Kenyataan Tan Sri Isa Samad selaku calon Bn di PRK Bagan Pinang jelas menunjukkan sikapnya yang sombong dan tidak pernah rasa bersalah dalam amalan politik wang apabila dia berkata, “beliau juga bukannya melakukan satu kesalahan jenayah”.
Baginya, mungkin juga sebahagian pemimpin-pemimpin Umno bahawa amalan politik wang bukan suatu kesalahan jenayah, apalagi kalau kita nak bercakap tentang moral seorang yang berstatus pemimpin. Sebaliknya ia hanya suatu kesalahan di dalam kod etika pemilihan Umno semata-mata. Pada hal seluruh rakyat Malaysia telah mengetahui bahawa Isa adalah di antara pengamal politik wang dari Umno yang merupakan parti Bumiputera berfahaman kebangsaan tersebut berada di dalam suasana yang cukup tenat dan menanti rebah ke bumi.
Isa begitu bangga apabila menyatakan bahawa amalan politik wang yang melibatkan dirinya sudah selesai (tidak berbangkit) semata-mata kerana telah menjalani hukuman selama tiga tahun. Isa fakir dengan menjalani hukuman tersebut ia telah menjadi insan yang bersih dalam kerjaya politiknya serta rakyat di Bagan Pinang akan memilihnya di hari pembuangan undi kelak.. Jika ini yang diyakini oleh Isa maupun parti Umno, saya rasa mereka telah membuat perhitungan yang silap.
Umno perlu sedar ialah rakyat kini samada di Bagan Pinang maupun di mana-mana lokaliti pengundi khususnya di Semenanjung sudah semakin muak dan mengerti tentang pelbagai kelemahan, kesilapan, kesalahan dan kecurangan yang telah mereka lakukan setelah di beri mandat (kuasa) oleh rakyat pada setiap kali pilihan raya.
Keputusan Umno meletakkan Isa sebagai calon di situ adalah gambaran jelas bahawa Umno kini berada dalam keadaan yang tersepit dan menjadi parti desperado. Ia secara juga bukan sahaja tidak menghormati pandangan mantan Presiden Umno, Tun Mahathir Mohammed yang mereka kagumi selama ini yang mahu parti tersebut meletakkan calon yang tidak terlibat dengan amalan rasuah. Pencalonan Isa di Bagan Pinang juga menyerlahkan kepada rakyat bahawa Umno juga tidak lagi mampu untuk menampil calon mereka yang benar-benar bersih samada dari segi rasuah, skandal, moral dan kewibawaan seperti mana yang dikehendaki oleh rakyat. Laungan pemimpin Umno untuk memerangi amalan politik wang hanyalah retorik semat-mata untuk memberi keyakinan kepada ahli-ahli di peringkat umbi supaya mereka terus setia bersama Umno.
Ringkasnya, Isa adalah wajah sebenar pemimpin Umno. Isa juga merupakan gambaran sikap pemimpin Umno yang pandai berlakon. Isa pula adalah laibiliti Umno yang menanggung biawak hidup hidup di atas belakang rakyat. Oleh itu, saya menyeru kepada seluruh para pengundi dalam PRK Bagan Pinang mengambil peluang keemasan ini menolak calon Umno, bukan sekadar memprotes calon yang terpalit dengan isu rasuah, sebaliknya untuk menghukumnya kerana menjadi pelaku rasuah. Rasuah atas nama politik wang adalah sama dengan amalan rasuah kotemporari yang diletakkan sebagai musuh nombor 1 di negara ini. Dari segi hukum agama ia tetap berdosa besar kerana ia adalah amalan yang haram.
SUMBER di sini.
Comments (0)
Catat Ulasan