Foto:siasahdaily
Ketidakhadiran Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa pada hari penamaan calon Manek Urai terjawab apabila gambar beliau di atas katil hospital mula tersebar semalam.
Petang semalam, Nasharudin terpaksa dimasukkan ke Hospital Serdang untuk menjalani pembedahan.
Semasa hari penamaan calon Manek Urai baru-baru ini, cerita ketidakhadiran Nasharudin menjadi berita kebanyakan media sehingga Presiden PAS, Datuk Abdul Hadi Awang terpaksa menjawab, "kenapa tidak tanya kenapa Datuk Seri Najib tak datang?".
Ia terus menjadi sorotan media sejak beberapa hari. Antara yang menjadi sasaran adalah Exco kerajaan negeri Kelantan, Datuk Husam Musa yang didakwa Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin menjadi punca Nasharudin tidak datang.
Berikutan tersebarnya gambar Nasharudin di atas katil hospital maka terdedahlah cerita sebenarnya iaitu beliau mengalami masalah kesihatan.
Comments (0)
Catat Ulasan