“Kami tetap memberi sokongan terhadap Pas terutamanya Menteri Besar Kelantan, Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat serta berdiri teguh dibelakang PR. Kehadiran saya disini membuktikan DAP tidak seperti yang digambarkan oleh sesetengah media yang mengatakan seolah-olah DAP keluar terus dari PR,” kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng kepada media selepas Ceramah Perdana anjuran Pas di Lata Rek malam kelmarin.
Walaupun dikejutkan dengan keputusan DAP Kedah yang keluar dari Pakatan Rakyat (PR) baru-baru ini, parti tersebut tetap turun memberi sokongan terhadap calon PR dari Pas pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai.
Lim menjelaskan DAP tetap berdiri teguh bersama-sama PR walaupun sesetengah pihak memainkan isu tersebut sehingga menggambarkan DAP pada keseluruhannya keluar dari pakatan tiga parti tersebut.
Guan Eng yang juga akan mengeluarkan nasihat agar DAP Kedah memikirkan semula keputusan mereka keluar dari Pakatan Rakyat.
Comments (0)
Catat Ulasan