Mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak begitu gembira dengan dasar liberalisasi yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana ia boleh menghakis kepentingan bumiputera negara ini.
Tun Mahathir berkata, Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang sedia diamalkan sama sekali tidak menghalang Malaysia dari terus maju berbanding negara membangun lain tetapi proses liberalisasi akan membantutkan perkembangan bumiputera.
"Faktanya ialah ketika kuota bumiputera masih belum dipenuhi, kuota bukan bumiputera pula semakin meningkat dan bertambah, dan polisi baru yang diperkenalkan ini hanya akan memburukkan keadaan," katanya. Baca lanjut di sini.
Comments (0)
Catat Ulasan