tidak senangi, tidak setuju dan kita rasakan bercanggah dengan hukum Islam itu sendiri. Tetapi apa yang dimaksudkan di sebalik usul itu, supaya tindakan diambil dan diperbetulkan.
"Dalam perbincangan kita, kita bersetuju, perkataan itu (mengharamkan), menggambarkan kecenderungan dengan penggunaan kekerasan dan kuasa. Dan kalau itu yang dimaksudnya, ia bercanggah degan Islam itu sendiri," katanya dalam sidang media di Shah Alam.
Beliau mengulas usul yang dicadang PAS kawasan itu dalam muktamar PAS lalu yang meminta kerajaan menyiasat dan mengharamkan SIS sekiranya aliran dan pandangannya bertentangan dengan syariat Islam.
Usul PAS Shah Alam itu diterima tanpa bahas oleh muktamar ke-55 PAS minggu lalu. Usul itu berbunyi, antara lain:
"(Muktamar) mendesak Majlis Fatwa Kebangsaan membuat penyelidikan ke atas SIS yang membawa aliran Islam liberal.
"Dan seterusnya mengharamkan pertubuhan tersebut sekiranya terbukti bertentangan dengan syariat Islam serta membuat program pemulihan ke atas ahli-ahlinya."
Dapat bantahan meluas
Menurut usul itu juga, aliran dan pandangan yang dibawa oleh SIS didakwa boleh mengelirukan masyarakat dan pemikiran SIS didakwa "mudah meresapi pemikiran dan meracuni akidah umat Islam" terutamanya golongan muda dan golongan yang berpendidikan sekular.
Ia bagaimanapun mendapat bantahan meluas daripada pemimpin-pemimpin Pakatan - PKR dan DAP - serta sejumlah NGO dan individu.
Khalid berkata, Islam menggariskan beberapa panduan berdakwah, seperti disebut dalam al-Quran, antaranya, menggunakan pendekatan berhikmat, memberi nasihat dam berhujah dengan cara yang baik dan menarik.
Beliau berkata, kaedah dan pendekatan tersebut telah digunapakai sejak lama dahulu, termasuk oleh tokoh besar Islam Imam al-Ghazali.
Katanya, usul itu asalnya dicadangkan Dewan Muslimat PAS kawasan itu, tetapi tidak dibincangkan dalam mesyuarat kawasan pada 19 April lalu, sebaliknya dibawa ke mesyuarat khas pada 23 April.
Khalid berkata, dalam mesyuarat itu, PAS Shah Alam bersetuju mengubah beberapa perkataan dalam usul itu yang boleh menimbulkan salah faham seperti perkataaan "mengharamkan" dan "pemulihan".
Selepas itu, tambah Khalid, ia diserahkan kembali kepada Dewan Muslimat bagi membetulkannya.
'Saya terlepas pandang'
"Tetapi oleh kerana sibuk dengan pilihanraya kecil Penanti ketika itu dan sibuk merasmikan mesyuarat agung menjelang muktamar, saya terlepas pandang," tambahnya.
PAS Shah Alam akan menulis kepada PAS pusat pada hari ini atau esok, bagi menerangkan pendirian mereka serta melampirkan kronologi kejadian tersebut, katanya.
Bagaimanapun, bekas ahli biro politik PAS itu berkata, mereka tidak perlu meminta maaf kepada SIS.
"Kalau perlu saya akan minta maaf kepada PAS terlebih dahulu. Kalau ikut ayat ini, kita tidak kata apa-apa. Tetapi imej buruk ini bukan kena kepada SIS tetapi PAS. Ia mengukuhkan persepsi salah kepada kaedah dan pendekatan PAS itu sendiri," katanya.
Beliau juga berkata, tidak timbul juga isu menariknya balik kerana ia bukan usul sebenar yang telah dipinda, dan sepatutnya kepada ibupejabat.
Walaupun menafikan beliau disabotak pihak-pihak tertentu, Khalid mengakui usul tersebut telah mencalarkan sedikit imej PAS.
(malaysiakini)